Ramadhan – Syawa 1431H~

Salam dan Bismillah.

Agak usang enty blog peribadi ni tidak di-update..hatta jenguk meninjau untuk membaca juga agak lama tidak dibuat.

Masa tidak cukup? Tiada isu? Atau terlalu sibuk dengan urusan dunia yang tidak berkesudahan? Fikirkan…………

Alhamdulillah…Ramadhan telah berjaya dilalui. Moga natijah dan athar di dalamnya didapati oleh semua Muslim. ameen

Syawal pula semakin melabuh tirai…keceriaan dan kegembiraan menyambut bersama ahli keluarga dirasa. Cuma perubahan yang berlaku semakin tahun seolah makin suram. Percayalah..dalam suram ada ceria.

14 Ramadhan

Tarikh yang aku tidak boleh lupa.

Mendapat khidmat pesanan ringkas (sms) menyatakan “tiada lg perasaan krn sudah lama tidak berhubung” dari orang yang aku percaya pada hatinya.

Terkejut…kelu….mendam rasa……

Aku tidak tahu mane salahnya…namun inilah harga yang perlu aku bayar bila suka seseorang tapi pihak sana tidak mengerti erti menghargai.

Cita dan impian membina hidup bersama….terkubur…..(inilah jodoh)

Belajar menerima, redha dan percaya dengan ketentuan Ilahi.

Hanya kerna dia.......

15 Syawal

Saat dan hari yang ditunggu setelah 4tahun mengemudi bahtera kapal “mahasiswa”, akhirnya hari konvokesyen USIM ke-8 berjaya dilaksana.

Syukur dan terima kasih kepada semua rakan, pensyarah dan staf pentadbiran dengan perkenalan, berurusan, sokongan dan bantuan kami warga USIM batch ke-6 (FKP) berjaya bergraduasi.

Tiada perasaan dan ingatan yang lebih indah selain bersama-sama meraikan detik bersejarah ini.

Terima kasih semua.

Sayang kamu...selamanya...

Akhir kalam..

Menginsafi diri bahawa perancangan Allah Maha Hebat…luar jangkaan akal dan ilmu.

Masakan DIA sengaja menguji hambaNya tanpa sebab, atau tanpa DIA ketahui kemampuan kita?

Percayalah….DIA Maha Tahu dan Maha Bantu permintaan hambaNya.

Ya Allah…kuatkan kebergantungan hatiku padaMu…………….

Ada Apa Dalam Jun 2010…???

Bismillahirrahmanirrahim.

Nak buat apa ek bulan Jun ni??? Bertanya seorang sahabat selepas sebulan bergelar Fresh Graduate.

Tergamam juga bila disoal begitu. Dalam kotak fikiran berbagai macam plan dirancang sebagai persediaan. Cuma yang pasti DIA Maha Perancang. Allahu Rabbi….

Ada apa dalam Jun? Bulan yang ditunggu-tunggu ketibaannya sejak awal musim lagi.

Bagi ibubapa yang beranak kecil, bula Jun adalah saat yang mengujakan. Setelah lelah sebahagian pertama tahun 2010 mencari rezki, kini tiba saat untuk meluang masa dan rasa bersama ahli keluarga ketika musim cuti sekolah.

Ada yang pulang ke kampung, ada juga yang melancong..dan ada juga yang mengunjung Baitullah. Walau apa pun pilihan, pengisian di dalam saat dan detik tersebut yang utama penting.

Bagi aku, bulan Jun ni ada apa….

Majlis Walimah

Tahniah dan syabas kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah selamat membina Baitul Muslim bersama pilihan hati, mahupun aturan keluarga. Yanng pasti, jodoh sudah ditentukan oleh Sang Pencipta..hanya wasilah pertemuan sahaja yanng berbeza.

