KLIBF 2010

Bismillah

Kebelakangan ini, terasa terbatas untuk menulis di entry blog ini. Entah kenapa tiada jawapan. Bukan kerana dihalang oleh perkara lain, dan bukan juga kerana tiada idea untuk menulis, tetapi lebih kepada ruang kesempatan yang ada tidak dimanfaatkan.

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang beriman, mereka mengerjakan amalan saleh, dan saling menasihati untuk mentaati kebenaran, dan menasihati dengan kesabaran” (Al-Asr:1-3)

Benar kalam Allah s.w.t…terasa kerdil…….

Kesempatan mengunjungi KLIBF2010 di PWTC Ahad lalu, begitu mengujakan perasaan. Tidak sabar untuk menambah koleksi karya ilmiah di rak-rak buku dirumah. Lebih teruja perasaan, hati dan akal fikiran untuk menambah input dalam dada sebagai bekalan hidup kemudian hari.

Dengan lebih kurang 10 senarai tajuk buku yang hendak di beli di KLIBF, hanya 5 sahaja berjaya digenggam. Selebihnya tidak jumpa dan tiada. Lebih sedih, karangan Syeikhul Islam, Dr.Yusuf Qaradhawi (Fiqh Dakwah) telah habis dijamu insan yang lebih awal.

Adui…kecewa rasa tidak berjaya untuk mendapatkan buku tersebut!

Kenangan dgn Sifu Tarbiyah

Namun, kegembiraan dirasai apabila berjaya merakam kenangan bersama most prominent figure dalam arena tarbiyah hati dan diri..Bro. Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Dengan pemberian 2 buah tangan sempena KLIBF 2010 ini, cukup sebagai faktor utama penarik pengunjung untuk membanjiri KLIBF kali ini. 2 buah tangan tersebut laris bagai pisang goreng panas di jalanan….bagai semut menghurung gula…….hebat penangan karya Ust.Hasrizal. Tahniah!

Perancangan untuk berjumpa novelis muda, Bro.Faisal Tehrani pula tidak kesampaian. Hanya dapat menggenggam hasil penulisannya sahaja. Balut dan Tuhan Manusia akan dimamah dengan penuh faham selepas ini.

Apapun, KLIBF 2010 kali ini amat berbeza dengan tahun lalu. Kesesakan rakyat Malaysia melauti PWTC menjadi bukti KPI kepada penganjur kali ini. Dengan promosi melalui fb,website,blog,newspaper berjaya memberi kesan kepada pemikiran generasi baru. “Membaca memacu tamadun.” Tahniah!

Cuma mungkin penambahbaikan pada masa akan datang boleh difikirkan cara untuk meramaikan manusia di tingkat 4. (Buku versi English) Begitu lengang dan luas suasana di aras 4. Terasa boleh duduk dan baring seperti di MPH. Buku lebih banyak dari manusia. Tidak tahu mengapa fenomena ini berlaku lagi, tetapi secara kesimpulan mudah, mungkin kecenderungan pengunjung hanya kepada BM version. Fikirkanlah samada benar atau salah telahan ini….

Advertisements

ALLAH Lebih Menyayanginya…Al-Fatihah.

Bismillahirrahmanirrahim

Syeikh Al-Azhar, Syeikh Mohamed Sayed Tantawi meninggal dunia semasa melakukan lawatan ke Arab Saudi hari ini.

Syeikh Tantawi, 82, meninggal dunia di Riyadh – ibu negara Arab Saudi – selepas mengalami serangan sakit jantung, Lapor agensi berita Al-Jazeera.

Syeikh Tantawi banyak memberi sumbangan kepada dunia intelektual Islam dengan menghasilkan buku-buku agama, termasuk 15 jilid kitab tafsir al-Quran.

Syeikh Tantawi dilahirkan pada tahun 1928. Beliau dilantik menjadi Sheikh Al-Azhar sejak 1996 di Universiti Al-Azhar – pusat pengajian sunah yang tersohor di dunia Islam.

Kematian ulama yang disegani itu sudah pasti meninggalkan kesan yang cukup mendalam kepada masyarakat Islam dan antarabangsa.

Sementara itu, agensi berita AFP melaporkan, anaknya, Amr Tantawi, berkata kematian bapanya merupakan satu kejutan yang tidak dapat digambarkan.

“Ahli keluarga allahyarham sudah membuat keputusan, Allah sudah memilihnya meninggal dunia di tanah Saudi, maka beliau akan dikebumikan di tanah perkuburan Al-Baqie, di Madinah, tanah suci kedua umat Islam,” katanya.

*Secara peribadi, penulis begitu terasa dengan pemergian beliau. Teringat ketika beliau membuat lawatan ke Maahad Tahfiz Klang dahulu.  Tidak banyak karangan beliau yang penulis hadamkan..tetapi penulis akan terus jejaki hasil fikiran beliau melalui mata pena.

Firman Allah : (Surah Luqman : 34)

Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan Yang tepat tentang hari kiamat. dan Dia lah jua Yang menurunkan hujan, dan Yang mengetahui Dengan sebenar-benarnya tentang apa Yang ada Dalam rahim (ibu Yang mengandung). dan tiada seseorang pun Yang betul mengetahui apa Yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun Yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi amat meliputi pengetahuanNya.”

Kehilangan Yang Dirasa…

Maulid Muhammad s.a.w

Bismillah

Maulid al-Rasul tahun ini ada sedikit kelainan.

