Seminar Krisis MURTAD!!!

Pelihara ISLAM!!
Pelihara ISLAM!!

30 Mei 2009 (Sabtu), Dewan Seminar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Maha Penyayang,

Setinggi-tinggi ucapan TAHNIAH penulis titipkan khas kepada Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Cawangan Selangor dengan kerjasama Jabatan Peguam Syarie, Pejabat Peguam Negara dan Masjid SSAAS atas penganjuran seminar ini.

Awwalan,artikel ini ditulis selepas penulis baru sahaja selesai menghadiri seminar tersebut. Banyak input atau maklumat info berkaitan gejala murtad yang berlaku hebat ketika ini yang penulis dapat melalui seminar ini. Walaupun secara dasarnya masih ada lagi wujud beberapa kekeliruan berkaitan sejauh mana penularan isu murtad di Malaysia ketika ini, pada penulis secara peribadi isu murtad di Malaysia ketika ini amat membahayakan. Perkara ini perlu diambil tindakan tegas dan drastik oleh semua pihak bermula dari kerajaan Persekutuan, kerajaan Negeri, Jabatan Agama Negeri, NGOs, Pengamal Undang-undang, Akademia, Institusi Keluarga, Ibubapa, Mahasiswa hingga Individu yang mengucap kalimah Lailahaillallah.

Antara panel pembentang kertas kerja di dalam seminar tersebut ialah :

  1. Ustaz Zamri Mohd Shapik, Pengerusi PUM Caw.Selangor. ( Senario Murtad di Malaysia)
  2. Dr. Ridhuan Tee abdullah, Pensyarah Kanan UPNM. ( Asas Ajaran Buddha Sebagai Perbandingan di M’sia)
  3. Ustaz Hj. Muhammad Abdullah Nicholas Silvester, Pengasas Hidayah Center JIM. ( Kristian Sebagai Perbandingan Agama di M’sia)
  4. Ustaz Muhammad Fitri Abdullah, Pengarah Unit Dakwah DarusSyifaa. (Asas Ajaran Hindu Sebagai Perbandingan Agama di M’sia)
  5. Tuan Mahamad Naser Desa, Timb.Ketua Bahagian Penasihat (Syariah) Jab.Peguam Negara. (Peruntukan Undang-undang & Kesan Perundangan Melibatkan Permohonan P’isytiharan Keluar Agama)
  6. Tuan Hj. Abdul Walid Abu Hassan, Ketua Unit P’bangunan Undang2 Keluarga Islam & Sistem Kehakiman, Jab.Peguam Negara. (Implikasi & Hak-hak Muallaf Mengikut Syara’)
  7. Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil, Pensyarah Undang2 UiTM. (Krisis Murtad & Isu-isu Terkini)

Kesimpulan Slot Sesi 1 (Perbandingan Agama di M’sia)

Secara keseluruhannya, Islam merupakan agama yang syumul lagi hebat jika hendak dibandingkan dengan agama lain. Tidak wujud kesamarataan antara Islam dengan agama lain yang boleh merendahkan martabat Islam itu sendiri. Memetik kata Dr.Ridhuan ” Jika dibahaskan antara Islam dengan agama lain atas titik persamaan, sudah pasti Islam akan melebihi atau lebih tinggi kesyumulannya berbanding agama tersebut “. Ini bersesuaian dengan sabda Nabi s.a.w “ Al-Islam Ya’lu wala Yu’la ‘alaih “.

Cinta ISLAM
Cinta ISLAM

 

 

 

 

 

Bangkitlah Umat Muhammad s.a.w!!
Bangkitlah Umat Muhammad s.a.w!!

Kesimpulan Slot Sesi 2 (Murtad Mengikut Undang-undang)

Secara totalnya, dalam sesi ke-2 ini dibentangkan akan angka atau figure tentang kes permohonan murtad yang berlaku di Malaysia pada hari ini. Bukanlah isu utama tentang angka tersebut, tetapi apa yang hendak penulis gazetkan di sini bahawa, wujud permohonan untuk murtad dari kalangan orang Melayu Islam termasuk yang muda atau tua dan golongan muallaf yang tidak dibimbing.

