InterFaith Dialogue : Tahniah IYC

Bismillah.

Pertamanya penulis ingin merakamkan tahniah dan syabas kepada Intellectual Youth Club (IYC) UIAM di atas kejayaan menganjurkan Interfaith Dialogue malam semalam. Dengan tajuk yang dipilh ” Do All Paths Lead To Paradise?”, sesi dialog berjaya dilkasanakan dengan penuh adil dan saksama, tanpa ada bias diantara pembentang. Syabas juga kepada moderator, Sdr.Anwar Saji yang berjaya mengawal pentas dengan berkesan dan kebat. Bak seperti referee di atas padang bola dengan kad kunig dan merah berserta wisel bila pembentang melebihi had masa yang ditetapka. SYABAS.

” Do All Paths Lead To Paradise? “

Interfaith Dialogue ini mengumpulkan 4 pakar agama yang berlain. Bro.Shah Kirit mewakili Islam, Dr. Guwandasing (Sikh), Mr.Yee (Kristian) dan Dr.Kalika (Hindu) – maaf jika ada tersalah ejaan nama pembentang.

Objektif dialog ini dianjurkan, bukan bertujuan untuk menilai atau menghakim agama mana yang betul atau salah. Tetapi lebih menjurus mencari titik persamaan di antara agama berlandaskan tema yang diberikan. Ia juga bersifat untuk mengenali, mengatahui dan ambil faham tentang agama lain yang wujud di Malaysia supaya keadaan toleransi akan terus berjaya diamalkan antara agama.

Apa yang menarik dari setiap pembentang, kenyataan mereka bahawa semua agama hanya percaya pada Tuhan yang satu. Menurut Mr.Yee, dalam bible tiada ajaran yang mengatakan tuhan itu trinity, jauh sekali mengatakan Jesus itu father atau son of father. Satu kenyataan yang bercanggah dari apa yang kita- muslim tahu tentang kristian. Tambah beliau lagi, “Christian culture is not what Bible ask to do so”. Bagi Dr.Guwandasing, setiap agama adalah datang dari cahaya yang sama-iaitu Tuhan yang satu. Lebih dari itu, “Islam is Sikhism-Sikhism is Christian-Christian is Hinduism-Hinduism is Islam” – kenyataan yang kontroversi. Menurut beliau lagi, agama Sikh berlandaskan logik akal disamping kitab-kitab Guru Garan Sahib yang mereka pegang. Bagi Hindu-Dr.Kalika berkata ” Religion is like rivers that come from one ocean…”. Walau berbagai aliran agama yang wujud, tapi hakikatnya ia hasil dari satu punca-iaitu satu tuhan. Setiap tindakan manusia yang baik adalah kehendak tuhan dan sebaliknya. Mengumpamakan bahawa tuhan wujud dalam jasad manusia- kontroversi lagi.

Bagaiman Islam? Kupasan dari Bro.Shah amat jelas dan luas. Islam ialah way of life. Cukup sempurna dan menyeluruh. Dalil yang jelas dan tepat. (al-Maidah : 6, ali-Imran 110,104, adz-zariyat : 2, al-Baqarah : 52, al-Ikhlas : 1-4, al-Asr : 1-3)

Berbalik kepada objektif penganjuran, hasil dari dialog tersebut berjaya menyatakan bahawa semua agama terarah kepada kebaikan. Tiada agama yang menyuruh pengikutnya kepada kejahatan atau keburukan. Bahkan jika berlaku keburukan, ia berlandaskan nafsu manusia.

Justeru, berlandskapkan keadaan semasa ketika ini, penulis berharap IPT yang bersifat Islam khususnya akan menganjurkan dialog antara agama ini. Ia bertindak sebagai pencerahan ilmu. Mahasiswa, Pensyarah, Pentadbiran Universiti perlu terkehadapan dalam menghadapi cabaran isu begini. Tiada apa yang perlu ditakutkan atau dibimbangkan jika isu ini dibincang dalam keadaan terbuka. Tetapi, dengan syarat objektifnya perlu jelas dan adil.

Akhir kalam, tahniah sekali lagi buat IYC dan UIAM khususnya. Pada hemat penulis, ketika ini UIAM, IPT pertama yang berjaya melaksanakan dialog antara agama ini.

Besar harapan penulis, sekiranya MPP USIM 09/10 dapat mengubah konsep penganjuran Dakwah Talk 3 dengan berkonsepkan dialog antara agama. Penulis yakin kemampuan MPP USIM yang baru ini..insyaAllah.

Erti Persahabatan Si KEMBAR……..

Bismillah.

Penulis mulakan tulisan ini dengan perasaan rendah diri. Terasa jiwa kosong. Fikiran serabut lagi kusut. Terasa diri seperti tidak tahu menghargai persahabatan yang diberikan. Tempoh hayat menjangkau suku abad tetapi tetap merangkak dalam merencana hidup. Masih terus di takuk lama. Begitu daif diri penulis ketika ini.

Mungkin ungkapan sesuai : Buta mata zahir…Mati mata hati.

Siapa Si Kembar?

Tidak perlu penulis melukis peribadi mereka mahupun potret, cukuplah hanya Allah s.w.t dan penulis yang tahu. Rendah dirinya penulis berhutang dengan mereka. Hutang yang penulis tidak tahu bagaimana hendak membayarnya. Hanya doa yang mampu dikirimkan. Dengan harapan segala kekurangan dan kecacatan diri penulis yang mungkin mengecewakan mereka diampuni Sang Raja Yang Maha Pengampun.

Suka kiranya penulis mencoret sekelumit titipan sejarah perkenalan dengan mereka.

