REJAB Kembali Lagi…

Indahkan dirimu dengan keindahan beribadat untukNYA
Indahkan dirimu dengan keindahan beribadat untukNYA

SOAL FADHILAT BERPUASA DI BULAN REJAB AL MUHARRAM DAN KELEBIHAN REJAB

Berkenaan mengenai puasa sunat di bulan Rajab, terdapat segelintir manusia yang mengembar gemburkan larangan berpuasa di bulan Rejab, atau cuba menggambarkan tidak ada langsung dalil berpuasa dan beribadat dibulan Rejab, dan tidak ada kelebihan bulan Rejab berbanding bulan-bulan selainnya, ataupun sekurang-kurangnya cuba mengwas-waskan orang ramai terhadap keutamaan bulan Rejab dengan beralasankan hadits-hadits yang mengisahkan fadhilat puasa di bulan Rejab adalah dhaif dan maudhu’.

Maka mereka yang melarang atau sekurang-kurangnya menimbulkan perasaan tidak senang dan cinta untuk berpuasa dan beribadat di bulan Rejab dengan alasan yang tersebut sebenarnya adalah suatu kejahilan yang timbul daripada diri mereka sendiri, ataupun akibat dari penyakit was-was yang tebal terhadap autoriti keilmuan para ulama yang muktabarah. Continue reading “REJAB Kembali Lagi…”

Advertisements

Yaum al-Ab

Bismillah.

Janganlah kamu membenci bapa kamu. Siapa yang membenci bapanya, maka dia kafir ( Hadith Riwayat Muslim )

Tangan bapa penggegar dunia
Tangan bapa penggegar dunia

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI BAPA kepada BAPA2 sedunia merangkupi bapa muda, bapa tua, dan bakal bergelar bapa serta yang dah berangan-angan untuk jadi bapa pada masa akan datang.

Sesungguhnya kasih sayang bapa tidak bertepi..kesabaran bapa tidak terhenti..kesungguhan bapa tidak berpenghujung…dan kemarahan bapa tidak lain untuk kebaikan kita.

Hargailah bapa kita…ingat orang tersayang.

KEHILANGAN TOKOH GERAKAN ISLAM…AL-FATIHAH

KEHILANGAN

Masakan tidak tumpah air mata, dan bergetar tubuh dan jiwa, tatkala menyambut berita sedih kepulangan insan yang paling kerap meneman hidup di gelanggang usrah, biar pun tidak pernah berkenalan atau bersua muka, namun juzuk-juzuk diri ini banyak terbentuk daripada sentuhan Murabbi umat ini… Al-Sheikh Fathi Yakan.

f_yakan

Sebanyak-banyak doa kuiringkan, agar kepulanganmu kepada Allah, adalah kepulangan kekasih kepada Kekasih yang dirindu. Kehilanganmu bukan sekadar kehilangan manusia bernama bapa, suami, teman dan guru di sisi insan-insan yang berada di sekitarmu. Tetapi pemergianmu adalah kehilangan buat umat, tercabutnya satu lagi mata rantai ilmu dan ilmuwan, dari umat yang masih di perjalanan, mencari kemenangan.

cabutilmu

“Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan merentapnya dari dada manusia. Tetapi Allah mencabut ilmu dengan mematikan Ulama. Apabila tiada lagi ilmuan, maka nantinya manusia akan mengambil pemimpin-pemimpin yang jahil, pemimpin itu ditanya lalu mereka berfatwa tanpa ilmu, maka sesatlah golongan yang bertanya, sebagaimana sesatnya juga golongan yang ditanya” [Hadith riwayat al-Tirmidhi]

Kepulangan Sheikh Fathi Yakan ke Rahmatullah pada Subuh Sabtu 13 Jun 2009 yang lalu, meninggalkan kita sejumlah hasil tulisan dan pengalaman, buat teladan umat ini;

fathiyakans

Janganlah disepikan khazanah itu.

