GERAK GEMPUR HARAPAN…..

Bismillahirrahmanirrahim

DETIK 2010..

Hanya tinggal satu hari sahaja sebelum melangkah ke alam 2010. Mungkin bagi mereka yang berkeluarga, cuti tahun baru adalah perkara yang bermakna – dapat luang masa bersama anak dan isteri dengan pelbagai aktiviti manfaat. Bagi warga emas, hari cuti tersebut ditunggu-tunggu dengan kepulangan anak dan cucu yang berada jauh dari pandangan tetapi dekat di hati. Bagi golongan remaja dan belia, peluang cuti sebegini pasti sudah merancang untuk menyambut tahun baru di tempat-tempat yang panas. Ia panas dengan konsert, acara merapu dan sebagainya – malang dan bahaya.

SIGNIFIKAN 2010 DAN 1431

Secara peribadi, tidak adil bagi saya sekiranya hanya fokus kepada 2010 dalam tulisan ini dengan mengetepikan angka 1431.

Continue reading “GERAK GEMPUR HARAPAN…..”

Advertisements

PERTEMBUNGAN PEMIKIRAN ISLAMI..

Bilmillahirrahmanirrahim...

Desawarsa kini, isu pertembungan pemikiran Islami hangat diperdebatkan. Ahli ilmuwan, para ulama dan sarjana ditarik masuk untuk terlibat dalam membincangkan isu tersebut. Tidak kurang hebatnya, orang awam juga merasakan mereka dipanggil untuk memberi pandangan dan pendapat berkaitan polemik yang tiada kesudahan ini kerana merasakan mereka ada ‘HAK BERSUARA’ walaupun mereka bukanlah ahli untuk membicarakan isu ini.

TAHNIAH diucapkan kepada pihak RTM melalui saluran Di Luar Lingkuan (DLL) yang membicarakan polemik perselisihan ini di kaca tv atas dasar sedar dan faham bahawa perlu kepada perjernihan pemikiran berkaitan isu terbabit dan tidak perlu dipanjangkan lebih lagi.

SEJARAH PERTEMBUNGAN

Menurut Prof.Dr Uthman El-Muhammady (Panelis DLL), pertembungan pemikiran Islami sudah bertahun lama berlaku sejak zaman Rasulullah s.a.w hingga tabi’ tabi’in. Tetapi perlu diambil serius bahawa pertembungan yang berlaku berada di dalam konteks yang tinggi nilai dan budinya, iaitu konteks “TRADISI INTELEKTUAL BAKU”. Bermaksud, percanggahan yang berlaku disusuri dengan adab, hormat, tawaduk dan ikhlas dalam memberi faham kepada masyarakat. Bukanlah didasari ingin menonjol sebagai “HERO” dalam agama dengan menggunakan istilah tajdid atau pembaharuan.

PERBEZAAN AHLI SARJANA ADALAH NUR ISLAM

ISTILAH YANG PERLU DIFAHAMI

Dikatakan, mujaddid yang dijanjikan setiap qurun itu akan hadir dengan membawa penjelasan untuk beri faham kepada umat Islam. Bukan membawa isu tahlil, talqin atau tidak boleh baca Yasin pada malam Jumaat untuk diperdebatkan. Isu-isu sebegini hanya akan merugikan umat Islam sendiri.

Continue reading “PERTEMBUNGAN PEMIKIRAN ISLAMI..”

SEDETIK BERSAMA ULAMA FIQH TERSOHOR…

Assalamualaikum w.b.t

MINGGU PERTAMA DI ABIM

Segala syukur kepada Sang Pencipta Yang Maha Agung..pentadbir alam agung tanpa penafian terhadap-Nya.

21 Desember 2009-mendaftar diri di Kompleks Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) sebagai pelatih praktikum untuk tempoh lima bulan akan datang. Persediaan mental dan fizikal dalam memberi khidmat dan mencari gali ilmu di lapangan sasar ini amat menuntut dan memerlukan fokus yang total. Walaupun sesi praktikum ini sebahagian dari mencukupi jam kredit pembelajaran di USIM, tetapi realitinya ia lebih dari itu. Praktikum merupakan lapangan sasar kepada setiap pelajar untuk menonjolkan diri sebagai persediaan untuk menerobos alam pekerjaan selepas tamat pengajian kelak. Tidak lupa, ia juga menuntut untuk menjadikan tempat praktikal sebagai lubuk mencari ilmu realiti dengan bersandar kepada ilmu teori yang dikhatam setelah tujuh semester terperosok di alam kampus. Sesuai dengan falsafah pendidikan negara yang menuntut untuk setiap pelajar mengaplikasi ilmu naqli dan aqli desawarsa kini.

