Istiqamah vs Tangguh

Bismillah……

26 April 2010 | Isnin

Tempoh melatih industrikan diri aku telah hampir ke garisan penamat. Tanpa sedar genap 4 bulan aku bersama keluarga ABIM Pusat di bangunan FEDEC. Hanya tinggal 9 hari bekerja untuk aku graduasi dari latihan industri ini.

Syukur | Tahniah | Terima kasih

Istiqamah vs Tangguh

Umat Nabi Muhammad s.a.w dituntut beristiqamah dalam setiap nawaitu pekerjaan seharian. Bermula seawal pagi bangun dari kiamat kecil hingga kepada merapatkan mata di malam hari.

Namun, sebagai insani yang tidak lepas dari gangguan hasutan nafsu dan suara halus, usaha untuk mengistiqamahkan sifat istiqamah sering diganggu gugat. Setiap saat dan detik gangguan ini hadir.Hanya hati yang bersih, ikhlas dan dekat dengan Sang Pencipta berjaya mengharungi detik-detik payah ini.

Teringat azam di awal menjejakkan langkah kanan di FEDEC, tekad untuk meng’up date’kan entri ini setiap 2 minggu sekali. Entri akan diisi padat dengan segala informasi berkaitan latihan industri di sini.

Tetapi, azam tinggal angan………..

Di akhir 9 hari yang berbaki ini, aku meletak tekad untuk lebih selalu menambah entri karpet ini dengan pelbagai informasi terkini. Lapangan informasi yang akan disentuh menjurus arah Islam, umat Islam Malaysia dan masyarakat majmuk, mahasiswa dan usaha dakwah dan mungkin juga isu-isu mini yang lain.

Natijah L.I

Syukur pada Ilahi, kesempatan menumpang diri di ABIM ini tercapai beberapa hasrat hati.

1. Perlaksanaan program Kolokium Rakan Sebaya & Sosial 2010 (KRSS2010)

2. Penulisan Risalah Maulid Rasul 1431H

3. Perkenalan dengan otai-otai ABIM terdahulu dan agensi

Misi dan Visi Selamanya

Harapan dan Tekad

Selepas ini, janji diri dan tekad hati akan mengistiqamahkan diri dalam perjuangan haraki Islam untuk sisa baki umur yang diberi pinjam di dunia ini.

Moga-moga Allah akan terima segala usaha dan menetapkan hati di atas jalan diredhaiNya….Ameen.

Advertisements

Generasi Baru Islam : SRI & SMI ABIM

Bismillah…

Alhamdulillah…hujung minggu yang lalu bercuti di Ulu Bendul, Kuala Pilah. Peluang bercuti bukan yang tiada pengisian, sebaliknya penuh dengan cabaran dalam menerima tugasan sebagai fasilitator bagi program Tamrin Pengukuhan SRI dan SMI ABIM Pelajara Tahun 6 dan Menengah.

Sekian lama tidak menjebakkan diri dalam dunia kefasilitatorian ini. Dan bila mendapat peluang dengan sasaran baru. Rasa teruja dan ketidaksabaran menjengah hati dan diri. Bukan kerana apa, tetapi lebih kepada untuk melatih diri dalam mengaplikasi ilmu yang dimamah selama ini untuk diturunkan kepada generasi baru.

Dengan 170 peserta semuanya, cabaran dan dugaan pasti hebat.

Jundullah Islam

Pada kali ini, modul “Maza Ya’ni fi al-Islam” karangan Fathi Yakan digunakan sebagai asas modul dalam setiap LDK. Ceramah dan slide and video presentation benar-benar menggamit hati dan fikiran. Gaya pencerahan yang dibuat oleh Ustaz Razak amat membekas kepada mereka yang ikhlas dalam hati.

Namun, jangan disangka tiada hati yang suram di antara hati-hati yang terang bercahaya.

Tidak tahu mana silapnya, sungguh terkejut bila mendapati sebahagian dari adik-adik kecil ini ada yang “berlagak dewasa”. Bertindak di luar batasan remaja.

Inikah adik-adik SRI dan SMI ABIM? Persoalan ini bertubi-tubi menyerang fikiran.

Namun, perlu diakui, bukan semua intan itu berkilat walaupun digosok dan dijaga rapi setiap hari dan saat. Begitu juga al-kisah adik-adik ini. Bukan semua benar-benar faham Islam walaupun diberi suap setiap hari, pagi dan petang.

Walaupun begitu, penulis yakin adik-adik semua akan berubah suatu masa nanti. Penulis yakin adik-adik ini akan jadi jundullah yang hebat dan alim di zaman adik-adik kelak.

Tindakan hari ini bukan kayu ukur keseluruhan untuk menentukan nasib diri mereka.  Sebaliknya, ia merupakan pelajaran dan pendidikan (tarbiyyah process) yang akan menjadi garis panduan asas dalam diri kelak.

