Nabi Idris a.s & Pedoman Hidup

Bismillah

Mendambakan petunjuk Sang Pencipta untuk pandu kehidupan..

Nabi Idris a.s adalah keturunan keenam Nabi Adam, putera dari Yazid bin Mihla’iel bin Qoinan bin Anusy bin Syith bin Adam a.s dan dia adalah keturunan pertama yang dikurniakan kenabian setelah Adam dan Syith. Nabi Idris a.s mengikut sementara riwayat bermukim di Mesir, di mana ia berdakwah untuk agama Allah s.w.t. mengajarkan tauhid dan beribadah menyembah Allah s.w.t. serta memberi beberapa pedoman hidup bagi pengikut-pengikut agar menyelamatkan diri dari siksaan di akhirat dan kehancuran serta kebinasaan di dunia. Ia hidup sampai berusia 82 tahun. 

Di antara beberapa nasihat dan kata-kata mutiaranya ialah :- 
1. Kesabaran yang disertai iman kepada Allah s.w.t. membawa kemenangan.

2. Orang yang bahagia adalah orang yang merendah diri dan mengharapkan syafaat dari Tuhannya dengan amal-amal solehnya.    

3. Bila kamu memohon sesuatu daripada Allah s.w.t. dan berdoa, maka ikhlaskanlah niatmu. Demikian pula puasa dan sembahyangmu.

4. Janganlah bersumpah dengan keadaan kamu berdusta dan janganlah menuntut sumpah dari orang yang berdusta agar kamu tidak menyekutui mereka dalam dosa.

5. Bertaatlah kepada raja-rajamu dan tunduklah kepada pembesar-pembesarmu serta penuhilah selalu mulut-mulutmu dengan ucapan syukur dan puji kepada Allah s.w.t.

6. Janganlah mengiri orang yang mujur nasibnya kerana mereka tidak akan banyak dan lama menikmati kemujuran nasibnya. 

7. Barangsiapa melampaui kesederhanaan, tidak suatupun akan memuaskannya.

8. Tanpa membahagi-bahagikan nikmat yang diperolehi, seseorang tidak dapat bersyukur kepada Allah s.w.t. atau nikmat-nikmat yang diperolehinya itu.

Advertisements

Insafi diri…

Bismillah.

Sedarkah aku..!!!

“Terima kasih ustaz. Azam saya tahun ini, saya mahu hadir lebih kerap lagi ke majlis ilmu. Nak berubah!” kata seorang anak muda.

Beliau hadir ke salah satu program saya baru-baru ini.

“Alhamdulillah. Baguslah begitu. Semoga istiqamah,” saya memberi semangat.

“Ustaz tahu kenapa saya nak berubah?” tanyanya kepada saya tanpa diminta.

“Kenapa?” saya tidak tahu apa yang saya tidak tahu.

Continue reading “Insafi diri…”

Bantah..! Bantah..!! BANTAH..!!!

Bismillah..

“ISLAM ADALAH YANG TERTINGGI DAN TIADA YANG LEBIH TINGGI DARINYA”

Ketinggian nama ALLAH patut dipertahankan di atas bumiNYA

 

Skudai, 4hb Jan 2009 : Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia, Skudai bersama Pengetua-pengetua kolej dan puluhan staf pentadbiran universiti hari ini telah membanjiri “Dataran Agora UTM” bagi membantah keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Herald Catholic dalam cetakan bahasa Melayunya.

Bantahan ini merupakan bantahan pertama dalam sejarah Universiti Teknologi Malaysia, Skudai apabila keseluruhan jentera universiti telah turun bersama-sama dalam menyatakan pendirian berhubung isu ini. Seramai 150 orang mahasiswa termasuk staf universiti telah berkumpul di dataran agora yang kemudiannya berarak ke Pusat Islam, UTM bagi menyerahkan memorandum kepada Naib Canselor UTM, Prof Dato’ Dr Ir Zaini Ujang untuk disampaikan kepada pihak yang berwajib.

Saudara Mohd Zaki, Naib Presiden Fakulti, Majlis Perwakilan Pelajar UTM dalam ucapannya semasa demonstrasi tersebut membantah sekeras-kerasnya penggunaan Kalimah Allah oleh Herald Catholic. Isu penggunaan kalimah Allah ini ditakuti akan mengelirukan umat Islam dan yang lebih buruk apabila penggunaan kalimah Allah disalahgunakan oleh orang bukan Islam.