PERHATIAN! Isu permohonan keluar Islam sentiasa berlaku!

Ancaman MURTAD di mana-mana...
Ancaman MURTAD di mana-mana...

 

Mahkamah Syariah dicabar...!!
Mahkamah Syariah dicabar...!!

 

Diman Muslim yang membela???
Diman Muslim yang membela???

Justeru, penulis menggesa semua umat Muhammad s.aw yang mengaku sebagai hamba Allah s.w.t, sama-sama seiring bergerak dalam mempertahankan kedaulatan, kesyumulan, keistimewaan, kesempurnaan ISLAM supaya ia terus hidup subur bagai disirami air embun pagi setiap hari. Usaha ini tidak akan hanya berjaya jika umat Muhammad itu sendiri yang memperlekeh Islam itu.

Nasihat, jangan pandang sebelah mata, memekakkan sebelah telinga dan membutakan hati isu murtad ini, kerana tidak bertindak hari ini, pasti ISLAM di Malaysia akan datang akan perlahan-lahan membongkok menyusuri kegelapan yang kelam yang akhirnya orang Melayu Islam akan mati di tanah bumi sendiri. Nauzubillah min zalik…

Advertisements

MEREBUT PELUANG!!

 

milik siapa
MILIK SIAPA?

28 Mei,Rome-Tepat jam 2.45am , seluruh warga dunia akan mencelikkan mata bagi menyaksikan pertembungan DUA GERGASI bolasepak dunia ketika ini, Mancahester United bertemu Barcalona di pentas final UEFA Champion League.

Diakui, kedua kelab ini pasti mempunyai penyokong fanatiknya sendiri yang mengharapkan kelab pujaan mereka dapat meratah lawan masing-masing bagi merangkul kejuaraan. Man Utd berada dalam misi mempertahankan kejuaraan justeru melengkapkan koleksi kepada 4piala yang dimenangi pada tahun ini. Tidak lupa Barca juga mengharapkan tuah yang sama. Jika menjuarai kejohanan ini, akan menjadikan mereka kelab pertama Sepanyol yang mendakap treble pada tahun ini bagi menyamai rekod Man Utd pada tahun 1999 (Tahun terhebat Man Utd).

Tapi, apa yang lebih ingin saya sentuh dalam isu kali ini ialah tentang merebut peluag. Sedar atau tidak dalam keasyikan menongkat mata menonton aksi final di pagi hari, terbentang luas ketika itu peluang mendekatkan diri kepada Pencipta Alam. Individu muslim yang terbaik adalah yang bijak merebut peluang. Dalam keasyikan kita menjerit gol..(sebenarnya tak gol pun lg-aksi biasa ketika menonton bolasepak..hehe) baik juga jika bangun sebentar ketika half-time mengambil wuduk dan bertahajjud. Ini maksud saya merebut peluang. Ada sesetengah pihak mendakwa penganjuran perlawanan bolasepak di awal subuh sebenarnya merosakkan umat Islam, khususnya golongan muda. Kerana, dakwa mereka golongan ini sanggup tongkat mata untuk tonton bola tapi liat untuk bertahajjud.

Pada saya, dakwaan ini tidak tepat. Dan yang mendakwa tidak bijak menilai peluang. Sebenarnya, bagi mereka yang bijak saya yakin mereka akan mengikut langkah jejak saya. Bangun pagi menonton bola dan juga bertahajjud. Alaa..dapat solat pe je dalam half-time tu? Tengok bola 2jam sanggup..tp solat 10minit je. Kan zalim tu! Wau..sungguh keras dakwaan tersebut! Sebenarnya, selepas tamat menonton, masih ada lagi masa untuk kita sambung ibadah dengan bertadarus, bertahmid dan berzikir sebelum subuh menjelma. Seterusnya boleh terus gerak ke surau atau masjid berdekatan untuk berjemaah solat subuh. Kan indah tu.