Ketika perarakan tiba-tiba menjadi isu yang dipolitik dan disensasikan, ia secara tidak langsung mendesak ramai bertanya, bagaimanakah sebenarnya maksud Maulid al-Rasul?

Sejujurnya, pagi ini saya merasakan kelainan yang menyerlah pada siaran Malaysia Hari Ini di TV3. Bersiaran seawal usai Solat Subuh, minit demi minit tepu dengan pelbagai topik yang melengkapkan jawapan kepada maksud sebenar Maulid al-Rasul. Atau bisa sahaja diungkapkan sebagai makna sebenar menjadi umat kepada seorang Rasul, Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Tuan Shamsuddin Kadir mengisi bicara memperkatakan tentang semangat keusahawanan yang meneladani Sirah Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Demikian juga Ustaz Dr. Zahazan Mohamed pula mengulas tentang kitab Shama’il Muhammadiyyah oleh al-Imam al-Tirmidhi. Tidak dilupakan Encik Zulkifli Mohamad daripada E-QALAM yang hadir mempromosikan Mushaf al-Quran berkod dengan pena digital yang sangat inovatif. Demikian juga tetamu daripada CNI yang menjelaskan tentang polisi Halal di dalam produk jenama berkenaan.

Padat.

Saya tidak mengetahui bagaimanakah sebenarnya bentuk perjalanan Malaysia Hari Ini. Seperti biasa, saya hanya membuat persiapan berbekalkan soalan panduan yang diberikan oleh Ahmad Fedtri Yahya. Bersedia seawal jam 7 pagi di Sri Pentas, saya dijemput ke pentas untuk diwawancara bersama Kak Aisyah, artis Muhajirah yang kita semua kenali. Ahmad Fedtri Yahya berganding dengan Wardina Safiyyah menjadi tuan rumah bagi siaran khas MHI sempena sambutan Maulid al-Rasul kali ini.

Sesi yang berlangsung hingga tamat siaran jam 9 pagi, diserikan pula dengan nasyid oleh kumpulan Em-Basheer daripada UPSI.

Berikut adalah sebahagian daripada nota bual bicara kami pagi tadi:

  1. BAGAIMANAKAH YANG DIKATAKAN RASULULLAH S.A.W. ITU KEKASIH SELURUH ALAM
  • Firman Allah: [Dan tidaklah Kami utuskan engkau wahai Muhammad, melainkan sebagai rahmat kepada seluruh alam – Surah al-Anbiyaa’  21: 107]
  • Siapakah yang mengutuskan Muhammad? Allah yang Rahman dan Rahim.
  • Allah mahu Diri-Nya sentiasa diingati sebagai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Kasih sayang itu jugalah yang mendominasi watak seorang insan bernama Muhammad.
  • Kasihnya kepada Muslim:  Kisah di kubur al-Baqi’, rindu kepada saudara-saudaranya.
  • Belasnya kepada bukan Muslim: Hadith riwayat Muslim, Baginda diminta memaki golongan kuffar. Namun dijawab, “aku tidak diutuskan untuk mencela manusia, tetapi sebagai Rahmat kepada seluruh alam”. Dzu Tsur mengambil pedang untuk memenggal leher Baginda… Begitu juga kedudukan Kafir Dhimmi : ganggu kafir dhimmi, ganggu aku, ganggu aku ganggu Allah.
  • Belas kepada haiwan: menegah sahabat membakar semut dengan api: Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih.
  1. Bagaimana menghadapkan Sunnah Baginda SAW
  • Peminat Beckham, buat rambut ala Beckham, pakai pakaian seperti Beckham dan membaca segala tentang Beckham. Itu tandanya kita sangat kasih dan mengidolakan Beckham walaupun Beckham tidak pernah mengasihi atau mengenali kita. Malah usahkan Beckham, James Dean dan Marilyn Monroe yang tidak pernah hidup sezaman itu pun ramai peminatnya.
  • Justeru manifestasi cinta kita kepada Rasulullah SAW, adalah dengan peduli kepada baginda, mengambil tahu, membaca mengenainya, berkelakuan seperti kelakuan baginda, yakni melaksanakan seluruh pesanan dan ajaran baginda dalam semua aspek kehidupan.
  • Ayat al-Quran:

Dan  apa jua perintah Yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka Terimalah serta amalkan, dan apa jua Yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang Yang melanggar perintahNya).[al-Hashr 59: 7]

  • Berselawat ke atas Baginda SAW sebanyak-banyaknya.
  1. Bagaimana mendapat Syafaat Baginda SAW
  • Abu Hurairah radhiyallahu `anhu berkata, Wahai Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam, siapakah orang yang paling bahagia dengan syafaatmu? Beliau shallallahu `alaihi wasallam menjawab, Siapa saja yang mengucapkan Laa ilaaha illallah dengan ikhlash dari dalam hatinya.
  • Syafaat hanya milik Allah:

Katakanlah (Wahai Muhammad): “Syafaat itu semuanya hak kepunyaan Allah; Dia lah Yang Menguasai Segala urusan langit dan bumi; kemudian kamu akan dikembalikan kepadanya (untuk menerima balasan).” [Zumar : 44]

  • Hati yang bersih daripada syirik dan meletakkan keutamaan yang tertinggi hanya kepada Allah dan Rasul

Sumber : saifulislam.com