I’m born again!

Why do I have a blog?

This is a question that I should ask myself 10 years ago when I am officially decided to write. But, at 21, some of our decision does not carry any purpose, either objective. To not left behind and not to be looking outdated is the main cause that those decisions are irrational and illogical.

Maturity is by growth. Even to some it would come early. But, as common people perceived, “it is better late than never”.

Praises to Allah, I do realize that the future is lies on ourself, not others. And do not forget to make a du’a to Allah, as He is the perfect guidance.

To make it short, I am born again!

In writing and setting my purpose of life perspective.

Therefore, as you can see (not yet in this post), I am clearly determined to manage this blog as a “Blog of Wisdom”. Not an emotional one. InsyaAllah.

Please, make du’a for me, and may this blog reach out to readers and benefit them in whatever ways of thinking and mind is recognized and inspired.

Allah promises in Al-Mujadalah:11;

58_11

Translation:

O you who have believed, when you are told, “Space yourselves” in assemblies, then make space; Allah will make space for you. And when you are told, “Arise,” then arise; Allah will raise those who have believed among you and those who were given knowledge, by degrees. And Allah is Acquainted with what you do.

Today, I’m born again!

Thank you.

RAMADHAN 1437H DAN REFLEKSI HIKMAH

 

Tanpa sedar, ketika artikel ini ditulis, sudah 29 hari Ramadhan kita lalui. Begitu pantas masa berputar. Pastinya Ramadhan tidak meninggalkan kita, tetapi kita yang meninggalkan Ramadhan. Atau mungkin sebahagian dari kita sudah pun melupakannya.

Di Malaysia pelbagai istilah institusi cuba disandarkan pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Antaranya seperti Sekolah Ramadhan, Madrasah Ramadhan atau Universiti Ramadhan. Ketiga-tiga konotasi ini menjurus kepada satu objektif yang disepakati oleh semua iaitu ia sebagai medan tarbiyah, mendidik dan muhasabah. Ramadhan bulan mendidik, tarbiyah dan muhasabah nafsu manusia Ia bukan hanya kepada kanak-kanak sahaja, tetapi ia melangkaui jangkauan umur termasuk dewasa dan warga emas. Nafsu tidak mengenal usia dan siapa.

Sebab itu, seperti yang disebut oleh Imam ‘Izz Al-Din Ibn Abd. Salam di dalam kitabnya “Maqasid Al-Sawm”, pada fasal pertama, TAQWA merupakan objektif (maqasid) utama yang wajib dicapai dan diraih oleh setiap muslim. Allah berfirman di dalam surah Al-Baqarah: 183:

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

Ertinya:- berpuasa di bulan Ramadhan dapat melahirkan insan yang bertaqwa dan seterusnya mencegah dirinya dari menjadi bahan bakar api neraka. TAQWA menurut Saidina Ali ialah hadirnya perasaan gentar dan takut kepada Allah swt dengan patuh dan taat kepada segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya.

Sekiranya setiap kita berjaya bergraduasi dari Universiti Ramadhan ini dengan pangkat  kelas pertama TAQWA, hasil dari proses didikan, tarbiyah dan muhasabah nafsu selama 30 hari, pastilah output akhlaq, ibadah dan aqidah terpelihara dan tetap istiqamah di atas jalan kebenaran. Selanjutnya, Muslim yang bersifat “karamah insaniah” berjaya dilahirkan dan layak memikul tugas khalifah – pentadbir urus hal ehwal dunia tanpa merosakkannya.

 

Puasa dan  Muslim Malaysia

Melihat ke belakang, sebagai contoh isu utama yang acapkali dibincangkan oleh Muslim di Malaysia (bulan Ramadhan) ialah bilangan rakaat terawih, niat puasa harian atau sebulan, zakat fitrah melalui ‘amil atau terus kepada sasaran dan pelbagai lagi. Bahkan, kadang-kadang ia membawa kepada perbincangan yang bercakaran sesama sendiri. Lebih teruk lagi saling menuduh dengan kata-kata yang kesat dan keji. Tidak hanya tuduhan tadi dilontarkan di dalam ceramah-ceramah agama di rumah Allah (masjid), bersambung lagi di medan terbuka seperti Facebook, Whatsapp, Instagram dan bermacam lagi. Hilang sudah ruh Ramadhan yang membawa rahmat dan berkat dalam diri setiap dari kita.

