C-FEST 7 USIM MENARIK..!!!!

SALAM..

BANER_cfest7

Pesta Konvokesyen USIM kali ke-7 kembali mengegar bumi NILAI. Dengan beberapa program yang telah dimuat turun bagi memeriahkan C-FESt7 lagi pada kali ini.

Antara program yang akan dilaksanakan :

1. Mencipta Rekod Malaysia Dalam Mengarang Esei Bahasa Arab Paling Ramai ( Tercapai-TAHNIAH)

2. Forum Milenia Muslim 2 (Selesai)

3. Pertandingan Marhaban Inter-Fakulti ( 31 Julai 2009 )

4. Konsert MISI 09 ( 1 Ogos 2009 )

5. Wall Climbing ( 1 & 2 Ogos 2009 )

6. PC & Book Fair

7. Sukan Tradisional ( 1 Ogos 2009 )

8. Futsal Inter-IPT ( 2 Og0s 2009 )

Jom..pakat datang ramai-ramai bagi memeriahkan lagi pesta konvo C-Fest 7 kali ini. Kehadiran anda kami ucapkan jutaan terima kasih.

10_copy-cfest7

Advertisements

USIM-DARUL QURAN METERAI MoU

jakim2

Putrajaya, 26 Jun 2009 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) buat julung kalinya telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Darul Quran, JAKIM. Memorandum Persefahaman ini adalah berkenaan Program Berkembar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunnah dengan Kepujian secara kawal selia oleh USIM. Memorandum ini dibuat adalah rentetan dari mesyuarat bersama pihak USIM yang memutuskan Darul Quran menjalin kerjasama dengan USIM bagi program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunah secara kawal selia dengan USIM.

Continue reading “USIM-DARUL QURAN METERAI MoU”

CINTA ALQURAN!

AKU CINTA ALQURAN
AKU CINTA ALQURAN

Bismillah.

Waktu engkau masih kanak-kanak. ……… … 
kau laksana kawan sejatiku 
Dengan wudu’, Aku kau sentuh 
dalam keadaan suci, Aku kau pegang 
Aku,kau junjung dan kau pelajari 
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari 
Setelah selesai engkau menciumku mesra 

Sekarang engkau telah dewasa…… …….. 
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku… 
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah…? 
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu 
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji….. .. 
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali; 
sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan 
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu. 

Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa 
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan 
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian , kesepian. 
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan. 
Dulu…pagi- pagi…surah- surah yang ada padaku engkau baca beberapa 
halaman. 
Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau….. 

Sekarang…seawal pagi sambil minum kopi…engkau baca surat khabar dahulu 
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia 
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla, 
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan… 

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka 
surah2ku(Bismillah) . 
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi 
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu 
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu 
Mengasyikkan. 

Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja 
Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu 
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku. …….. 
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan 
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu 
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku 


Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV. 
Menonton siaran telivisyen 
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk 
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah 
Waktupun cepat berlalu….. …. 
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu 
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama 

Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali 
Itupun hanya beberapa lembar dariku. 
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu 
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku 
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu 

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba 
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya 
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu? 
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu 
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t 

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu… 
Setiap saat berlalu… 
Dan akhirnya…. . 
kubur yang setia menunggu mu………. . 
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu 

Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati… 
Di kuburmu nanti…. 
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan. 
Yang akan membantu engkau membela diri 
Dalam perjalanan ke alam akhirat. 
Dan Akulah “Al-Qur’an”, kitab sucimu 
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu. 

Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari. 
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci. 
Yang berasal dari Allah Azzawajalla 
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah 
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu 
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu…… . 
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu. 
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu. 
Sentuhilah Aku kembali… 

Baca dan pelajari lagi Aku…. 
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat 
Seperti dulu…. Waktu engkau masih kecil 
Di surau kecil kampungmu yang damai 
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri…. 
Dalam bisu dan sepi….

Kembara Terakhir…

Bismillah

Cuti semester panjang berakhir sudah…kini fatrah kembara ilmu sinar kembali.

SELAMAT KEMBALI

Gembira rasa hati bila bertemu semula rakan-rakan yang terpisah 2bulan lamanya..yang comel berterusan comel..yang kurus masih lagi mengekalkan slim river susuknya..yang berisi makin sihat gayanya..yang senyum lebar sebab pangkat DL, TAHNIAH untuk anda…yang pasti, pertemuan ini masih terus sempurna bilangan orangnya. Tiada yang pergi tidak kembali lagi. Alhamdulillah.

Semester ini (sem 7), merupakan fatrah terakhir untuk saya meneruskan kembara ilmu secara formal dan berada di kampus USIM ini. Wah, dah tahun 4 rupanyer..hehe. Alhamdulillah.

Justeru, moga fatrah kembara ilmu yang terakhir ini akan terus disulami dengan kejayaan, kebaikan, keceriaan, kebahagiaan dan keakraban tanpa menolak setiap inci keburukan sebagai platform merencana hidup dengan lebih hebat atas track pengalaman itu.

GROUP TAA

Saya doakan antum sekelian terus berusaha menggapai kecemerlangan dan kejayaan. Tiada yang lebih manis selain diri ini mempunyai sahabat, teman, kawan dan lawan seperti korang semua. Terima kasih khas untuk korang semua. Tamatkan perjalanan kembara ilmu kita dengan titik yang hebat atas 1 matlamat yang sama.