Siti Nurbaitie Ahmad bersama Mohd Husni Harithi Che Hussin (12 Jun)

Nurul Zulfa Mohammad bersama Mohd Saufi (6 Jun)

Mohd Faizal bersama pasagannya (6 Jun) – rakan sekolah rendah dahulu

Aina Abdullah bersama pilihan hatinya (19 Jun)

Raisul Fadhla dengan isterinya ( 26 Jun)

Mohd Kazzman Kamaruzaman dan Norliyana Abdul Wahid (26 Jun)

Rosmaazira dan suaminya (10 Jun)

Barakallahu lakuma baraka alaikuma wa jama’a alaikuma fi khair.


Mohon maaf kepada mereka yang majlis walimahnya aku tidak penuhi jemputan mereka…ada masyaqqah.

Kerjaya

Bermula 1 Jun aku diterima kerja di Ilham Mukarramah Travel & Tours Sdn.Bhd. Syarikat yag baru ditubuhkan ini zero dari segala segi. Namun aku yakin ia akan full establish selepas tamat tempoh ‘bedungnya’. Aku cuba untuk beri yang terbaik dalam tempoh 1 tahun ini sebelum aku melangkah kaki untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Master.

Terima kasih kepada Z yang sudi menyumbang tenaga dan idea bersama aku di sini. Tahun ke-8 aku berada bersama di bawah “satu bumbung”.

Adakah ia kebetulan…????

Flotilla Palestin dan World Cup

Dunia digemparkan degan serangan Israel ke atas kapal flotilla bantuan kemanusiaan ke Gaza. Heboh dan kecoh semua umat sejagat menentang serangan kejam tersebut. Demo sana sini..memorandum dihantar…boikot dilaung..

Apa hasilnya…..???

Tiba pula saat sorakan Piala Dunia. Semua akhbar, siaran tv dan balai berita melaporkan sukan 4 tahun sekali ini. Negara mana bakal dinobatkan selaku Juara Dunia 2010…

Di mana cerita banntuan kemanusiaan ketika ini? Masih ada demo??

Begitulah umat sejagat dipermainkan…hanya kecoh seketika…kemudian semua lupa…….

Palestin…aku tetap bersamamu…Takbir..!!!

Haibar..Haibar..Haibar Ya Yahud..Jaysh Muhammad Saufa Ya'ud..!!

Rejab dan Keputusan

Tanpa sedar, bulan Rejab tiba lagi. Bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan.

Bulan untuk melatih diri berpuasa sebagai persediaan ketibaan Ramadhan Kareem.

اللهم بارك لنا فى رجب وشعبان وبلغنا رمضان

” Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan “

Allahu Rabbi...

Keputusan apa ek???

Aku bingung bila dalam fatrah keputusan ini. Tidak tahu keputusan mana yang perlu aku turutkan.

“Sambung belajar sekarang…bantu Ilham….memilih calon (yang 1 tahun atau 8 tahun)….semua ini hebat mengasak benak dan hati aku….”

Kehendak hati…permintaan keluarga…semua ini perlu ditimbang tara sebaik dan seelokya.

Mencari petunjuk dariNya..sujud memohon bantuan Ilahi..namun tidak ditemui lagi…

Mungkin hati aku tidak bersih sehinggakan ditutup hijab jawapan yang diberi olehNya….Allahu Rabbi…ampun dosa-dosaku…

“Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya”.



Akhir kalam…fatrah Rejab, Syaaban dan Ramadhan kali ini akan aku manfaatkan sepenuhya dalam mendamba kasih dan petunjuk dariNya. Aku hanya insan kerdil dan lemah. Tiada kudrat melawan Qada’ dan QadarNya. Namun aku tetap akan berusaha sebaik mungkin dan memuaskan rasa setiap insan yang mengasihi diri aku.

Moga keputusan dibuat berlandaskan petunjuk Nya jauh dari rasa benci dan marah kepada MFHMO…..ameen.

Istiqamah vs Tangguh

Bismillah……

26 April 2010 | Isnin

Tempoh melatih industrikan diri aku telah hampir ke garisan penamat. Tanpa sedar genap 4 bulan aku bersama keluarga ABIM Pusat di bangunan FEDEC. Hanya tinggal 9 hari bekerja untuk aku graduasi dari latihan industri ini.