Justeru itu, dalam keasyikan kita hendak melihat kelab pujaan hati merebut peluang menjuarai final, jangan kita lupa untuk diri kita juga merebut peluang mendekatkan diri pada Sang Pencipta. Dalam keasyikan merai kemenangan pasukan kesayangan..jangan lupa diri kita untuk meraikan kelaparan hati yang mendambakan kasih sayang dari Penciptanya. Yang pasti, rebut peluang ini hendaklah konsisten dan berterusan (istiqamah), bukan hanya bermusim ketika perlawanan bola sahaja. 

Meraikan kemengan dengan sujud...
Meraikan kemengan dengan sujud...

Akhir kalam…saya mengucapkan selamat menonton dan selamat merebut peluang! Tiada kejayaan tanpa usaha..tiada usaha tanpa istiqamah..tiada istiqamah tanpa niat yang betul.

Man Utd 3 – Barca 0…penulis penyokong kuat Man Utd!! hehe…

Manchester United
Manchester United

IDEA??

“Apa aku nak coretkan ye kali ni kat karpet siber aku ni?” Saya bermonolog sendiri. IDEA. Menurut kamus ARD, idea ialah ” A general notion, or a conception formed by generalization ” atau  ” A belief, option, or doctrine; a characteristic or controlling principle; as, an essential idea; the idea of development.
Teringat kata2 Dato’ Saifuddin Abdullah (Timb.Menteri KPT) ketika melawat USIM baru2 ini dalam rangka program idea die, 3M, Menyelami Minda Muda. Istilah baru. Dia menekankan bahawa perlu mahasiswa kini mempunyai idea dan berfikiran kritis. Bukan bertindak melulu tanpa hala tuju. Jika tidak, gerakan perjuangan yang hendak diperjuangkan hanya omongan kosong sahaja dan akhirnya pasti berkubur tanpa batu penanda.

 

inovation

Menurut Dato’ Saifuddin lagi, mahasiswa perlu diiktiraf sebagai pemimpin hari ini dan masa depan. Justeru itu, idea dan pemikiran mereka mesti didengar oleh pihak kerajaan. Saya yakin, percentage mahasiswa yang beridea atau berpemikiran kritis dan inovasi pada hari ini amat luas dan bercambah tanpa henti. Namun jangan dilupa, jika disalah guna pasti padahnya. Maksud saya, perompak zaman siber kini juga beridea. Idea untuk plagiat (copy & paste).

Jadi, berasa untunglah mahasiswa hari ini kerana anda membesar di alam serba canggih. Membesar di alam serba baru. Melihat alam berlaku perubahan tanpa henti. Begitu juga idea kita perlu gerak terus membesar. Idea baru perlu dicambah. Perubahan idea mengikut arus kemodenan tapi tetap berlandaskan Islam harus dipasak.

Jadi, nukilan tulisan ini hanya semata ingin mengkoreksi diri sendiri supaya mesti sentiasa mencipta idea baru dalam memotivasi kendiri seharian. Bak kata YDP Alif, ” bermula hari ini adalah dunia baru aku!”. Kata yang mesti diungkap dalam hati setiap kali bangun pagi.

IDEALISM…it should be consistent, development and continuous.

Kesan Politik Pasca Music Chair..

22Mei, Desa Anggerik,Nilai- Hampir 4 bulan Malaysia, khsusnya Perak dilanda tsunami politik maha hebat.Bermula dengan istilah ‘lompat’ parti A ke B atau sebaliknya selepas PRU-12, akhirnya istilah yang dicanang merata tempat memakan diri si pencanang. Berterusanlah edisi politik pasca ‘ music chair ‘ seperti yang diungkap oleh Tun M dalam akhbar tempatan beberapa minggu yang lalu berlarutan sehingga hari ini. Yang menariknya, music chair ini tiada tone yang khusus. Ia berubah mengikut selera nafsu yang membelakangkan akal dan amanah.