Yang ada hanya marah-marah.

Namun, untuk Ramadhan 1437H kali ini, isu baru berjaya dimanipulasikan oleh setengah pihak dari kita. Ia berkaitan isu wanita yang uzur. Kata mereka, golongan ini wajarlah diberi ruang untuk menjamu selera secara terbuka. Situasi makan sorok-sorok, makan di bawah meja, makan di dalam kereta atau tahan lapar demi orang yang berpuasa sudah tidak boleh diterima lagi. Ia adalah penindasan. Menafikan hak yang telah diberikan kelonggaran (rukhsah) oleh Tuhan adalah sesuatu yang tertolak.

Itulah manusia, hanya berbicara tentang hak sendiri. Lupa untuk menggunakan akal dan fikiran memahami akan hak yang dicipta oleh AL-HAQ. Apakah hak Allah? Apakah hak Ramadhan?

Sudah jelas bahawa TAQWA itu adalah hak Allah yang wajib dicapai bagi semua Muslim. Puasa di bulan Ramadhan merupakan jalan terbaik yang telah disediakan khusus oleh Allah untuk kita mencapai status TAQWA tersebut. Tiada alasan untuk tidak mencapainya kerana ia merupakan janji Allah. Kamu puasa, maka kamu akan tergolong sebagai muttaqin di akhirnya.

Seperti yang disebut awal tadi, Ramadhan adalah bulan mendidik, tarbiyah dan muhasabah nafsu. Makan itu dorongan nafsu. Orang yang tiada nafsu makan, dia akan berpuasa atau menahan diri dari makan sesuatu.

Melihat kepada objektif Ramadhan – TAQWA – satu persoalan; dimanakah perginya sifat TAQWA dalam diri kamu yang menyebabkan kamu gagal mengawal nafsu makan kamu? Ini bukan tahun pertama kamu berpuasa, dan kamu bukan anak kecil. Kamu berakal dan mumayyiz, mampu berfikir dan buat pilihan baik dan buruk. Mampu beradab dan menghormati yang lain. Bukan mementingkan diri sendiri.

Buat pilihan, hak kamu atau hak Allah yang lebih utama?

Sabda Nabi Muhammad saw: “Sekiranya manusia benar-benar menyedari kebaikan-kebaikan yang ada di bulan Ramadhan ini, pastinya mereka akan mengharapkan supaya sepanjang tahun adalah Ramadhan

Menghormati dan beradab kepada orang yang berpuasa merupakan objektif Ramadhan hasil dari tarbiyah dan muhasabah.

Jikan masih ingin sanggah, esok-esok “bersamalah” dengan isteri atau suami anda di tengah-tengah taman atau jalan. Bukankah Allah sudah halalkan antara kamu selepas nikah. Hak kamu juga bukan?

 

Puasa dan Dunia

Ramadhan adalah bulan mulia buat Muslim seantero dunia. Ia tidak khusus kepada mana-mana negara dan bangsa. Kamu Muslim, maka wajib ke atas kamu berpuasa dan mencapai status TAQWA. Maka sepatutnya Ramadhan dirai dengan rahmah dan tamah. Bukan pergaduhan dan marah.

Ramadhan dicemari dengan hak manusia yang salah.

Turki sekali lagi digegarkan dengan serangan bom di tempat awam pada 29 Jun lalu. Lapangan Terbang Ataturk menjadi sasaran kali ini. Dianggarkan 23 orang awam didapati terbunuh. IS dan Al-Qaeda dikatakan pihak yang dikaitkan mendalangi serangan bom kali ini. Ini adalah kali ke-5 atau ke-6 Turki diserang sepanjang 2016.

Begitu juga di Dhaka, Bangladesh dimana sebuah restoran dibom dan telah membunuh 20 orang awam. Menurut laporan Telegraph, IS mengakui bertanggungjawab terhadap serangan tersebut.

Sebuah pusat beli belah di Baghdad, Iraq juga diserang dengan letupan bom pada 2 Julai lepas. Dianggarkan 125 orang awam terbunuh dalam kejadian tersebut. IS sekali lagi menyatakan bertanggungjawab ke atas serangan tersebut.