Syukur | Tahniah | Terima kasih

Istiqamah vs Tangguh

Umat Nabi Muhammad s.a.w dituntut beristiqamah dalam setiap nawaitu pekerjaan seharian. Bermula seawal pagi bangun dari kiamat kecil hingga kepada merapatkan mata di malam hari.

Namun, sebagai insani yang tidak lepas dari gangguan hasutan nafsu dan suara halus, usaha untuk mengistiqamahkan sifat istiqamah sering diganggu gugat. Setiap saat dan detik gangguan ini hadir.Hanya hati yang bersih, ikhlas dan dekat dengan Sang Pencipta berjaya mengharungi detik-detik payah ini.

Teringat azam di awal menjejakkan langkah kanan di FEDEC, tekad untuk meng’up date’kan entri ini setiap 2 minggu sekali. Entri akan diisi padat dengan segala informasi berkaitan latihan industri di sini.

Tetapi, azam tinggal angan………..

Di akhir 9 hari yang berbaki ini, aku meletak tekad untuk lebih selalu menambah entri karpet ini dengan pelbagai informasi terkini. Lapangan informasi yang akan disentuh menjurus arah Islam, umat Islam Malaysia dan masyarakat majmuk, mahasiswa dan usaha dakwah dan mungkin juga isu-isu mini yang lain.

Natijah L.I

Syukur pada Ilahi, kesempatan menumpang diri di ABIM ini tercapai beberapa hasrat hati.

1. Perlaksanaan program Kolokium Rakan Sebaya & Sosial 2010 (KRSS2010)

2. Penulisan Risalah Maulid Rasul 1431H

3. Perkenalan dengan otai-otai ABIM terdahulu dan agensi

Misi dan Visi Selamanya

Harapan dan Tekad

Selepas ini, janji diri dan tekad hati akan mengistiqamahkan diri dalam perjuangan haraki Islam untuk sisa baki umur yang diberi pinjam di dunia ini.

Moga-moga Allah akan terima segala usaha dan menetapkan hati di atas jalan diredhaiNya….Ameen.

Bicara Negarawan : “Future Leaders Will Born?”

Bismillah….

Pemimpin Bakal Dilahirkan

Program Bicara Negarawan Bersama Tun Dr.Mahathir Mohamad telah selamat melabuh tirai. Program anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Kementerian Penerangan dan Komunikasi ini berlangsung pada 26-30 Mac 2010 di dua tempat berbeza, Awana Genting Hotel dan Impiana Hotel KLCC. Seramai 54 pelajar terpilih dari 15 IPTA/IPTS seluruh negara. Syabas dan tahniah.

Secara dasarnya, program ini berjaya mencapai matlamat penganjurannya.

Dengan kerjasama yang diberi oleh Tun sendiri memberi sejuta makna dan pengalaman hebat kepada semua peserta. Berkongsi kisah, pengalaman dan suka duka selama 22 tahun mentadbir Malaysia ini, berjaya membuka fikiran dan memberi faham. Walaupun begitu, penulis berasa sebaliknya dalam program ini. Masih ada lubang-lubang kecil al-kisah yang maha benar yang tidak dikongsi. Masih ada ruang yang boleh dibetulkan namun tidak dikupas selayaknya. Apapun, apalah daya kuasa penulis untuk membuka ruang tersebut jika pemilik diri tidak bersedia untuk membuka dadanya.

Future Leader Will Born?

Persoalan yang menarik perhatian penulis untuk mencoret di sini.

Sepanjang perjalanan program, penulis tertanya-tanya ke mana arah tuju program ini dari sudut Islamik nya.
Adakah mesti ada atau hanya sekadar ada bila ditanya.

Firwan, Zatil (UIAM), Hazwan, Bakri, Yusuf (UTP), Atikah, Tasnim (USIM) antara rakan-rakan seangkatan yang sentiasa berdialog mengenai perjalanan program yang dilihat tidak Islamis. Tahniah dan rasa syukur kerana berada bersama mereka.