Esok-Jumaat, hari kebesaran umat ISLAM sedunia menjadi saksi kepada keputusan mahkamah rayuan Kuala Lumpur bagi menentukan siapa MB sebenar Perak dan kekal terus mentadbir tanpa perlu ada bantahan. Perlu jelas bahawa penulis tidak memihak kepada sesiapa, tapi sebagai rakyat yang sayangkan bangsa dan negara, penulis rasa muak dan jelik dengan kisah politik tempatan kini. Walaupun penulis bukan Perak-ian, namun penulis dan setiap warga Malaysia yang lain tidak sanggup untuk melihat seluruh Perak-ian hidup dalam keadaan politik yang tidak menentu. Dari sudut zahir memang boleh dikatakan mereka ‘ okay ‘. Tiada masalah dalam ekonomi atau sosial dan sebagainya. Tapi sedarlah, kes bunuh ibu,anak dan amah di Ipoh kelmarin cukup memberi tahu bahawa keadaan di Perak tidak stabil. Keselamatan di Perak amat terancam! Nak tunggu bila baru nak sedar hal ini??

Wahai PEMIMPIN ISLAM..sedarlah..kamu hanya hamba Allah yang hina lagi kerdil.Jawatan MB itu hanya fitnah bagi kamu. Bukan ‘ tagline ‘ yang memastikan dirimu terus ke Jannah tanpa hisab. Sebaliknya ia amanah yan maha berat lagi wajib untuk kamu laksanakan. Jika gagal..maka an-Naar jawapannya. Nauzubillah…

Penulis seru kepada semua PEMIMPIN ISLAM..kembali ke pangkal jalan..cari titik persamaan atas nama Din Allah..dan pasak hati atas toriq amar makruf nahi mungkar.

Selamilah penderitaan rakyat kini..fahamilah perasaan rakyat kini..lapangilah dadamu demi rakyat kini…

Gen Y: Mencari Sinar

“Susah betul saya nak datang program ini, ustaz” kata Salina. “Kenapa tu?” saya bertanya. “Mama dengan Papa bergaduh tentang program ini. Papa suruh saya datang. Tetapi Mama tak bagi” ceritanya. Telus. “Boleh ustaz tahu, kenapa Mama awak tak beri awak ikut program ini?” saya melanjutkan perbualan. “Mama tak suka anak dia pergi program-program yang ada video mati-mati ni, ada menangis-menangis dalam gelap dan lain-lain. It’s kinda stupid!” jawab Salina tanpa berselindung-selindung.

“So, what do you think?” saya meneruskan soalan. “Well, dalam program ini ada ke benda-benda tu, ustaz?” tanya beliau lagi. “Kalau tak ada, awak nak ke?” saya menyoal dengan nada provokasi sambil tersenyum. “Kalau ada, boring. Kalau tak ada, saya nak tahulah kenapa tak ada?” beliau menyoal saya. “Sebab apa boring?” saya menjawab semua soalan dengan soalan. “Ye lah, too predictable. Dah banyak dah kursus macam tu. Kalau tutup lampu sahaja, mesti nak suruh menangis. Kenapa dalam kem-kem agama kena menangis-menangis, ustaz?” tanyanya lagi. Wah, saya suka dengan pelajar ini. Beliau berani bertanya dan membuka dirinya untuk difahami. Bagi saya yang bersungguh cuba beramal dengan kaedah seek first to understand, then to be understood, bertemu dengan orang yang let themselves to be understood adalah satu bonus. Biar sekeras mana sekali pun pendedahan dirinya. KEBERKESANAN

