TRAVELOG PRAKTIKUM….ABIM

ASSALAMUALAIKUM….

Bersua kembali. Terasa lama sangat mendiamkan diri dari dunia pena siber ini. Bermacam halangan yang menghalang usaha penulisan karya; antaranya musim peperiksaan akhir sem1, persiapan ke Beijing (yg ni seronok sg..hhehe), dan sebagainya. Pepun, ahamdulillah jiwa untuk menulis tidak pernakkubur dengan dek bermacam halangan tadi.

Balik kepada tajuk.

20 Desember 2009, Ahad-Syukur pada Ilahi aku berjaya tiba di kediaman vila baru bagi persediaan untuk Travelog Praktikum. Untuk makluman, atas petunjuk Dia, aku dipilih menempatkan diri untuk berpraktikum di Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), pejabat pusat. Entah bagaimana ABIM jadi pilihan aku. Mungkin ada perkara yang dijanjikan olehNya untuk aku di ABIM ini. Insyaallah.

ABIM-jika disoroti sejarah penubuhannya, berbagai tokoh yang berlatang belakangkan berbagai bidang yang menerajui persatuan tersebut. Antaranya, Ustaz Haji Nawawi, DSAI, dan sekarang Ustaz Razak. Sepanjang perubahan pucuk pimpinan, peranan dan gerakan ABIM tidak pernah berhenti dan mati, sebaliknya berterusan kejayaan yang dicapai oleh ABIM di peringkat nasional atau antarabangsa. Tahniah ABIM.

21 Desember 2009, hari pertama aku melapor diri di ABIM. Bersama-sama aku dua orang lagi rakan yang akan berjuang menadah ilmu dan cari gali sumbernya dalam memperkemas diri dalam suasana kerja yang sebenar untuk terjun ke alam pekerjaan nanti. Diharap, apa yang diimpi, diniatkan dan disuruhkan akan dapat di ABIM ini. Tempoh travelog hampir lima bulan ini akan aku manfaatkan secukupnya. Begitu jga harapan kepada rakan2 seperjuangan yang bertebaran mencari ilmu di lapangan praktikum ini.

Akhir kalam, terima kasih kepada ABIM, FKP-USIM yang menyokong dan menerima diri aku ini. Besar harapan agar aku dapat memberi buah tangan terhadap Islam dalam pergerakan Islam ini.

Jumpa lagi……

KARSIS ’09 : 23 USUL & RESOLUSI SIDANG PLENO KALI -I-

Speaker Corner at KARSIS 2009 Speaker Corner at KARSIS 2009 

Bismillah.

Hari ini dalam sejarah. Saya berpeluang berdiri dipentas Speaker Corner menyatakan hasrat baharu golongan muda dikalangan pemimpin pelajar USIM hasil resolusi bersama dalam sidang pleno pada ahad lepas.

Tahniah sekali lagi kepada barisan penganjur KARSIS 2009 yang dipimpin oleh saudara Najid dan saudari Ainul.

Resolusi ini merupakan hasrat murni barisan kepimpinan badan-badan pelajar di USIM yang ingin melihat kematangan warna warga USIM dalam mencorak kebaikan sempena 10 tahun penubuhan USIM ini.

Untuk makluman, resolusi tersebut bakal dibentangkan dihadapan pihak pengurusan terutama dihadapan Naib Canselor setelah mendapat ‘green light’ beliau. “Kita akan adakan pertemuan tersebut”, respon daripada Naib Canselor selepas saya menghadiri mesyuarat (mesyuarat kebajikan) bersama beliau sebentar tadi di Bilik Mesyuarat Naib Canselor.

Insha Allah, sebelum resolusi tersebut dibentangkan, komitmen ahli sidang pleno akan menyaring kembali dengan masak kesemua usul tersebut supaya tiada pertindihan berlaku.

Tidak dilupakan jua, Memo 23 MPP juga telah saya bentangkan secara langsung ketika sesi Speaker Corner tersebut. Ini komitmen MPP dalam memastikan kebajikan secara keseluruahan dapat ditangani. Namun, tidak semua hasrat kita di dunia ini akan berhasil dengan sekelip mata.

Saya harap hal ini kawan-kawan faham.

Cuma sejak kebelakangan ini, saya selalu dihujani pelbagai isu yang berkaitan pelajar teruatama isu moral dan kebajikan yang tidak pernah selesai dan memuaskan hati pelajar.

