SELAMAT MAJU JAYA..

Tahniah diucapkan kepada Para Graduan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang telah berjaya menamatkan pengajian dan dianugerahkan skrol pada 1 Ogos 2009 ini. Pada tahun ini USIM telah menghasilkan seramai 640 graduan yang terdiri daripada pelbagai lapangan bidang ilmu iaitu Diploma Siswazah, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, dan Doktor Falsafah (PhD). Majlis Konvokesyen ini telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Pengurniaan ijazah telah disempurnakan olleh Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Najihah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin, Tuanku Canselor.

Pada tahun ini, seramai 21 orang graduan cemerlang dalam bidang akademik dan ko-kurikulum telah menerima Anugerah Khas pada majlis konvokesyen tersebut. Anugerah ini ditentukan berdasarkan pencapaian mereka yang cemerlang dalam bidang masing-masing. Antara Anugerah Khas yang diberikan adalah Anugerah Pelajaran DiRaja, Anugerah Canselor, Anugerah Pingat Emas Naib Canselor, Hadiah Buku Universiti, Hadiah Buku Fakulti dan Hadiah Ko-Kurikulum. Majlis Konvokesyen USIM ke-7 pada kali ini menyaksikan Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) mengeluarkan seramai 24 orang graduan kumpulan sulungnya. Para graduan ini terdiri daripada 2 orang lelaki dan 22 orang perempuan yang merupakan kumpulan perintis bagi program Bahasa Arab dan Komunikasi Dengan Kepujian. Selain itu FPBU juga turut menganugerahkan skrol kepada 20 graduan sulung Diploma Lanjutan iaitu Diploma Pendidikan (Pendidikan Islam) yang berjaya menamatkan pengajian mereka. Selain FPBU, 3 buah fakulti lain turut melahirkan graduan sulung untuk program pengajian masing-masing. Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) bakal mengeluarkan seramai 67 graduan untuk program pengajian Fiqh dan Fatwa dengan kepujian.

konvo4

Manakala Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) bakal melahirkan graduan sulung untuk dua program iaitu Pengajian Quran dengan Multimedia Dengan kepujian seramai 35 orang dan Pengajian Sunnah dengan Pengurusan Maklumat Dengan Kepujian seramai 43 orang. Fakulti Sains dan Teknologi sekali lagi menyaksikan graduan sulung bagi program Sains dengan Kepujian (Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko) iaitu seramai 27 orang dan program Sains Komputer dengan Kepujian (Keselamatan dan Jaminan Maklumat) seramai 19 orang. Sehingga kini graduan USIM telah menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding jumlah graduan pada konvokesyen tahun lepas.

Perkembangan ini menunjukkan bahawa USIM telah berjaya menghasilkan graduan yang berkaliber dan bermutu tinggi yang memiliki ciri-ciri yang diperlukan dalam pasaran kerja pada hari ini serta dapat dibanggakan oleh masyarakat di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Oleh : pro@usim.edu.my Alamat emel ini dilindungi daripada spambots, anda perlu membenarkan JavaScript untuk melihatnya Tel : 06-7988025/8026/8028

USIM-DARUL QURAN METERAI MoU

jakim2

Putrajaya, 26 Jun 2009 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) buat julung kalinya telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Darul Quran, JAKIM. Memorandum Persefahaman ini adalah berkenaan Program Berkembar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunnah dengan Kepujian secara kawal selia oleh USIM. Memorandum ini dibuat adalah rentetan dari mesyuarat bersama pihak USIM yang memutuskan Darul Quran menjalin kerjasama dengan USIM bagi program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunah secara kawal selia dengan USIM.

Continue reading “USIM-DARUL QURAN METERAI MoU”

Sarjana Muda USIM 09/10 HEBAT

Bismillah

Nilai-Selesai sudah Minggu Taaruf Ijazah Sarjana Muda 09/10 USIM yang baru pada minggu lepas. Program minggu taaruf pada kali ini berlangsung selama 4 hari bermula 26-29 Jun 2009. Mengikut rekod pendaftaran, hampir 1100 pelajar baru yang berjaya mendaftar sebagai ahli keluarga baru USIM. TAHNIAH dan SELAMAT DATANG.