“Kami dibayar oleh ibu bapa kamu. Selain daripada bayaran itu untuk harga makan, minum, penginapan dan semua alat yang digunapakai di sini, ia juga komitmen kami untuk pastikan kursus yang dibuat ni berkesan. Malangnya, ramai pihak yang mencari jalan mudah untuk mengukur kesan. Kalau berjaya mengeluarkan air mata peserta, berkesanlah tu” saya menjelaskan. “Habis, kalau program ini tiada mengangis-menangis, macam mana ustaz mengukur berkesan atau tidak berkesannya program ini?” tanyanya lagi. “Apabila persoalan hidup peserta terjawab. Apabila jawapan itu menyebabkan mereka pulang dengan berfikir. Kursus ini adalah rawatan kepada penyakit malas berfikir,” saya memberi penjelasan. Hampir terlupa yang sebenarnya pelajar di hadapan saya itu bersama dua lagi rakannya adalah pelajar Tingkatan 4. Keberaniannya amat saya hargai. Biar pun bagi sesetengah orang, pertanyaan-pertanyaan sebegitu boleh dianggap biadab, namun saya amat mengalu-alukan dialog sebegini.

“Kalau macam itu, saya ada satu soalan yang saya nak tanya ustaz. Dah lama saya nak tanya benda ni tapi saya takut” katanya. “Tanyalah. Semalam ustaz dah sebut, kan? Apa sahaja yang tidak boleh ditanya di luar sana, boleh ditanya di sini” saya memberi lampu hijau. “Ok. Saya rasa selagi soalan ini tidak berjawab, saya pun tak pasti adakah saya ni sebenarnya Islam atau tidak!” tegas beliau. Aduh, begitu sekali. Mujurlah dia teringat untuk bertanya. SOALAN MAUT “Saya rasa, Allah bagi semua benda supaya kita percaya Dia. Bagi Quran, bagi alam semesta dan macam-macam lagi. Tapi satu sahaja yang Allah tak bagi. Dan saya rasa disebabkan oleh Allah tak bagi yang ini, saya susah nak bulatkan kepercayaan saya kepada-Nya.

Kenapa Allah tak bagi kita tengok Dia?” tanya Salina. Sepi seketika. Nampaknya semakin ramai yang menyertai perbualan kami. Bagus sebenarnya dikosongkan waktu antara Maghrib dan Isyak kerana berdasarkan pengalaman saya, inilah waktu santai yang bisa mencungkil pelbagai cerita yang tidak boleh dicungkil di dewan kuliah. “Salina pelajar kelas Sains ke?” saya menyoal. “Ya” jawabnya. “Ok, ustaz jawab ikut pelajaran Sains awak ya!” saya memulakan jawapan. Dia mengangguk. “Untuk membolehkan kita melihat sesuatu, benda itu mestilah lemah. Lemah dalam erti kata ia perlu tunduk kepada undang-undang tertentu. Awak rasa undang-undang apa?” saya mengujinya secara bertahap. “Sunnatullah!” katanya. Mungkin memetik kuliah saya sebelumnya. “Kita ketepikan istilah Sunnatullah. Kita guna istilah yang awak lebih familiar. Benda yang kita nak tengok, ia kena lemah dalam erti kata, ia kena tunduk dan tertakluk kepada hukum Sains. Ia perlu berimej. Cahaya dan rupanya mestilah boleh dilantun ke mata, ditafsirkan oleh mata, dihantar ke otak dan difahami sebagai apa dan apa. Kita tidak nampak Allah sebab Allah berada ‘di atas’ undang-undang tersebut. So, apa sahaja yang mampu dilihat oleh mata, adalah lemah, dan ia adalah makhluk, bukan Tuhan. Sebab ia tertakluk kepada hukum alam iaitu Sains” saya mencuba perlahan-lahan. Terkenang diskusi saya bersama Prof. Khazani dan beberapa orang rakan tentang hal-hal sebegini. Memanfaatkan Sains untuk mengukuhkan kepercayaan. “Maksud ustaz, bukan Allah tak bagi kita tengok Dia, tapi kita yang tak mampu tengok Dia?” tanya beliau. “EXACTLY!!! Benar. Betul sekali” saya terpana dengan kesimpulan yang dibuatnya.