Janganlah dialpakan jalan itu.

Atau nanti binasalah umat ini tanpa bimbingan, tanpa panduan, tanpa da’ie dan tanpa dakwah, yang semua itu menjadikan kita, umat terbaik dalam sejarah manusia ini.

Penulis : Aku doakan agar terus subur pengganti mujahid Islam tanpa ada noktah dan akhir. Takbir..!!!

Sumber: www.saifulislam.com

Jiwa Daie..Otak Faqih

Imam Syahid Hasan Al-Banna
Imam Syahid Hasan Al-Banna

Semasa hayat Hasan al-Banna, beliau pernah berhadapan dengan suatu peristiwa yang berlaku di bulan Ramadhan. Ahli Jemaah di sebuah masjid bertelagah soal rakaat Solat Tarawih, sama ada patut dibuat lapan atau dua puluh rakaat. Suasana begitu tegang sehingga timbul bahasa-bahasa yang keras. Akhirnya, apabila Hasan al-Banna muncul, beliau ditanya oleh mereka yang bertelagah itu, mana satukah pendapat yang betul dalam hal ini?

Kata Hasan al-Banna, “Apakah hukum solat tarawih dan apakah pula hukum menjaga kesatuan umat Islam?”

Mereka menjawab, “solat tarawih itu sunat, manakala menjaga kesatuan umat Islam adalah wajib”.

Lantas Hasan al-Banna menjawab, “Apakah kamu mahu mengorbankan kesatuan umat Islam yang wajib itu hanya kerana soal solat terawih yang sunat? Bagi yang mahu menunaikan lapan, tunaikan lapan, bagi yang mahukan 20, bebas juga berbuat demikian”.

Inilah yang saya maksudkan sebagai Jiwa Da’i Otak Faqih.

Bagi kita yang berperanan sebagai Da’i, perlu sentiasa ingat bahawa tugas kita adalah untuk mengumpulkan manusia seramai mungkin di bawah panji Islam. Untuk itu kita perlu mengamalkan suatu akhlak yang diajar oleh Nabi s.a.w. untuk para Da’i.

Ketika seorang Arab badwi masuk ke masjid dan kencing ke dinding masjid, Baginda SAW menegah sahabat daripada bertindak ke atas Badwi itu. Dia datang dengan kesilapan adab, tetapi dengan niat mahu mempelajari Islam. Utamakan niat tersebut, dan teladan Nabawi ini saya simpulkan ia di bawah suatu sikap positif berbunyi,  “Seek First  to Understand, Then to be Understood“.

Kita perlu belajar untuk memahami mad’u yang diseru dan bukannya siang malam pagi petang berleter marahkan orang ramai yang tidak faham-faham akan mesej Islam yang kita cuba bawa.

Dalam isu Hasan al-Banna di atas, jiwanya sebagai seorang Da’i tidak melihat perbalahan soal afdhaliyyah Solat Terawih sebagai soal hukum atau masalah nas. Masalah yang berlaku di masjid berkenaan adalah masalah SIKAP dan CARA BERFIKIR.

Perbezaan pandangan tentang keutamaan di antara 8 atau 20 rakaat solat Sunat Tarawih itu sudah lama, seusia dengan umur umat ini. Namun ia tidak pernah menjadi racun yang membunuh kesatuan umat, sehinggalah persoalan hukum dikelabukan oleh permasalah yang lebih besar.

Masalah sikap.

Masalah akhlaq.

Hal seperti itu bukanlah masalah yang boleh diselesaikan dengan melambakkan sebanyak mungkin nas al-Quran dan Hadith kerana dengan cara berfikir yang salah, tiada siapa yang mampu menghargai nas al-Quran dan Hadith.