Samada IS atau Al-Qaeda, kedua-duanya mengakui Muslim, memperjuang kebenaran Islam. Katanya ia adalah hak dan tanggungjawab mereka memusnahkan toghut.

Lupakah mereka akan hak Allah yang suka kepada keamanan? Lupakah mereka akan hak Allah sebagai Al-Hakim kepada tindakan mereka yang membunuh orang awam?

Pada penilaian ramai ilmuan, Prof. Dr. Tariq Ramadhan, Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, Syeikh Bin Bayyah, mereka bersepakat bahawa IS dan Al-Qaeda adalah pelampau agama Islam. Mereka ini wajar ditolak dan tidak boleh berkerjasama dengan mereka.

Pembunuhan di dalam bulan Ramadhan tidak sepatutnya berlaku. Ramadhan bulan yang dipenuhi dengan rahmat dan keberkatan. Sewajarnya persaudaraan, berkasih sayang dan ,menghormati disebarluaskan.

Allah menyatakan di dalam surah Al-Maidah:32

Barangsiapa yang membunuh seorang manusia, bukan kerana orang itu (membunuh) orang lain atau bukan kerana membuat kerosakan di muka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya. Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya. Dan sesungguhnya telah datang kepada meraka Rasul-rasul Kami dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas, kemudian banyak diantara mereka sesudah itu bersungguh-sungguh melampaui batas dalam berbuat kerosakan di muka bumi.

 

Jelas, tiada seorang Nabi pun yang membawa mesej kerosakan dan pembunuhan tanpa sebab ketika mereka diutus oleh Allah kepada setiap ummat mereka. Bahkan mesej keselamatan, keamanan dan keadilan yang diperjuangkan oleh Nabi-nabi terdahulu berpaksi Tauhid mengEsakan Allah yang satu, tidak kepada makhluk selainnnya.

 

Puasa dan Refleksi Hikmah

Ramadhan 1437H sudah hampir melabuh tirainya. Ketika artikel ini ditulis, Ramadhan berbaki satu hari lagi. Boleh ditaakulkan bahawa setiap Muslim yang berpuasa dan yang tidak, sudah bersiap sedia untuk menyambut kedatangan Syawal dengan penuh rasa gembira dan bahagia.

Mengejar malam Al-Qadr dan tadarus Al-Quran mungkin sudah dilupakan.

Berbaju baru atau lama bukanlah ukuran kemenangan menyambut kedatangan Syawal. Nabi Muhammad (saw) menegaskan kemenangan yang benar-benar memaknai seorang Muslim selepas berakhirnya Ramadhan ialah bilamana dia berjaya menterjemahkan TAQWA dalam kehidupan seharian untuk 11 bulan mendatang. TAQWA merupakan sebaik-baik persediaan untuk bertemu Tuhan. Dan dalam masa sama TAQWA tadi dapat dirasai oleh orang-orang sekeliling dengan sifat-sifat rahmah, berkasih sayang dan bersaudara, bukan marah-marah dan berperang.

Ramadhan merupakan sebaik-baik bulan untuk mendidik, tarbiyah dan muhasabah. Nafsu adalah musuh utama kepada Taqwa. Maka wajarlah setiap dari kita memaksimakan usaha mengikat kemahuan nafsu yang boleh menggila di dalam bulan yang mulia ini. Jika dibenarkan nafsu mengganas ketika Ramadhan, apalah lagi yang boleh diharap pada bulan-bulan lain untuk mendidik, tarbiyah dan muhasabah nafsu tadi.

Justeru, setiap kali datangnya Ramadhan, kutiplah seberapa banyak hikmah yang terdapat di dalamnya. Ia boleh hadir dalam pelbagai rupa dan cara. Sebagai insan  yang dikurniakan akal, berfikirlah dan lakukan refleksi. Ia mampu untuk mengubah pandangan alam kita terhadap kehidupan yang sebenar yang sedang menanti kedatangan kita yang tidak pasti bila. Tetapi ia abadi. Itulah sebaik-baik pengakhiran.