Namun, rekod pendaftaran pada kali ini menunjukkan penguasaan yang sama seperti tahun sebelumnya yang mana kaum Hawa monopoli kerusi dengan hampir 70% berbanding kaum Adam 30% sahaja. Walaupun begitu, bukanlah bilangan yang menjadi ukuran, tetapi kualiti yang pasti akan diaudit dihujung hari nanti. Yang pasti, ahli baru USIM pasti berkualiti dari setiap sudut diri, sahsiah dan akal.

Sehubungan itu, gerakan transisi atau tranformasi diri pasti berlaku di dalam diri setiap ahli keluarga baru USIM ini. Tidak ada yang terkecuali. Panggilan manja pelajar tidak lagi kedengaran, sebaliknya gelaran Mahasiswa itu mesti diterjemahkan. Konsep belajar diusung bantal tidak lagi disajikan, sebaliknya konsep mencari ilmu itu perlu diperhebatkan.

Wajah keriangan sebagai ahli baru USIM
Wajah keriangan sebagai ahli baru USIM

GENGGAM KEJAYAAN

Bermula langkah menuju ke kampus USIM, pasti terpikul harapan dan impian ayah bonda adik-adik kerana berjaya meletakkan nama di alam universiti sebaris dengan komuniti sekeliling. Tidak ada yang lebih membanggakan hati mereka melainkan kejayaan pertama ini. Namun harus diingat, kehidupan alam kampus bukan lagi seperti alam persekolahan yang lalu, sebaliknya penuh dengan cabaran dan pujian. Segala tindak peri laku bukan lagi kawalan ayah bonda, tetapi kawalan HATI adik-adik sendiri.

Justeru, langkahkan kaki adik-adik dengan hati yang tulus ikhlas untuk mencari ilmu demi bekalan masa depan, bukan kerana niat yang menyimpang jauh selain dari niat yang satu itu. Binalah track kejayaan anda di USIM di awal sesi pembelajaran ini dan genggam track tersebut, jangan menunggu hingga hari terakhir.

Saya pasti, kejayaan bukan berlaku dengan tiba-tiba, tetapi disuluhi dengan usaha yang maha hebat. Kegagalan juga bukan kebetulan, tetapi terjadi kerana dusluhi dengan suluhan yang malap.

” Kehidupan di Universiti merupakan kembara ilmu yang hebat. Tercipta di dalamnya segala macam rencah dan rasa. Bebas, harus berdikari, cari ilmu, cepat dan tepat membuat keputusan, permainan perasaan..suka, duka, bangga dan kecewa pasti dirasai. Kesedaran tarbiyah diri serta rasa tanggungjawab yang akan menjadi dinding terakhir dalam kawalan menyulusuri kehidupan di alam universiti ini ”

Bangkitlah untuk merancang kejayaan
Bangkitlah untuk merancang kejayaan

Nasihat saya, ‘pulanglah’ ke pangkuan keluarga nanti sama seperti ketika adik-adik melangkah kaki masuk ke USIM. Datang dengan perasaan ingin menggapai kejayaan dan pulanglah nanti dengan rasa puas berjaya menggapai kejayaan tersebut. Datang dengan senyuman bangga ibubapa kerana berjaya memasuki universiti, dan kekalkan senyuman ibubapa tersebut ketika mana menyambut kepulangan kita nanti.

Jangan dilupa dan diubah senyuman ikhlas ibubapa itu tadi.

Hati ikhlas, perancangan bijak, pilihan tepat pasti mendapat kejayaan. Jika kegagalan yang hadir, namun kita masih mampu senyum puas dengan perancangan yang hebat.

SELAMAT DATANG & TAHNIAH!