“Itulah makna kita menyebut Allahu Akbar!” saya menambah paku. Beliau mengangguk. “Awak rasa macam mana?” saya menyoal. “Logik. Ok, thanks ustaz. Tu ramai lagi nak tanya soalan kepada ustaz. Saya minta diri dulu” katanya kepada saya. Beliau bangun meminta diri. “So, betullah esok tak ada menangis-nangis?” tanya Salina sambil membetulkan telekung. “Kalau ada pun, bukan sebab saya. Tapi sebab awak menangis sendiri” saya menyudahkan perbualan.

KEPEDULIAN Petikan dialog di atas adalah salah satu kisah yang berlaku semasa saya mengendalikan sebuah kem remaja. Ia menjadi punca mengapa saya tidak mahu membuat program dengan jumlah peserta mencecah seratus atau lebih. Pengalaman berinteraksi dengan anak-anak remaja hari ini, menunjukkan betapa perlunya mereka dicungkil. Terlalu banyak rahsia yang bersarang di benak fikiran mereka. Sebelum rahsia itu boleh dicungkil, kita harus membantu peserta agar mereka percaya untuk bertanya kepada kita. Untuk hal ini boleh dibuat, kita perlu yakinkan mereka bahawa kita faham tentang mereka, dunia mereka, masalah mereka, dan kita tidak bertindak untuk membasuh atau mendoktrinkan mereka. Jangan dijatuhkan harga diri mereka. Jangan diremehkan keupayaan berfikir mereka. Lebih banyak peserta seperti ini hadir ke program ‘Islamik’ yang ‘menghina upaya berfikir’ mereka, lebih teruklah agama dibidas persepsi dan pandangan sinikal Generasi-Y. Remaja oh remaja, banyak yang kupelajari daripada kalian.

 Penulis: Gen-Y adalah pewaris ISLAM masa kini untuk akan datang.

Sumber: saifulislam.com

Hari Ke-2 Konvensyen Kebangsaan MPP…

RIMG0067Batu Pahat, 16 Mei-Bersempena dengan hari guru, Konvensyen Kebangsaan MPP memasuki hari ke-2 dengan acara yang lebih menarik. Dirasmikan oleh Y.B Menteri KPT, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin pada sebelah pagi. Sebelum perasmian pembukaan, majlis bermula dengan forum MPP bertajuk “Peranan Mahasiswa Dalam Memartabatkan Nama Universiti Di Mata Dunia”. Olahan dan kupasan yang dibentangkan oleh ahli panel yang di bawa khas dari jauh terdiri daripada YDP UTHM, YDP UPSI dan Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Yusoff Othman. Kesimpulan yang dapat mesti difahami oleh pelapis kepimpinan ini mestilah memahami peranan mahaiswa itu sendiri sebelum bertindak sebagai agen perubah dalam memartabatkan nama universiti. Jika tidak, jangan nama universiti ingin dimartabatkan bahkan nama sendiri tidak terangkat kerana mahasiswa itu gagal untuk memahami dan menghayati erti “mahasiswa” itu sendiri.

Berbalik kepada majlis perasmian oleh Y.B Dato’ Menteri, pelbagai amanat dan saranan disajikan dalam usaha memperkasa peranan MPP bersempena konvensyen ini. Antara lontaran amanat Y.B Dato’ Menteri ingin melihat mahasiswa menjadi cerminan untuk menterjemah konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Ke-6 sebulan yang lalu. Universiti dilihat sebagai medan penterjemah konsep tersebut atas kapasiti mahasiswanya terdiri dari pelbagai bangsa dan agama. Namun, dalam saranan Dato’ Menteri, penulis rasa terkilan kerana ucapan YB Dato’ Menteri tidak menyentuh sedikit pun berkaitan tema konvensyen kebangsaan MPP kali ini iaitu ” Mahasiswa Teras Pembangunan Insan Cemerlang”.