Kenangan abadi
Kenangan abadi

PILIHAN HATI

Khas untuk sahabat-sahabat yang sudah qasad dalam hati tentang pilihan…samada calon isteri, plan untuk sambung Ma., atau berkerjaya selepas ini..saya doakan anda kekal dalam pilihan hati. Jangan diubah apa yang dirancang dan dimuktamadkan hari ini. Tetapkan hati dan mohon kemudahan dariNYA.

Untuk saya..pilih sudah, rancang sudah..cuma tinggal jawapan dan laksana je belum.hehe. Moga dimudahkan…:)

Solat hajat, solat istikharah, doa..dengan izin Allah semua akan mudah!

Ameen…

Layari Perubahan di ASTRO OASIS

Kuala Lumpur, 30 Jun 2009 – Saluran gaya hidup famili yang memenuhi citarasa penonton pelbagai peringkat usia, Astro Oasis (saluran 106) terus mendekati golongan sasaran dengan menyiarkan program ceramah yang mengupas dan membincangkan isu-isu semasa berkaitan agama Islam; Bahtera Perubahan.

Program ceramah yang dikendalikan oleh pensyarah bahagian pengajian Islam di Universiti Sains Malaysia dan juga bekas mufti kerajaan negeri Perlis ini; Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin bakal menemui para penonton Astro Oasis (saluran 105) pada setiap hari Jumaat, jam 7.30 malam selama 13 episod bermula pada 3 Julai 2009 ini.

Continue reading “Layari Perubahan di ASTRO OASIS”

Sarjana Muda USIM 09/10 HEBAT

Bismillah

Nilai-Selesai sudah Minggu Taaruf Ijazah Sarjana Muda 09/10 USIM yang baru pada minggu lepas. Program minggu taaruf pada kali ini berlangsung selama 4 hari bermula 26-29 Jun 2009. Mengikut rekod pendaftaran, hampir 1100 pelajar baru yang berjaya mendaftar sebagai ahli keluarga baru USIM. TAHNIAH dan SELAMAT DATANG.

Namun, rekod pendaftaran pada kali ini menunjukkan penguasaan yang sama seperti tahun sebelumnya yang mana kaum Hawa monopoli kerusi dengan hampir 70% berbanding kaum Adam 30% sahaja. Walaupun begitu, bukanlah bilangan yang menjadi ukuran, tetapi kualiti yang pasti akan diaudit dihujung hari nanti. Yang pasti, ahli baru USIM pasti berkualiti dari setiap sudut diri, sahsiah dan akal.

Sehubungan itu, gerakan transisi atau tranformasi diri pasti berlaku di dalam diri setiap ahli keluarga baru USIM ini. Tidak ada yang terkecuali. Panggilan manja pelajar tidak lagi kedengaran, sebaliknya gelaran Mahasiswa itu mesti diterjemahkan. Konsep belajar diusung bantal tidak lagi disajikan, sebaliknya konsep mencari ilmu itu perlu diperhebatkan.

Wajah keriangan sebagai ahli baru USIM
Wajah keriangan sebagai ahli baru USIM

GENGGAM KEJAYAAN

Bermula langkah menuju ke kampus USIM, pasti terpikul harapan dan impian ayah bonda adik-adik kerana berjaya meletakkan nama di alam universiti sebaris dengan komuniti sekeliling. Tidak ada yang lebih membanggakan hati mereka melainkan kejayaan pertama ini. Namun harus diingat, kehidupan alam kampus bukan lagi seperti alam persekolahan yang lalu, sebaliknya penuh dengan cabaran dan pujian. Segala tindak peri laku bukan lagi kawalan ayah bonda, tetapi kawalan HATI adik-adik sendiri.

Justeru, langkahkan kaki adik-adik dengan hati yang tulus ikhlas untuk mencari ilmu demi bekalan masa depan, bukan kerana niat yang menyimpang jauh selain dari niat yang satu itu. Binalah track kejayaan anda di USIM di awal sesi pembelajaran ini dan genggam track tersebut, jangan menunggu hingga hari terakhir.

Saya pasti, kejayaan bukan berlaku dengan tiba-tiba, tetapi disuluhi dengan usaha yang maha hebat. Kegagalan juga bukan kebetulan, tetapi terjadi kerana dusluhi dengan suluhan yang malap.

” Kehidupan di Universiti merupakan kembara ilmu yang hebat. Tercipta di dalamnya segala macam rencah dan rasa. Bebas, harus berdikari, cari ilmu, cepat dan tepat membuat keputusan, permainan perasaan..suka, duka, bangga dan kecewa pasti dirasai. Kesedaran tarbiyah diri serta rasa tanggungjawab yang akan menjadi dinding terakhir dalam kawalan menyulusuri kehidupan di alam universiti ini ”

Bangkitlah untuk merancang kejayaan
Bangkitlah untuk merancang kejayaan

Nasihat saya, ‘pulanglah’ ke pangkuan keluarga nanti sama seperti ketika adik-adik melangkah kaki masuk ke USIM. Datang dengan perasaan ingin menggapai kejayaan dan pulanglah nanti dengan rasa puas berjaya menggapai kejayaan tersebut. Datang dengan senyuman bangga ibubapa kerana berjaya memasuki universiti, dan kekalkan senyuman ibubapa tersebut ketika mana menyambut kepulangan kita nanti.

Jangan dilupa dan diubah senyuman ikhlas ibubapa itu tadi.

Hati ikhlas, perancangan bijak, pilihan tepat pasti mendapat kejayaan. Jika kegagalan yang hadir, namun kita masih mampu senyum puas dengan perancangan yang hebat.

SELAMAT DATANG & TAHNIAH!