Kami secara jujurnya kecewa dengan penganjuran program.

Hal-hal berkaitan asas kecantikan Islam seperti tidak dijaga dengan rapi. Solat, makan, pergaulan amat jauh dari susur galur yang diharapkan.

Beginikah cara atau metod untuk melahirkan “Negarawan” baru atau “Tun Mahathir 2”? Adakah rela ditadbir oleh pemimpin yang lalai sebegini?

Tepuk dada tanya iman. Tapi macam xsempurna kalau hanya semudah itu menepuk dada maka iman akan terasa. Yang sebetulnya….emm…epnulis sendiri tidak tahu bagaimana hendak merungkai, tetapi yakin sesiapa yang mencari, sinar iman itu akan dijumpai.

Luas Ukhuwah Islamiyah

Segala puji padaNya yang beri ruang dan peluang untuk mengenali dunia Malaysia sebenar. Atau dunia konsep 1Malaysia.

Kalau hendak dicoret disini, rasanya panjang lebar akan dikisahkan. Tetapi biarlah ia menjadi simpanan dan koleksi peribadi dan pemikiran penulis sendiri.

Penulis yakin, sekelian yang lain pasti akan menghadapi situasi yang sama bila dunia kerja gomen menjemput anda.

Harapan penulis, peserta yang dikata sebagai yang terbaik antara yang terbaik akan menjadi yang TERBAIK akhirnya. TERBAIK dari sudut akhlak, pemikiran, bersosial, idea, penampilan dan ibadah. Islam itu jalan lurus yang cantik serba lengkap di dalamnya.

Kalau westerners sudah ramai yang mengakui akan kecantikan ISLAM, namun kenapa Melayu tidak merasai Islam yang sudah menapak 5000 tahun di alam Melayu ini.

Fikir-fikirkan….

KLIBF 2010

Bismillah

Kebelakangan ini, terasa terbatas untuk menulis di entry blog ini. Entah kenapa tiada jawapan. Bukan kerana dihalang oleh perkara lain, dan bukan juga kerana tiada idea untuk menulis, tetapi lebih kepada ruang kesempatan yang ada tidak dimanfaatkan.

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang beriman, mereka mengerjakan amalan saleh, dan saling menasihati untuk mentaati kebenaran, dan menasihati dengan kesabaran” (Al-Asr:1-3)

Benar kalam Allah s.w.t…terasa kerdil…….

Kesempatan mengunjungi KLIBF2010 di PWTC Ahad lalu, begitu mengujakan perasaan. Tidak sabar untuk menambah koleksi karya ilmiah di rak-rak buku dirumah. Lebih teruja perasaan, hati dan akal fikiran untuk menambah input dalam dada sebagai bekalan hidup kemudian hari.

Dengan lebih kurang 10 senarai tajuk buku yang hendak di beli di KLIBF, hanya 5 sahaja berjaya digenggam. Selebihnya tidak jumpa dan tiada. Lebih sedih, karangan Syeikhul Islam, Dr.Yusuf Qaradhawi (Fiqh Dakwah) telah habis dijamu insan yang lebih awal.

Adui…kecewa rasa tidak berjaya untuk mendapatkan buku tersebut!

Kenangan dgn Sifu Tarbiyah

Namun, kegembiraan dirasai apabila berjaya merakam kenangan bersama most prominent figure dalam arena tarbiyah hati dan diri..Bro. Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Dengan pemberian 2 buah tangan sempena KLIBF 2010 ini, cukup sebagai faktor utama penarik pengunjung untuk membanjiri KLIBF kali ini. 2 buah tangan tersebut laris bagai pisang goreng panas di jalanan….bagai semut menghurung gula…….hebat penangan karya Ust.Hasrizal. Tahniah!

Perancangan untuk berjumpa novelis muda, Bro.Faisal Tehrani pula tidak kesampaian. Hanya dapat menggenggam hasil penulisannya sahaja. Balut dan Tuhan Manusia akan dimamah dengan penuh faham selepas ini.