Inilah yang banyak berlaku di dalam masyarakat kita dan saya tidak menyalahkan orang ramai seandainya mereka bosan dengan pendekatan para agamawan yang asyik menyelesaikan masalah dengan pendekatan ‘hukumnya ialah…”

DA’I HARUS LEBIH TINGGI UPAYA MEMAHAMI

Seorang Da’i yang berjiwa Da’i akan belajar untuk memahami mad’u yang diseru, sebelum dia boleh meletakkan harapan agar mad’unya memahami dakwah yang dia bawa.

Mari kita semua bermenung di KLCC Suria or One Utama Shopping Complex selama 30 minit dan ukurlah berapa jarak manusia di situ dengan mimbar-mimbar masjid dan ‘usrah’ kita. Pernahkah kita menilai sudah berapa jauhkah masyarakat kita berubah dan sudah berapa jauhkan kita mengubah pendekatan dakwah kita untuk mengejar perubahan masyarakat?

Saya selalu terkenang dialog saya ketika bertemu dengan seorang anak gadis kita yang telah 10 tahun membesar di England. Semenjak usianya 10 tahun dan kini telah mencecah 20 tahun, beliau dibesarkan di Boarding School, jauh dari alam Melayu malah Islam barangkali. Dialog saya bersamanya bermula dengan soalan yang sangat tidak dijangka. Dia mengajukan soalan kepada saya, “do you believe in wearing scarf for Muslim girl? I don’t believe in wearing scarf. If God doesn’t want us to show our hair, then He will create us bald. I don’t want to wear scarf.

Continue reading “Jiwa Daie..Otak Faqih”

Tahniah MPPK

 

Bismillah.

Seri Kembangan, 9 Jun : Alhamdulliah, Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) berjaya melengkapkan mesyuarat Bil.1 bersama YAB Dato’ Seri Muhyiddin Yasin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Mesyuarat MPPK. Terima kasih kepada YAB TPM atas kesudian mempengerusikan mesyuarat kali ini.

Alhamdulliah, penulis rasa bersyukur kerana dapat menghadiri majlis tersebut sebagai salah seorang ahli mesyuarat. Tidak dapat digambarkan perasaan ini bila bermesyuarat bersama dengan orang nombor 2 negara, serta beberapa orang tokoh lain seperti, Tan Sri Musa Hassan (KPN), Dato’ Alimuddin Mat Dom (Pengarah KPM), serta beberapa orang kenamaan lain. Namun disebalik kegembiraan, sebenarnya terpikul 1000 tanggungjawab. Sebagai ahli mesyuarat, saya bertanggungjawab atas segala keputusan yang dipersetujui. Teringat kembali kata seorang pensyarah ketika di UTHM lepas semasa bersidang untuk melengkapkan resolusi, katanya : “Berhati-hati dalam membentangkan resolusi yang ingin dipersetujui. Keputusan yang dibuat hari ini bukan memberi kesan pada esok hari untuk diri kita..tapi memberi kesan pada ketika anak cucu kita di masa akan datang”.

Namun, dalam mesyuarat MPPK kali ini, mesyuarat berjalan dengan baik dan lancar. Ahli mesyuarat telah bersetuju menerima 3 perkara utama yang dibentangkan oleh wakil MPP pada kali ini. Perkara tersebut ialah :

  1. Penubuhan PUNATS iaitu pusat kajian kesalamatan non-traditional yang diketuai oleh UPNM.
  2. Kad diskaun pengangkutan awam bagi mahasiswa serta pelajar sekolah yang dibebani dengan kadar tambahan surcaj sebanyak 30%.
  3. Penubuhan Majlis Siswi Negara (MASISNA) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat yang diterajui oleh Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Justeru, dengan penerimaan 3 usul tersebut di peringkat MPPK kali ini, akan menjadi bukti atas slogan ‘ Rakyat Diutamakan ‘ jika perlaksanaannya berjaya diimplimentasikan. Sehubungan dengan itu, kepada MPP seluruhnya..tingkatkan prestasi anda!