Memang susah kalau ingin memuaskan keinginan diri ini.

Seperti contoh, soal bas. Mungkin penegasan atau kepatuhan jadual bas yang ditetapkan. Analogi sinisnya, sama ada bas yang akan mengikut jadual hidup kita di kampus atau sebaliknya. Kita yang perlu mengikuti jadual bas yang telah ditetapkan setelah berkali-kali perbincangan dilakukan.

Sukar memahami orang muda pasca-modenisasi ini. Betul tak?

Menjawab mengenai masalah bas ini, pihak MPP dan pengurusan termasuk pihak yang berkaitan secara rapat seperti pelajar dan pemandu telah pun dipanggil untuk sama-sama berdiskusi. Apa cara terbaik menangani masalah tesebut.

Namun responnya masih sama bahkan semakin parah.

Pihak MPP berkali-kali dipanggil berbincang bagi menyelesaikan masalah ini. Sama ada bersama pihak pengurusan mahu pun turun padang bersama pelajar. Kadang, hasilnya berbalik kepada sikap atau budaya urus tadbir kehidupan seharian kita. Sedih sekiranya pelajar Islam tiada daya tahan. Sedih sangat.

Akhirnya, saya dan kawan-kawan bersedia membantu sekiranya perkara tersebut relevan buat masa sekarang untuk kebaikan bersama. Namun saya, mengharapkan agar pelajar matang dan rasional dalam tindakan.

Banyak lagi perkara-perkara yang perlu kita risaukan. FIkir-firkanlah… Maaf dipinta.

TAHNIAH YDP USIM!!!

MPP len bile lagi…hehehe

salin & tampal : aliffismail.wordpress.com

KARSIS ’09 : MEMACU MINDA PRAGMATIS

KARSIS 2009

 

Bismillah.

Assalamua’alaikum WBT dan salam perubahan untuk sekalian mahasiswa/si USIM.

Alhamdulillah, hari ini kita telah melangkah beberapa langkah perubahan dengan lahirnya program Karnival Mahasiswa 2009 yang julung-julung kali diadakan oleh MPP USIM.

Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua yang terlibat.

Karnival Mahasiswa 2009 ini atau dikenali sebagai KARSIS ini, merupakan satu usaha dan idea baharu daripada MPP dengan kerjasama badan-badan pelajar yang wujud di kampus USIM ini. Ianya merupakan medium yang bersifat berani dan matang dikalangan  mahasiswa/si USIM dalam mencorak landskap waqi’iyah kampus, melukis zaman dan cetusan idea yang bersifat realistik dalam merealisasikan 10 tahun penubuhan USIM yang tercinta ini.

Kita percaya mahasiswa/si juga merupakan antara entiti yang maha penting dalam pembangunan sesebuah universiti.

Antara harapan baharu penganjuran KARSIS ini adalah untuk memastikan peranan dan tanggungjawab badan-badan pelajar di universiti dikenali dan disedari oleh mahasiswa/si di kampus. Tambahan, ia sebagai satu ’sentuhan’ yang menjangkaui keseimbangan biasa dalam memberi mesej kepada pihak universiti.

Sidang Pleno menjadi bukti  keseriusan badan-badan pelajar dalam membincangkan aspek-aspek berkaitan dengan kecemerlangan sesebuah universiti dan sumbangan mahasiswa/si. Begitu juga, pengisian bersama masyarakat setempat melalui program Bakti Siswa (BAKSIS) di kawasan Batang Benar menjadi keutamaan bersama. Benarlah, daripada alam kampus kita turun kelapangan ummah.

Ini komitmen dan sumbangan mahasiwa/si yang ingin direalisasikan.

Saranan saya, bersempena 10 tahun penubuhan USIM dan penganjuran KARSIS kali ini, marilah sama-sama kita kearah membina ”kesarjanaan’ dikalangan mahasiswa/si USIM yang berani dan ilmiah dalam menghadapi cabaran dan harapan 10 tahun USIM yang akan datang. Jadikanlah medium KARSIS ini sebagai tempat kita berpencak dengan rasional.

Mahasiswa bersama dan berani memacu minda yang pragmatis. Insha Allah.

Muhammad Alif Ismail-YDP MPP USIM 08/09

 

Salin & tampal : aliffismail.wordpress.com