Si Kembar A : Penghujung 2002 baru penulis mendengar namanya. Namun wajahnya tidak pernah dilihat kala itu. Hanya berhubung melalui sms dan telefon. Indah rasanya…bersahabat begitu. Jodoh kami panjang. PerancanganNya begitu sempurna. Siapa sangka dari tidak begitu kenal, akhirnya hampir 8tahun duduk bersama menadah ilmu di tempat yang sama. Walaupun berbeza citarasa, tetapi keserasian itu wujud hingga kini. Persahabatan yang dihulur tanpa ada tarikh luput disulami ikhlas, jujur, bertanggungjawab begitu terasa. Nasihat yang berterusan membuatkan hati luntur dan merasa hina. Terima kasih wahai Si Kembar A.

Si Kembar B : Kadang-kadang menggelikan hati bila mengimbau saat perkenalan dengan Si Kembar B. Tidak ingat bila dan bagaimana penulis boleh bertegur sapa dengan dia. Tetapi yang pasti STN menjadi saksi sebagai tempat bertegur sapa antara kami. Sejak itu, kami kawan…hehehe. Indahkan. Berbantu dengan Si Kembar A, perkenalan kami makin serasi. Bila fikir..mudah rasanya bila bersahabat dengan rakan-rakan yang seangkatan usia. Sifat yang ceria dan lucu sentiasa menyulami titian persahabatan ini. Ikhlas, jujur, tanggungjawab dan caring seperti menjadi syarat wajib bagi mereka ini bila bersahabat. Penulis cukup dapat rasakan sifat tersebut. Terima kasih wahai Si Kembar B.

Bagaiman dengan Penulis????

Terasa ingin hidup seperti Si Kembar. Ceria, gembira, pandai bawa diri, tetap pendirian dan yang paling penting ikhlas dalam bersahabat. Yang lebih utama tidak menjadi perhatian orang lain dan buah cerita. Tetapi, tanpa sedar atau dengan sedar penulis selalu buat Si Kembar ini kecewa. Buat mereka marah. Buat mereka benci. Ya..mungkin mereka tidak tunjuk dan cuba sorokkan tetapi secara jujur penulis dapat merasainya. Berkali janji dan maaf diungkap..tetapi tetap melakukan perkara yang sama. Hina dan malu rasanya. Cara fikir tidak seiring dengan usia. Cara tindak seperti budak. Malang si penulis……….

 Entahla…terfikir kenapa diuji begini. Kenapa lemahnya pendirian diri.? Kenapa tidak kuat dalam menongkah arus hidup yang baru? Kenapa perlu selak helaian hidup yang lama? Kenapa? Kenapa? KENAPA????

Jawapan hanya pada DIA dan Penulis.

Walaupun begitu, buat Si Kembar…penulis mohon ampun dan maaf selama ini. Penulis sedar kadang-kadang tidak layak untuk bersahabat dengan Si Kembar yang baik dan tulus ikhlas hatinya. Tiada perumpamaan yang sesuai antara kita untuk diungkapkan. Kalau hendak ibaratkan bagai langit dan bumi pun..langit dan bumi bergerak seiring, memahami dan menghormati perjanjian. Tetapi..penulis dan Si Kembar…jauh sekali………………

Jujur mengakui, ciri-ciri pada Si Kembar menarik perhatian penulis. Kalau diusik atau dicadang untuk memilih antara Si Kembar..penulis tidak akan teragak untuk memilih dan jadikan teman hidup. Tapi…penulis sedar siapa penulis. Penulis tidak mahu Si Kembar menghabiskan sisa hidup dengan orang seperti penulis. Penulis tidak layak untuk mereka. Si Kembar berhak mendapat yang terbaik untuk meneruskan perjuangan hidup mereka dan mencorakkannya. Dan yang pasti..Si Kembar juga tidak akan memilih penulis kalaupun penulis memilih mereka. Kebenaran yang perlu diterima………

Apapun..penulis syukur bertemu mereka. Penulis berterima kasih dapat menyulam segala rasa bersama Si Kembar. Tiada perkataan yang dapat menggambarkan perasaan penulis ketika ini. Sedih..sayu…marah…geram…gembira…berbagai rasa ketika ini………………….tetapi penulis tidak akan sekali benci dan marah Si Kembar hingga akhir hayat!! Kerana Si Kembar sahabat sejati penulis………

Mungkin akan tiba waktunya penulis akan undur diri dari hidup Si Kembar…….penulis tidak sanggup lagi untuk lihat Si Kembar kusut memikirkan hal penulis yang tidak pernah habis. Biarlah Si Kembar kusut memikirkan dan merencana kehidupan akan datang tanpa gangguan. Biarlah Si Kembar serabut fikir bagaimana hendak mewariskan sifat-sifat baik kepada zuriat mereka nanti….

Indah rasanya jika Si Kembar sudah ada waris…..comel, ceria dan lucu seperi mereka agaknya…

Jangan salah faham terhadap penulis bila tiba waktu undur diri………semua ini untuk kebaikan Si Kembar………..

Muhasabah diri.........

Buat Junior….

Maafkan diriku selama ini. Mungkin ada kecacatan sepanjang perjalanan ini. Bukan niat membelangkangi dirimu tetapi aku….seorang yang lemah.  Tidak lepas dari ujian dan dugaan. Aku mengharapkan engkau memberi aku kekuatan untuk tempuh semua ini secara bersama. Bukan hanya tika ini..tetapi untuk selamanya. Terima kasih menerima diri ini…….

Ya Allah…sifatMu benar..Rasul-Mu benar…Risalah-Mu benar…Janji-janji-Mu benar….Hanya Engkau yang mengetahui setiap kebenaran…Ampunilah hamba-Mu ini……….

Kurniakan aku faham Erti Persahabatan Si Kembar & kekalkan ia………..Ameen.