GERAK GEMPUR HARAPAN…..

Bismillahirrahmanirrahim

DETIK 2010..

Hanya tinggal satu hari sahaja sebelum melangkah ke alam 2010. Mungkin bagi mereka yang berkeluarga, cuti tahun baru adalah perkara yang bermakna – dapat luang masa bersama anak dan isteri dengan pelbagai aktiviti manfaat. Bagi warga emas, hari cuti tersebut ditunggu-tunggu dengan kepulangan anak dan cucu yang berada jauh dari pandangan tetapi dekat di hati. Bagi golongan remaja dan belia, peluang cuti sebegini pasti sudah merancang untuk menyambut tahun baru di tempat-tempat yang panas. Ia panas dengan konsert, acara merapu dan sebagainya – malang dan bahaya.

SIGNIFIKAN 2010 DAN 1431

Secara peribadi, tidak adil bagi saya sekiranya hanya fokus kepada 2010 dalam tulisan ini dengan mengetepikan angka 1431.

Hanya dibezakan 14 hari sahaja antara 1431 dengan 2010 dengan kedua-dua angka tersebut jatuh pada penghulu hari- JUMAAT. Segala puji baginya. Namun, berapa kerat di kalangan umat Islam di Malaysia hari ini yang mengambil pusing dengan kejadian yang ditaqdirkan Sang Pencipta ini? Berapa ramai antara kita yang merasakan begitu hebat aturanNya yang begitu tertib dan hebat susn atur pusingan siang dan malam? Azim.


Wahai muslimin….common literature sebut tepuk dada tanya iman. Ini hanya sekadar tepuk yang tidak berbunyi dan hanya bertanya tanpa jawapan. Tetapi saya ingin tukar dalam dimensi baru “koreksi diri operate iman” –  pasti anda akan temui sesuatu!

GERAK GEMPUR OSTB

ABIM dengan rasa sedar dan faham akan masalah umat kini, mengambil inisiatif menadakan gerak

HARAPAN ADALAH CERMIN TINDAK MASA HADAPAN

gempur Operasi Sambutan Tahun Baru (OSTB). Operasi meliputi kawasan-kawasan hitam dan panas; The Curve, KLCC dan Star Hill. Operasi akan digerakkan pada malam sambutan tahun baru – malam JUMAAT.

Operasi berobjektif ingin mengetahui permasalahan remaja dan belia kini dengan menghadirkan diri ke sambutan tahun baru yang diadakan setiap tahun. Secara pandangan kasar, sambutan sebegini tiada manfaat atau faedah. Tetapi ia mungkin “ADA” kepada mereka.

Kadatangan ABIM kepada mereka adalah untuk mencari sinar harapan yang mereka harapkan dengan ketibaan 2010 – tanpa rasa segan dan malu mereka tidak peduli terhadap 1431. Malang dan bahaya.

Demikianlah rutin gerakan Islamiyah dan penggerak Dakwah.

Mereka mesti bangun sebelum orang lain bangun, dan bercakap serta berbual dan berkomunikasi tanpa henti, kemudian tidur selepas orang lain tidur , bangun sebelum orang lain buka mata – dan berfikir untuk selesaikan masalah umat hari ini!

ABIM

‘Membina Dan Memimpin Tamadun Khayra Ummah’

Advertisements

2 thoughts on “GERAK GEMPUR HARAPAN…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s