Apapun, KLIBF 2010 kali ini amat berbeza dengan tahun lalu. Kesesakan rakyat Malaysia melauti PWTC menjadi bukti KPI kepada penganjur kali ini. Dengan promosi melalui fb,website,blog,newspaper berjaya memberi kesan kepada pemikiran generasi baru. “Membaca memacu tamadun.” Tahniah!

Cuma mungkin penambahbaikan pada masa akan datang boleh difikirkan cara untuk meramaikan manusia di tingkat 4. (Buku versi English) Begitu lengang dan luas suasana di aras 4. Terasa boleh duduk dan baring seperti di MPH. Buku lebih banyak dari manusia. Tidak tahu mengapa fenomena ini berlaku lagi, tetapi secara kesimpulan mudah, mungkin kecenderungan pengunjung hanya kepada BM version. Fikirkanlah samada benar atau salah telahan ini….

Erti Persahabatan Si KEMBAR……..

Bismillah.

Penulis mulakan tulisan ini dengan perasaan rendah diri. Terasa jiwa kosong. Fikiran serabut lagi kusut. Terasa diri seperti tidak tahu menghargai persahabatan yang diberikan. Tempoh hayat menjangkau suku abad tetapi tetap merangkak dalam merencana hidup. Masih terus di takuk lama. Begitu daif diri penulis ketika ini.

Mungkin ungkapan sesuai : Buta mata zahir…Mati mata hati.

Siapa Si Kembar?

Tidak perlu penulis melukis peribadi mereka mahupun potret, cukuplah hanya Allah s.w.t dan penulis yang tahu. Rendah dirinya penulis berhutang dengan mereka. Hutang yang penulis tidak tahu bagaimana hendak membayarnya. Hanya doa yang mampu dikirimkan. Dengan harapan segala kekurangan dan kecacatan diri penulis yang mungkin mengecewakan mereka diampuni Sang Raja Yang Maha Pengampun.

Suka kiranya penulis mencoret sekelumit titipan sejarah perkenalan dengan mereka.

Si Kembar A : Penghujung 2002 baru penulis mendengar namanya. Namun wajahnya tidak pernah dilihat kala itu. Hanya berhubung melalui sms dan telefon. Indah rasanya…bersahabat begitu. Jodoh kami panjang. PerancanganNya begitu sempurna. Siapa sangka dari tidak begitu kenal, akhirnya hampir 8tahun duduk bersama menadah ilmu di tempat yang sama. Walaupun berbeza citarasa, tetapi keserasian itu wujud hingga kini. Persahabatan yang dihulur tanpa ada tarikh luput disulami ikhlas, jujur, bertanggungjawab begitu terasa. Nasihat yang berterusan membuatkan hati luntur dan merasa hina. Terima kasih wahai Si Kembar A.

Si Kembar B : Kadang-kadang menggelikan hati bila mengimbau saat perkenalan dengan Si Kembar B. Tidak ingat bila dan bagaimana penulis boleh bertegur sapa dengan dia. Tetapi yang pasti STN menjadi saksi sebagai tempat bertegur sapa antara kami. Sejak itu, kami kawan…hehehe. Indahkan. Berbantu dengan Si Kembar A, perkenalan kami makin serasi. Bila fikir..mudah rasanya bila bersahabat dengan rakan-rakan yang seangkatan usia. Sifat yang ceria dan lucu sentiasa menyulami titian persahabatan ini. Ikhlas, jujur, tanggungjawab dan caring seperti menjadi syarat wajib bagi mereka ini bila bersahabat. Penulis cukup dapat rasakan sifat tersebut. Terima kasih wahai Si Kembar B.

Bagaiman dengan Penulis????