 

Salam Ramadhan Kareem

Salam Syawal Eid Al-Fitri

 

Faridh Omar

29 Ramadhan 1437

1230

eid_fitr_1437_h_-_2016_desktop_wallpaper

Generasi Muda Muslim : JuruUbah Ummah Sejagat

"Inna Solati wa Nusuki wa Mahyaya wa Mamati Lillahi Rabbi al-'Alamin"

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang.

 

Kita telah menjejaki ke angka 54 dalam meraikan kemerdekaan negara dari cengkaman penjajah. Pada tahun ini tema yang dipilih adalah “Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera”. Adakah generasi muda pada hari ini bersedia untuk ditransformasikan menjadi generasi yang berwibawa dan dihormati oleh dunia? Apakah intipati transformasi bagi generasi muda? Sudah tentulah idealisme. Tanpa idealisme yang dijunjung dan menjadi landasan perjuangan generasi muda, kita telah pun mati sebelum masanya. Kata bijak pandai ‘orang tua kaya pengalaman, orang muda kaya impian’.

Justeru itu, idealisme akan memastikan citra kepemudaan terus unggul. Idealisme membuatkan generasi muda tahan tempur, bertembung dengan segala cabaran zaman dan ancaman lingkungan dengan penuh keazaman dan keyakinan. Inilah yang dikenali sebagai reformasi diri. Reformasi bermaksud satu perubahan yang menyeluruh ke arah kebaikan yang meliputi sistem keyakinan, pemikiran dan cara bertindak agar transformasi yang berlaku adalah satu perubahan bentuk dan penampilan yang unggul dan tulen. Inilah yang disebut dalam al-Quran sebagi ‘Taghyir  Al-Nufus’, yakni reformasi diri. Ia menjadi prasyarat kepada perubahan nasib sesuatu kaum sebagaimana yang diisyaratkan dalam ayat kesebelas surah al-Ra’ad :
“ Tidak berubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah diri mereka sendiri…”

Inilah yang berlaku ke atas diri para sahabat. Kisah Umar al-Khatab misalnya ketika beliau belum memeluk Islam. Umar bin Al-Khattab adalah satu individu yang begitu kuat memperjuangkan nilai-nilai konvensional masyarakat jahiliyah. Beliau amat kuat memerangi dakwah Rasulullah s.a.w, lantaran melihat risalah yang dibawa oleh Baginda merupakan gugatan dan ancaman terhadap ‘status quo’ masyarakat jahiliyah ketika itu.

Siapa yang tidak mengetahui kisah Saidina Umar, beliau tidak teragak-agak menimbus anak perempuannya hidup-hidup kerana mempercayai bahawa anak perempuan akan membawa keaiban dalam kehidupannya kelak. Begitu juga dengan kebengisan yang ditunjukkannya dalam penentangan terhadap risalah Rasulullah.

Tapi segala kebengisan, kekejaman dan keangkuhan Umar Al-Khatab, akhirnya lebur apabila membaca lembaran wahyu Ilahi. Langkah yang bermula dengan niat mahu membunuh Rasulullah bertukar menjadi langkah untuk mengungkap penyaksian terhadap kebenaran Risalah. Bermula dari hari itu, perubahan yang berlaku pada diri Umar amat ketara. Kegagahan dan kecerdasannya banyak membantu perjuangan Baginda. Kehebatan pentadbiran dan kecekapan pengurusannya mengkagumkan banyak pihak.

Begitulah kesan risalah yang dibawa Rasulullah. Penerimaan Umar terhadap kebenaran Islam bukan sahaja merubah diri beliau tetapi juga menghadirkan keberanian para sahabat untuk berdakwah secara terang-terangan. Risalah yang mengakar dalam urat nadi Umar telah menukar pandangan hidup beliau untuk mengabdi kepada Allah dan berbakti kepada ummah.

Kita juga tidak lupa dengan kisah Bilal bin Rabbah. Ungkapan lemah “Ahad, Ahad, Ahad”, di bawah terik pancaran matahari di tengah padang pasir adalah ungkapan yang lahir dari jiwa yang telah disinari hidayah. Beliau dipandang hina kerana warna kulitnya yang hitam legam dan statusnya sebagai hamba abdi. Beliau dilihat tidak mempunyai sebarang keistimewaan dan kepandaian, sehingga dia menerima segala sosok kejian dan cemuhan.