Suka ingin berkongsi, minggu pertama di ABIM amat menggembirakan. Kerana wujud 7 perkara yang menarik :
1- Tiada skop kerja khusus ditetapkan kepada setiap staf, maksudnya para staf perlu multifunction atau multitasking
2- Budaya sobahunnur diterapkan pada setiap pagi bagi meng-update tugas dan memberi peringatan
3- Budaya solat jemaah zohor dan asar
4- Budaya memasak dan makan bersama
5- Hari rabu sebagai hari riadah
6- Hari jumaat sebagai family morning coffee serta tazkirah ringkas
7- Sabtu dan Ahad perlu siap siaga dengan tugas tiba-tiba

Justeru, 7 budaya yang diterapkan ini amat mencabar kepada setiap warga kerja ABIM. Tiada istilah rehat yang diterapkan, tetapi sebaliknya istilah berkerja ikhlas yang sering diwar-warkan. Cabaran seperti ini yang saya rasa beruntung apabila bersama-sama dalam gerak kerja NGO, lebih-lebih lagi NGO yang berwatakan Islamis. Terasa luas dan indah apabila bergerak bersama-sama reformis atau golongan tajdid dalam gerakan Islam ini. Moga saya mendapat pelbagai manfaat sepanjang ditugaskan di ABIM ini nanti.

SEDETIK DENGAN ULAMA…

24 Desember 2009-Tanpa disangka hari yang indah menjanjikan detik sejarah dalam hidup insan kerdil ini. Tidak diduga niat ingin mnghadiri kuliah Dr.Wahbah Zuhaili di Masjid Shah Alam dikekang dengan masalah jarak perjalanan yang jauh…Allah menggantikan dengan pertemuan secara personel bersama ulama tersohor ini. Pertemuan berlaku di Bilik 1391, Blue Wave Hotel Shah Alam. Begitu hebat perancangan Yang Maha Esa.

Pelbagai isu yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut. Namun apa yang ingin saya kongsi bersama adalah nasihat ikhlas dari Dr.Wahbah Zuhaili :
“Belajarlah agama Islam bersungguh-sungguh dan alimlah dalam ilmu tersebut. Jangan biar diri dikuasai riak dan takbur, sebaliknya ikhlas dan jujur dalam menuntut ilmu. Berlapang dada dalam khilaf atau perbezaan, jaga silah hubungan muslim di Malaysia. Kekalkan aman dan tenang di Malaysia.”

Pertemuan singkat tersebut dihadiri bersama Dr.Rumaizuddin (Pensyarah FKP-USIM), Sdr. Mohd Raimi (S/U Agung ABIM) dan Ust.Anam (Mudir Madrasah di Damansara)

TRAVELOG PRAKTIKUM….ABIM

ASSALAMUALAIKUM….

Bersua kembali. Terasa lama sangat mendiamkan diri dari dunia pena siber ini. Bermacam halangan yang menghalang usaha penulisan karya; antaranya musim peperiksaan akhir sem1, persiapan ke Beijing (yg ni seronok sg..hhehe), dan sebagainya. Pepun, ahamdulillah jiwa untuk menulis tidak pernakkubur dengan dek bermacam halangan tadi.

Balik kepada tajuk.

20 Desember 2009, Ahad-Syukur pada Ilahi aku berjaya tiba di kediaman vila baru bagi persediaan untuk Travelog Praktikum. Untuk makluman, atas petunjuk Dia, aku dipilih menempatkan diri untuk berpraktikum di Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), pejabat pusat. Entah bagaimana ABIM jadi pilihan aku. Mungkin ada perkara yang dijanjikan olehNya untuk aku di ABIM ini. Insyaallah.

ABIM-jika disoroti sejarah penubuhannya, berbagai tokoh yang berlatang belakangkan berbagai bidang yang menerajui persatuan tersebut. Antaranya, Ustaz Haji Nawawi, DSAI, dan sekarang Ustaz Razak. Sepanjang perubahan pucuk pimpinan, peranan dan gerakan ABIM tidak pernah berhenti dan mati, sebaliknya berterusan kejayaan yang dicapai oleh ABIM di peringkat nasional atau antarabangsa. Tahniah ABIM.

21 Desember 2009, hari pertama aku melapor diri di ABIM. Bersama-sama aku dua orang lagi rakan yang akan berjuang menadah ilmu dan cari gali sumbernya dalam memperkemas diri dalam suasana kerja yang sebenar untuk terjun ke alam pekerjaan nanti. Diharap, apa yang diimpi, diniatkan dan disuruhkan akan dapat di ABIM ini. Tempoh travelog hampir lima bulan ini akan aku manfaatkan secukupnya. Begitu jga harapan kepada rakan2 seperjuangan yang bertebaran mencari ilmu di lapangan praktikum ini.

Akhir kalam, terima kasih kepada ABIM, FKP-USIM yang menyokong dan menerima diri aku ini. Besar harapan agar aku dapat memberi buah tangan terhadap Islam dalam pergerakan Islam ini.

Jumpa lagi……