Terasa ingin hidup seperti Si Kembar. Ceria, gembira, pandai bawa diri, tetap pendirian dan yang paling penting ikhlas dalam bersahabat. Yang lebih utama tidak menjadi perhatian orang lain dan buah cerita. Tetapi, tanpa sedar atau dengan sedar penulis selalu buat Si Kembar ini kecewa. Buat mereka marah. Buat mereka benci. Ya..mungkin mereka tidak tunjuk dan cuba sorokkan tetapi secara jujur penulis dapat merasainya. Berkali janji dan maaf diungkap..tetapi tetap melakukan perkara yang sama. Hina dan malu rasanya. Cara fikir tidak seiring dengan usia. Cara tindak seperti budak. Malang si penulis……….

 Entahla…terfikir kenapa diuji begini. Kenapa lemahnya pendirian diri.? Kenapa tidak kuat dalam menongkah arus hidup yang baru? Kenapa perlu selak helaian hidup yang lama? Kenapa? Kenapa? KENAPA????

Jawapan hanya pada DIA dan Penulis.

Walaupun begitu, buat Si Kembar…penulis mohon ampun dan maaf selama ini. Penulis sedar kadang-kadang tidak layak untuk bersahabat dengan Si Kembar yang baik dan tulus ikhlas hatinya. Tiada perumpamaan yang sesuai antara kita untuk diungkapkan. Kalau hendak ibaratkan bagai langit dan bumi pun..langit dan bumi bergerak seiring, memahami dan menghormati perjanjian. Tetapi..penulis dan Si Kembar…jauh sekali………………

Jujur mengakui, ciri-ciri pada Si Kembar menarik perhatian penulis. Kalau diusik atau dicadang untuk memilih antara Si Kembar..penulis tidak akan teragak untuk memilih dan jadikan teman hidup. Tapi…penulis sedar siapa penulis. Penulis tidak mahu Si Kembar menghabiskan sisa hidup dengan orang seperti penulis. Penulis tidak layak untuk mereka. Si Kembar berhak mendapat yang terbaik untuk meneruskan perjuangan hidup mereka dan mencorakkannya. Dan yang pasti..Si Kembar juga tidak akan memilih penulis kalaupun penulis memilih mereka. Kebenaran yang perlu diterima………

Apapun..penulis syukur bertemu mereka. Penulis berterima kasih dapat menyulam segala rasa bersama Si Kembar. Tiada perkataan yang dapat menggambarkan perasaan penulis ketika ini. Sedih..sayu…marah…geram…gembira…berbagai rasa ketika ini………………….tetapi penulis tidak akan sekali benci dan marah Si Kembar hingga akhir hayat!! Kerana Si Kembar sahabat sejati penulis………

Mungkin akan tiba waktunya penulis akan undur diri dari hidup Si Kembar…….penulis tidak sanggup lagi untuk lihat Si Kembar kusut memikirkan hal penulis yang tidak pernah habis. Biarlah Si Kembar kusut memikirkan dan merencana kehidupan akan datang tanpa gangguan. Biarlah Si Kembar serabut fikir bagaimana hendak mewariskan sifat-sifat baik kepada zuriat mereka nanti….

Indah rasanya jika Si Kembar sudah ada waris…..comel, ceria dan lucu seperi mereka agaknya…

Jangan salah faham terhadap penulis bila tiba waktu undur diri………semua ini untuk kebaikan Si Kembar………..

Muhasabah diri.........

Buat Junior….

Maafkan diriku selama ini. Mungkin ada kecacatan sepanjang perjalanan ini. Bukan niat membelangkangi dirimu tetapi aku….seorang yang lemah.  Tidak lepas dari ujian dan dugaan. Aku mengharapkan engkau memberi aku kekuatan untuk tempuh semua ini secara bersama. Bukan hanya tika ini..tetapi untuk selamanya. Terima kasih menerima diri ini…….

Ya Allah…sifatMu benar..Rasul-Mu benar…Risalah-Mu benar…Janji-janji-Mu benar….Hanya Engkau yang mengetahui setiap kebenaran…Ampunilah hamba-Mu ini……….

Kurniakan aku faham Erti Persahabatan Si Kembar & kekalkan ia………..Ameen.