Pengerusi Pro Mahasiswa UTM, Saudara Nur Azim Fahada apabila ditemui selepas demonstrasi tersebut berkata, “Adalah suatu yang amat malang apabila kesejahteraan hidup beragama di negara ini yang telah sekian lama bertahan atas dasar tolak ansur dan saling memahami, tiba-tiba digoncang oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab yang sengaja ingin mencetus suasana ketegangan dan huru-hara. Kami mahasiswa berharap Keputusan Mahkamah Tinggi berkenaan isu ini dapat ditarik semula setelah rayuan dijalankan oleh pihak kerajaan”

Apabila ditanya berkenaan demonstrasi yang mendapat “restu” daripada pihak pentadbiran hari ini,beliau menjawab, ”Kami diperingkat Pro Mahasiswa sentiasa menyokong usaha-usaha yang selari dengan apa yang kami perjuangkan. Kehadiran pengetua kolej, staf pentadbiran HEP, Pegawai keselamatan yang menjaga keadaan tenang demonstrasi amat kami hargai. InsyaAllah, kami diperingkat Pro Mahasiswa UTM akan lebih proaktif dalam melakukan bantahan umum seperti ini sama ada melibatkan masalah kampus, rakyat malaysia apatahlagi tentang isu agama.

Tambah beliau, “Inilah budaya Mahasiswa yang perlu kita hidupkan. Mahasiswa perlu respon terhadap isu-isu yang berlaku disekitar kita. Ini kerana Pelbagai isu yang timbul pada ketika ini seperti isu kenaikan harga gula, kehilangan dua buah enjin Pesawat F-5E, termasuk isu penggunaan kalimah Allah ini. Selain itu, Mahasiswa perlu menjadi check and balance kepada setiap isu yang berlaku dan mempunyai pendirian sendiri tidak kira pihak Evolusi Mahasiswa, Pro Mahasiswa ataupun persatuan-persatuan lain. Mahasiswa perlu berani tampil untuk menyatakan respon tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.”

Pada 16 Februari lepas, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam, sebagai penerbit majalah itu, memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman bagi menuntut satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang beliau menggunakan perkataan “Allah” dalam majalah itu adalah haram dan perkataan itu bukan eksklusif bagi agama Islam. Isu penggunaan kalimah Allah oleh Herald catholic telah menjadi satu isu yang hangat diperkatakan di Malaysia. Ini disebabkan ianya telah melibatkan isu agama umat Islam dalam mempertahankan kalimah “Allah” sebagai kalimah suci umat Islam.

Demonstrasi bantahan secara aman patut dilaksanakan..

USIM : Dalam keadaan yang selesa dan aman, dengan pembawaan nama ISLAM kita patut bertindak segar memBANTAH penggunaan kalimah ALLAH terhadap pihak-pihak yang dengki dengan ISLAM ini. Suara mahasiswa suara kebenaran – bantahan bukanlah bermakna melawan keputusan mahkamah, tetapi menunjukkan akan keseriusan kita menentang cubaan pihak-pihak yang cuba mencabol kesucian ISLAM.

Luahkan SUARA..Zahirkan TINDAK..ISLAM MESTI DIJAGA!!

Malam Tahun 2010…

Krew Jalan-Jalan Cari Makan menemuramah Belia Islam

 

Pemuda pewaris bangsa??
Mengisi masa sementara menunggu detik 12.00am
Masih bersemangat dengan baju minggu orientasi..IPTA mane ek??

 

Lautan manusia di KLCC

 

Krisis nilai dan amal...

Bismillah.

Lokasi : KLCC

Masa : 9.00 – 12.00mlm

Sepanjang misi ini berlangsung, kami diberi tugasan supaya mengedarkan borang survey, booklet ABIM dan merakam detik-detik malam sepanjang sambutan Tahun Baru. Apa yang dapat aku simpulkan daripada pengembaraan sepanjang malam semalam adalah :
Pertama
Rata-rata belia yang keluar menyambut perayaan Tahun Baru tidak tahu sebab utama mereka menyambutnya. Pabila ditanya, mereka tidak mampu menjawab. Pelik? Itulah realiti kehidupan akhir zaman. Melakukan sesuatu tanpa mengetahui sebabnya.

Kedua
Jika anak-anak masyarakat Orang Asli tidak bersekolah disebabkan kekurangan kemudahan di kawasan pedalaman, apa pula alasan anak-anak kelahiran kota Metropolitan ini?

Ketiga
Kanak-kanak bawah umur bebas berkeliaran di tengah malam. Dimanakah ibubapa mereka?

Kesimpulan
Kalau diikutkan, sangat banyak perkara yang hendak diketengahkan di sini. Namun aku pasti, cakap saja tak guna. Mari sama-sama kita dekati anak-anak muda ini dengan cara yang berhikmah.

Dekati mereka, nasihati mereka. Bukan memarahi mereka! Cubalah berada di tempat mereka.
p/s: Zaman sudah berubah, jika ingin dekati mereka, cuba ikut cara mereka..tapi jangan TERPENGARUH!.

Janganlah rigid sangat ya kawan-kawan.