Aku Terima Nikahnya….

Erti Hidup Pada Memberi
Erti Hidup Pada Memberi

Bismillah.

Aku Terima Nikahnya-Alhamdulillah, berjaya akhirnya saya mengkhatamkan bacaan buku ke-2 tulisan Ustaz Hasrizal selepas buku Rindu Bau Pohon Tin. Menarik dan menakjubkan gaya penulisan yang digarap bersama nilai-nilai Islam yang pasti tidak dapat disangkal akan keizzahan dan kehebatannya. Dengan tema yang dipegang, Erti Hidup Pada Memberi, benar-benar memberitahu pada diri saya akan erti sebenar kehidupan.

Jika disorot sirah Nabi Muhammad s.a.w, kehidupan baginda penuh dengan situasi memberi berbanding meminta-minta. Tidak kira siapa dihadapannya, pasti baginda akan terus memberi tanpa jemu. Dengan menggunakan beberapa wording yang menarik lagi klise, membuatkan siri pembacaan lebih terarah kepada fikiran yang murni dan jelas dalam menempuh arus kehidupan.

Justeru, ucapan khas tahniah diucapkan kepada Ustaz Hasrizal atas kecerdikan menulis buku ini. Kepada muda mudi, adik-adik yang baru melangkah ke alam matriks mahupun universiti, dan tidak lupa abang dan kakak senior agar dapat menghayati tulisan bernas ini dalam memimpin diri ke arah yang lebih hebat sebagai Muslim dalam usaha merencana kehidupan selepas tamat alam kampus.

p/s:

Khas buat masam, masam.2, sifu blogger (saya je yang tahu siapa die..hehe)-Jangan Tergesa dan Jangan Bertangguh dalam membuat keputusan. Usia makin meningkat..masa makin singkat..pilihan makin padat…fikir-fikirkan maksudnya.Didoakan antum berjaya mengakhirinya dengan noktah yang HEBAT.

..10A(<1999),15A(2004),17A(2007),20A(2008)=10A(2010)

Bismillahirrahmanirrahim..

Pertamanya, penulis ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada semua calon SPM 2008 atas keputusan yang cemerlang, khususnya kepada adik Nik Nur Madihah, pelajara terbaik SPM 2008 dengan 20A. MUMTAZ. Penulis harap ucapan ini masih lagi valid untuk diterima.hehe. Yang utama, penulis ingin ucapkan selamat datang dan selamat melangkah ke alam kampus universiti. Yang pasti  alam kampus ini menjanjikan sejuta kenangan hebat yang tidak akan lenyap selamanya sepanjang keberadaan anda di gedung ilmu yang suci ini. IPT mana anda bakal ditempatkan bukan soal utama, tetapi soal kecerdikan menceduk ilmu dan menambah value added dalam diri itu lebih aula.

Balik pada tajuk..di sini penulis cuba ingin sentuh isu peringkat nasional yang berlaku sekarang yang sibuk ingin diperbaharui supaya lebih berkesan katanya. Isu tentang “mengehad pengambilan subjek SPM kepada 10 subjek“. Coretan ini adalah sekadar pendapat peribadi penulis atas pemerhatian dan penulis rasa ia perlu untuk ditulis.

Penulis agak pelik bin ajaib apabila Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) mengumumkan akan menyemak semula pengambilan subjek SPM agar tidak terlebih sejurus pengumuman adik Nik Nur Madihah sebagai pelajar terbaik SPM 2008. Persoalannya,  tidak banngakah Menteri KPM dengan kejayaan adik Madihah? Atau terlalu cemerlang sehingga fobia untuk melihat banyak A masa akan datang sehingga terpaksa bertindak mengurangkan subjek? Soalan yang tiada jawapan pada pendapat penulis.