SEDETIK BERSAMA ULAMA FIQH TERSOHOR…

Assalamualaikum w.b.t

MINGGU PERTAMA DI ABIM

Segala syukur kepada Sang Pencipta Yang Maha Agung..pentadbir alam agung tanpa penafian terhadap-Nya.

21 Desember 2009-mendaftar diri di Kompleks Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) sebagai pelatih praktikum untuk tempoh lima bulan akan datang. Persediaan mental dan fizikal dalam memberi khidmat dan mencari gali ilmu di lapangan sasar ini amat menuntut dan memerlukan fokus yang total. Walaupun sesi praktikum ini sebahagian dari mencukupi jam kredit pembelajaran di USIM, tetapi realitinya ia lebih dari itu. Praktikum merupakan lapangan sasar kepada setiap pelajar untuk menonjolkan diri sebagai persediaan untuk menerobos alam pekerjaan selepas tamat pengajian kelak. Tidak lupa, ia juga menuntut untuk menjadikan tempat praktikal sebagai lubuk mencari ilmu realiti dengan bersandar kepada ilmu teori yang dikhatam setelah tujuh semester terperosok di alam kampus. Sesuai dengan falsafah pendidikan negara yang menuntut untuk setiap pelajar mengaplikasi ilmu naqli dan aqli desawarsa kini.

Suka ingin berkongsi, minggu pertama di ABIM amat menggembirakan. Kerana wujud 7 perkara yang menarik :
1- Tiada skop kerja khusus ditetapkan kepada setiap staf, maksudnya para staf perlu multifunction atau multitasking
2- Budaya sobahunnur diterapkan pada setiap pagi bagi meng-update tugas dan memberi peringatan
3- Budaya solat jemaah zohor dan asar
4- Budaya memasak dan makan bersama
5- Hari rabu sebagai hari riadah
6- Hari jumaat sebagai family morning coffee serta tazkirah ringkas
7- Sabtu dan Ahad perlu siap siaga dengan tugas tiba-tiba

Justeru, 7 budaya yang diterapkan ini amat mencabar kepada setiap warga kerja ABIM. Tiada istilah rehat yang diterapkan, tetapi sebaliknya istilah berkerja ikhlas yang sering diwar-warkan. Cabaran seperti ini yang saya rasa beruntung apabila bersama-sama dalam gerak kerja NGO, lebih-lebih lagi NGO yang berwatakan Islamis. Terasa luas dan indah apabila bergerak bersama-sama reformis atau golongan tajdid dalam gerakan Islam ini. Moga saya mendapat pelbagai manfaat sepanjang ditugaskan di ABIM ini nanti.

SEDETIK DENGAN ULAMA…

24 Desember 2009-Tanpa disangka hari yang indah menjanjikan detik sejarah dalam hidup insan kerdil ini. Tidak diduga niat ingin mnghadiri kuliah Dr.Wahbah Zuhaili di Masjid Shah Alam dikekang dengan masalah jarak perjalanan yang jauh…Allah menggantikan dengan pertemuan secara personel bersama ulama tersohor ini. Pertemuan berlaku di Bilik 1391, Blue Wave Hotel Shah Alam. Begitu hebat perancangan Yang Maha Esa.

Pelbagai isu yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut. Namun apa yang ingin saya kongsi bersama adalah nasihat ikhlas dari Dr.Wahbah Zuhaili :
“Belajarlah agama Islam bersungguh-sungguh dan alimlah dalam ilmu tersebut. Jangan biar diri dikuasai riak dan takbur, sebaliknya ikhlas dan jujur dalam menuntut ilmu. Berlapang dada dalam khilaf atau perbezaan, jaga silah hubungan muslim di Malaysia. Kekalkan aman dan tenang di Malaysia.”

Pertemuan singkat tersebut dihadiri bersama Dr.Rumaizuddin (Pensyarah FKP-USIM), Sdr. Mohd Raimi (S/U Agung ABIM) dan Ust.Anam (Mudir Madrasah di Damansara)