Harapan penulis, suatu hari nanti akan terbaca di dada akhbar :

1. Adik Nabilah sebagai doktor Islam pertama dengan penemuan sains yang baru.

2. Adik Omar menjadi Pemikir Islam.

3.Adik Sayed dinobat usahawan Islam cemerlang.

4. Adik Ili sebagai Peguam Syariah.

5. Adik Taqiyuddin sebagai menteri agama Islam.

6. Adik Farhanah sebagai ibu Maal Hijrah.

7. Adik Amalia sebagai Guru Cemerlang.

8. Adik Shahirah sebagai Pakar Motivasi Islam

Insyaallah…penulis harap doa penulis ini diangkat oleh Rabul Jalil dan memakbulkan. Cuma, nasihat penulis..

*Abang harap adik-adik akan mulakan langkah kejayaan ini dengan membacakan ikrar adik-adik di hadapan ibubapa tersayang. Abang harap adik-adik dapat memenuhi permintaan ini……terima kasih.

Terima kasih adikku

Bicara Negarawan : “Future Leaders Will Born?”

Bismillah….

Pemimpin Bakal Dilahirkan

Program Bicara Negarawan Bersama Tun Dr.Mahathir Mohamad telah selamat melabuh tirai. Program anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Kementerian Penerangan dan Komunikasi ini berlangsung pada 26-30 Mac 2010 di dua tempat berbeza, Awana Genting Hotel dan Impiana Hotel KLCC. Seramai 54 pelajar terpilih dari 15 IPTA/IPTS seluruh negara. Syabas dan tahniah.

Secara dasarnya, program ini berjaya mencapai matlamat penganjurannya.

Dengan kerjasama yang diberi oleh Tun sendiri memberi sejuta makna dan pengalaman hebat kepada semua peserta. Berkongsi kisah, pengalaman dan suka duka selama 22 tahun mentadbir Malaysia ini, berjaya membuka fikiran dan memberi faham. Walaupun begitu, penulis berasa sebaliknya dalam program ini. Masih ada lubang-lubang kecil al-kisah yang maha benar yang tidak dikongsi. Masih ada ruang yang boleh dibetulkan namun tidak dikupas selayaknya. Apapun, apalah daya kuasa penulis untuk membuka ruang tersebut jika pemilik diri tidak bersedia untuk membuka dadanya.

Future Leader Will Born?

Persoalan yang menarik perhatian penulis untuk mencoret di sini.

Sepanjang perjalanan program, penulis tertanya-tanya ke mana arah tuju program ini dari sudut Islamik nya.
Adakah mesti ada atau hanya sekadar ada bila ditanya.

Firwan, Zatil (UIAM), Hazwan, Bakri, Yusuf (UTP), Atikah, Tasnim (USIM) antara rakan-rakan seangkatan yang sentiasa berdialog mengenai perjalanan program yang dilihat tidak Islamis. Tahniah dan rasa syukur kerana berada bersama mereka.

Kami secara jujurnya kecewa dengan penganjuran program.

Hal-hal berkaitan asas kecantikan Islam seperti tidak dijaga dengan rapi. Solat, makan, pergaulan amat jauh dari susur galur yang diharapkan.

Beginikah cara atau metod untuk melahirkan “Negarawan” baru atau “Tun Mahathir 2”? Adakah rela ditadbir oleh pemimpin yang lalai sebegini?

Tepuk dada tanya iman. Tapi macam xsempurna kalau hanya semudah itu menepuk dada maka iman akan terasa. Yang sebetulnya….emm…epnulis sendiri tidak tahu bagaimana hendak merungkai, tetapi yakin sesiapa yang mencari, sinar iman itu akan dijumpai.

Luas Ukhuwah Islamiyah

Segala puji padaNya yang beri ruang dan peluang untuk mengenali dunia Malaysia sebenar. Atau dunia konsep 1Malaysia.

Kalau hendak dicoret disini, rasanya panjang lebar akan dikisahkan. Tetapi biarlah ia menjadi simpanan dan koleksi peribadi dan pemikiran penulis sendiri.

Penulis yakin, sekelian yang lain pasti akan menghadapi situasi yang sama bila dunia kerja gomen menjemput anda.

Harapan penulis, peserta yang dikata sebagai yang terbaik antara yang terbaik akan menjadi yang TERBAIK akhirnya. TERBAIK dari sudut akhlak, pemikiran, bersosial, idea, penampilan dan ibadah. Islam itu jalan lurus yang cantik serba lengkap di dalamnya.

Kalau westerners sudah ramai yang mengakui akan kecantikan ISLAM, namun kenapa Melayu tidak merasai Islam yang sudah menapak 5000 tahun di alam Melayu ini.

Fikir-fikirkan….