Jejak Tokoh : Sultan Muhammad Al-Fateh

Bismillahirrahmanirrahim.

HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq;

“..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

__________________________________________

"Muharrar al-Constantinople"

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah. Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw. Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya. Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut. PENGENALAN Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople. Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun. PENDIDIKAN Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek,  Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah  matang menangani tipu helah musuh.

KEPERIBADIAN

Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja

Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana  tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali  Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.

* Di mana kita (remaja Muslim) hari ini?? Solatnya, Tahajudnya, Puasa sunatnya..?

Jawablah……..

"Tidak hanya bersemayam selesa..."

(credit : http://satuperkongsian.wordpress.com)

Advertisements

HIKMAH Pasti Ada..!!!

Assalamualaikum wbt.

Ya! Memang begitu lama saya tidak kemaskini entry blog ini. Mujur tidak bersawang.

Bukan bermaksud lupa, tapi menyepi mencari sesuatu sebagai bekalan 2011. Saya hanya berkesempatan menjengah blog-blog yang lebih popular untuk disesuaikan dengan pengisian blog sendiri.  Itu yang terbaik sebagai persediaan untuk menulis selepas ini. Pun begitu, terima kasih kepada wordpress.com kerana tidak mematikan akaun saya.

credit to http://www.cartoonstock.com

Pasca-Siswazah : Alhamdulillah, 29 November 2010, secara rasmi saya telah berdaftar sebagai IIUM-ian, Gombak. Bukan di tangga pra-siswazah, tapi pasca-siswazah. Saya akui pasca-siswazah satu tingkatan yang lebih fokus dalam mencari ilmu. Proses mematangkan diri dan perubahan perlu dibuat. Diri perlu digerakkan agar sesuai dengan status pasca-siswazah. Tempoh berdaftar sebagai warga IIUM hanya 24bulan sahaja. Namun begitu, itulah masa yang ada untuk mempersiap diri sebelum ke peringkat seterusnya (Ph.D), dan terjun memberi kepada masyarakt,  insyaAllah. Diharap pilihan Usul Al-Din & Comparative Religion (MA.) membekas dan tepat.

Tempoh 2bulan pertama ini, amat mengujakan, hebat dan seronok. Kerana, merasai susasana “keterbukaan” dan “kebebasan” mencari ilmu. Dialog, Forum, Intellectual Talk, Ceramah, Pengajian Kitab, membuatkan tidak menang tangan untuk saya hadir. Isu semasa bebas dibincangkan tanpa sempadan. Pertemuan dan berdiskusi dengan Syeikh Dr. Ramadhan Al-Bouti (Syria), Prof. Dr. Afifi Al-AKiti (Oxford,UK), Prof. Dr. Kamal Hassan (UIAM), dan pasti ramai lagi adalah pengalaman yang baru dan maha hebat. Inilah keadaan yang saya dahagakan. Menjadi manusia yang bergerak, tidak statik!

CELPAD : Bagi warga IIUM, celpad amat terkenal peranannya. Seperti “penjara” yang memberi manfaat. Celpad adalah nadi kepada IIUM. Berperanan membangun dan memperkaya bahasa (English & Arabic) setiap pelajar yang berdaftar sebelum mengikuti kelas Kuliyyah. Alhamdulillah, semester pertama ini saya “berjaya” memasuki Celpad dan perlu mengharungi hari mendatang dengan 2bahasa; Arabic d& English only!

Dengan kelas Inggeris di Level5, Sec.2 suasana kelas amat jauh dari kotak fikiran yang saya jangkakan. Bersama rakan-rakan dari Arab Saudi, Tanzania, Indonesia, Singapura, Thailand, Brunei dan Malaysia, suasana pembelajaran amat menghiburkan. Terbuka memberi pendapat, mencelah tiba-tiba, gelagat seperti “chipsmore”, adalah antara pengalaman yang mematangkan saya untuk lebih bersedia berhadapan dengan warga dunia ini. Pasti, inilah hikmah disebalik saranan “lita’arafu” yang terakam indah di dalam Al-Quran. Kehebatan kelas terserlah dengan sifu Madam.Azura dan sifu Madam.Sharmila bersama kami. Moga, dengan bantuan sifu-sifu ini, kami akan ke Kuliyyah bulan September 2011 nanti.

credit to http://www.cartoonstock.com

Berbeza dengan kelas Arab bersifukan Ustaz. Fauzi Muda. Suasana kelas lebih “aman” dan “damai”. Warganya hanya dari 3 negara; India, Indonesia dan Malaysia. Tidak serancak kelas Inggeris. Rakan-rakan pun lebih pendiam. Pun begitu, saya yakin kami akan ke Kuliyyah September depan. Hikmah kata dari novel Negeri 5 Menara menjadi sandaran saya dalam memperkaya bahasa; “Man Jadda wa Jada”.