Konvensyen bersambung dengan sesi kenali tokoh pada sebelah petang. Y.Bhg Prof. Dato’ Dr. Ramlah Adam (pakar sejarah Malaysia) dan Datuk Dr. Adham Baba (Adun Parit Raja) dijemput bagi menyampaikan ucapan berkaitan sejarah serta keusahawanan dalam sesi tersebut. Kupasan sejarah Malaysia, sumbangan tokoh serta perjuangan kemerdekaan disingkap semula untuk menyedarkan mahasiswa yang alpa dan lena. Beberapa judul buku diusulkan supaya menjadi santapan mahasiswa kini dalam memupuk semangat patriotisme yang jitu dan padu dan antaranya ialah Biografi Dato’ Bustamam, Biografi Dr. Burhanuddin dan Sumbanganmu Dikenang.

Sebelah malamnya, dialog terbuka bersama YB Dato’ Timb.Menteri KPT amat dinantikan oleh warga peserta konvensyen. Pelbagai isu berjaya diutarakan dan berjaya dibalas dengan adil lagi saksama diantara pihak MPP dan pihak YB Timb.Menteri. Tiga konsep asas sebagai mahasiswa diperkenalkan iaitu idealisme, aktivisme dan intelektualisme. Jika kurang satu dari tiga serangkai ini maka mahasiswa itu gagal dalam mendalami atau memahami erti sebenar mahasiswi itu sendiri.

Ironinya, apa yang diharapkan oleh penulis sendiri dengan arena konvensyen kebangsaan MPP kali ini lebih kepada perlaksanaan kata secara total leh semua pihak, bukan retorik kata-kata yang  akhirnya golongan intelektual muda ini menjadi mangsa dilupakan. Menyelami Minda Muda diharap benar dapat diterjemah dengan tindakan dari pihak KPT sendiri, seterusnya mahasiswa menggarap serta mengimplimentasi setiap inci perkataan agar pernyataan racun “Mahasiswa kini lesu” dinyah dari qalb mahasiswa.

 

Bersambung…

Konvensyen Kebangsaan MPP Kali Ke-3

Batu Pahat,15 Mei 2009-UTHM dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menganjurkan Konvensyen Kebangsaan MPP Kali Ke-3 yang bermula pada 15-20 Mei 2009 bertempat di kampus utama UTHM. Dengan tema “Mahasiswa Teras Pembangunan Modal Insan Cemerlang” ,pihak penganjur menggunakan konsep pembentangan kertas kerja pada edisi kali ini dalam membincangkan isu mahasiswa ketika ini. Setiap IPTA ditugaskan untuk menyediakan kertas kerja dalam bidang tajuk yang dikhususkan dan USIM dipertanggungjawabkan untuk membincangkan dari sudut Sahsiah Mahasiswa.

Justeru, MPP USIM kali ini dengan gah membawa tajuk yang akan diketengahkan dikalangan agen perubah masa kini iaitu “Menjana Keunggulan Sahsiah Mahasiswa Di IPTA:Melalui Pendidikan Agama Secara Berterusan“. Mungkin ada yang berpendapat tajuk ini remeh, namun apa yang utama untuk disingkap di sebalik tajuk tersebut amat penting untuk diberi perhatian semula oleh semua pihak yang kini kian lenyap dimamah kuasa akal yang statik.

Hari pertama di UTHM mengimbas kembali kenangan ketika di program KPO yang lalu. Masing-masing MPP dari universiti yang berlainan gah dengan pelbagai warna dan cara dalam mempromosikan diri mereka. Namun yang utama setiap insan yang memikul amanah berat ini tetap dengan satu slogan atau tag line iaitu MPP. Biar apa warna yang dibawa, cara yang berlainan, baju yang berbagai, idea yang berbeza namun MPP tetap di atas satu jalan yang lurus memperjuangkan mahasiswa untuk ke taraf yang lebih tinggi.