Personally, penulis harap ada segelintir guru-guru atau pengetua sekolah yang melontarkan idea untuk tidak bersetuju dengan langkah kerajaan ini. Ironinya, harapan penulis hampa. Tiada siapa yang tampil mencelah atau menolak tindakan kerajaan ini.

Akhirnya, kerajaan dengan rasa hebat menyatakan bahawa hanya 10subjek sahaja yang dibenarkan untuk diduduki oleh calon SPM. Dengan pengguguran 6 subjek teras kepada 4, maka calon SPM boleh membuat pilihan bebas untuk menambah subjek elektif yang diminati. Persoalannya, dari 6 subjek teras tersebut (B.M, BI, M3, Sej, Pend.Islam) yang mana satu KPM rasa layak untuk digugurkan? Kalau dihitung dan ditimbang, semua enam subjek ini penting.

Penulis tidak nampak alasan kukuh kerajaan mengehad kepada 10 subjek ini. Penulis masih samar akan tujuan sebenar pengehadan tersebut. Sedangkan, pelajar hari ini sudah semakin pandai smart. Mereka semakin bijak akibat letusan gelombang canggih teknologi kini. Kerajaan tidak banggakah dengan perkembangan ini? Kenapa perlu disekat perkembangan positif demi kemajuan negara akan datang? Bukankah ini sasaran utama kerajaan? Adakah wajar alasan pelajar tidak aktif dalam koko maka perlu had subjek? Penulis keliru!!

Apa yang penulis lebih nampak, kerugian yang amat besar akan berlaku jika dasar ini diimplimentasikan nanti. Antara kerugian tersebut ialah :

  1. Tidak akan ada lagi pelajar Melayu-Islam yang akan menjadi figura pelajar terbaik Malaysia kerana semua akan mendapat keputusan yang sama-10A.
  2. Tidak ada lagi pelajar yang menguasai dual-SPM; iaitu pelajar yang mengambil dua bidang khusus seperti sains & agama, atau sains & akaun, atau akaun & syariah, dan sebagainya.
  3. Pembahagian biasiswa JPA, Bank Negara atau MARA akan tertumpu kepada sebahagian sahaja. Kerana bila keputusan SPM selaras (10A), maka akan ada syarat siapa cepat dia dapat. Justeru, bagaiman dengan nasib pelajar cemerlang di pedalaman, kg. nelayan atau luar bandar? Dengan kekurangn infrastruktur dan jaringan dapatan maklumat sudah pasti mereka ini akan ketinggalan, dan akhirnya tidak dapat biasiswa tersebut. Situasi ini tidak kira Melayu, Cina, India atau orang asli.
  4. Pengiktirafan usaha gigih guru-guru atas kejayaan pelajar cemerlang ini akan pudar dan malap kerana hanya tertumpu pada 10 subjek sahaja.

Secara jujurnya, penulis tidak setuju dengan langkah kerajaan untuk had 10 subjek sahaja. Sekiranya ingin juga had, had lah kepada 15 subjek. Beri ruang pelajar untuk memilih lebih luas. Tentang keaktifan dalam aktiviti koko, penulis pasti setiap pelajar wajib untuk aktif. Dasar ini telah diimplimentasi sejak zaman Tun Mahathir lagi yang memperkenalkan sistem meritokrasi. Maka ia bukan alasan utama dalam bincang isu kali ini. Contoh, Nik Nur Madihah seorang pelajar yang aktif dalam kelab, seorang pemidato dan pendebat untuk sekolahnya. Ini bukti bahawa kejayaan adik Madihah menggarap 20A bukan hanya berteleku study tanpa henti.

Salam akhir, harapan penulis KPM memikirkan semula tentang langkah yang ingin diambil. Jangan kerana tindakan hari ini, menjadi titik hitam kerugian pembangunan modal insan pada masa akan datang.

Senyuman kecemerlangan :)
Senyuman kecemerlangan 🙂

 

Syurga 20A..
Syurga 20A..

 

Serikandi Islam...
Serikandi Islam...