SOLAT : Biah solat di IIUM memang hebat. Terjaga 5 waktu berjemaah siang malam. Saya setuju, konsep binaan masjid di tengah-tengah IIUM amat mempengaruhi. Pelajar, pensyarah, staf bawahan dan atasan, penjaja, tidak ketinggalan dalam menunaikan solat berjemaah. Ibarat ‘meeting point’, masjid menemukan sesiapa sahaja pada setiap waktu solat. Lebih lagi pada hari jumaat, selepas solat jumaat kelihatan seperti mesyuarat delegasi negara-negara berlaku di dalam dan luar masjid. Kelompok Kazakhstan, Turki, Korea, Tanzania, Nigeria, Somalia dan banyak lagi kelihatan merata membentuk halaqah kecil untuk bertanya khabar mahupun bertukar pandangan. Hebat. Suasana yang pasti buat saya rindui sementelah meninggalkan IIUM ini nanti.

Saya juga berjanji untuk membuat i’adah Al-Quran sebanyak mungkin di sini. Bukan menjadikan alasan tiada biah di tempat lama dahulu membuatkan saya melupakan wahyu Allah ini. Tapi, diakui biah diperlukan sebagai perangsang untuk saya maju bergerak.

KAHWIN. Humm…soalan yang tidak pernah padam dalam kotak fikiran. Dengan umur menginjak 26 pada tahun ini, lagi tiada kesudahan memikirkannya. Tapi, saya perlu berpijak di bumi nyata sebelum memikirkan perkara ini dengan serius. Benarlah kata alumni IIUM, bersaksikan masjid, ramai hati-hati sang teruna dan dara berjaya disatukan. Saya akui, boleh juling dibuatnya jika kalimah “cantik” jadi keutamaan dalam mencari pasangan hidup di dalam IIUM ini. Cun…comel…cantik…lagi cantel….semua ada. Dari Syria, Jordan, Arab Saudi, Indonesia, Thailand, China, hatta Melayu sendiri, pasti tidak menang mata untuk memilih.

Tapi, Islam telah menggariskan tatacara memilih wanita sebagai pasangan hidup- Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, beliau berkata: Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Wanita dinikahi kerana empat perkara: hartanya, kedudukannya atau keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya nescaya engkau beruntung”. Dan itulah yang saya pegang pada ketika ini. Petikan dari rakan baik saya; “…korang ini susah sikit…rambang mata tapi action dalam hati je…” – mungkin ada benarnya. Langkah terbaik, pengaplikasian “ghaddul basr” perlu disegerakan dan dipagari kemas!

InsyaAllah, saat itu saya akan alami nanti. Percayalah, ia pasti berlaku!

Ilmu menuntut kita untuk lama bersamanya. Lagi lama, lagi mesra dan faqih. Jangan bimbang soal masa, itu antara syarat tholib al-ilm (credit: aliffismail.wordpress.com). Akhir kata, ingin jadi manusia perlu bergerak. Perlu berhijrah. Hijrah dan bergerak mesti seiring dengan rasa sedar dalam diri. Pencarian hikmah tidak boleh setengan jalan. Dan ia bukan mudah untuk didapati. Ia menuntut pengorbanan dan perjuangan. “Aku Yakin Berlaku!”

Nasihat Imam Al-Syafiie :

“Orang pandai dan beradab, tidak akan diam di kampung halaman. Tinggalkan negerimu dan merantaulah ke negeri orang. Merantaulah, kau akan dapatkan pengganti daripada kerabat dan kawan. Berlelah-lelahlah, manisnya hidup terasa sesudah lelah berjuang.”