Mengimpikan Kepimpinan Khilafah Islamiyyah...

Pancaran hidayah telah mengangkat martabat Bilal dari kehinaan hamba manusia kepada kemuliaan hamba Allah. Dari pelosok kekejian kepada kemuliaan insan. Demikianlah kesan risalah kepada Bilal ibn Rabbah.

Rasulullah s.a.w telah melakukan kejuruteraan masyarakat, dengan membina peribadi-peribadi unggul Baginda membina Daulah Islamiyah. Pembinaan masyarakat mesti didokongi oleh keunggulan peribadi ahli masyarakat tersebut. Ini merupakan pra syarat yang utama yang perlu dipenuhi jika mahu melihat perubahan secara total.
Kebijaksanaan Rasulullah semakin terserlah ketika memimpin masyarakat di Madinah.

Baginda memilih pembinaan masjid sebagai satu tanda dan mesej bahawa hubungan kemasyarakatan dan negara akan sia-sia tanpa ikatan yang teguh dengan Allah. Masjid dijadikan sebagai pusat pentadbiran, masjid dijadikan tempat beribadah kepada Allah.

Rasulullah menekankan perubahan mestilah bermula dari diri. Perubahan yang bertaklidkan orang lain adalah perubahan yang rapuh dan mudah runtuh. Perubahan mestilah dimulakan dengan merubah cara befikir. Cara berfikir hanya akan berubah jika tanggapan terhadap kehidupan diubah.

Menerima kefanaan kehidupan duniawi merupakan intipati ajaran Rasulullah. Maka tidak hairan jika kerajaan Rasulullah adalah kerajaan yang ‘low cost’. Para sahabat tidak terikat dengan kemewahan hidup, apatah lagi melihat cara hidup Rasulullah yang serba sederhana.
Rasulullah mengubah nilai kehidupan. Dari nilai yang bersifat sementara kepada nilai yang bersifat abadi. Nilai inilah yang membuatkan para sahabat menjadi generasi al-Quran yang unik. Mereka tidak terhegeh-hegeh mencari habuan dan kemuliaan dunia tetapi mengejar dengan bersungguh-sungguh keredhaan Allah s.w.t.
Justeru itu tidak hairan kenapa bantuan Allah menerpa tiba memberkati perjuangan Baginda kerana syarat yang terkandung dalam Surah al-Ra’d, bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah diri mereka telah pun dipenuhi.

Maka berlakulah perubahan seperti yang dijanjikan Allah. Dari jejak sejarah perjuangan Baginda, dapat kita pelajari bahawa tranformasi masyarakat mestilah didahului dengan reformasi diri. Konsep taghyir al-nufus seperti yang disarankan al-Quran amat relevan dalam kita meraikan 2 kemerdekaan iaitu kemerdekaan dari taklukan penjajah dan dari taklukan hawa nafsu.
Taghyir al-nufus meliputi perubahan nilai kepercayaan, cara berfikir dan kaedah berkerja. Ia adalah perubahan total yang menjadi teras sebarang usaha pembaikan. Jika gagal dilaksanakan; usaha pembaikan hanya sekadar usaha yang kosmetik dan tidak akan mampu berhadapan dengan cabaran zaman dan halangan lingkungan.
Dari sirah perjuangan Rasulullah s.a.w, dapat kita tekuni bahawa perubahan memerlukan contoh teladan yang praktikal.

Rasulullah yang menjadi sumber inspirasi perjuangan para sahabat, telah memberikan satu lagi kekuatan iaitu kekuatan qudwah hasanah. Qudwah hasanah yang dipamerkan Baginda memberikan kesan berganda terhadap nilai perjuangan. Pantang Baginda untuk tidak mengotakan apa yang disabda, pantang Baginda tidak mendahului segala perintah yang telah terpateri.

Inilah perubahan yang perlu dilakukan oleh generasi muda. Ia adalah formula yang mesti kita jejaki dalam agenda perubahan ummah. ‘Taghyir al-nufus’ (reformasi diri) dan kekuatan qudwah hasanah (suri teladan yang unggul dan praktikal) adalah dua elemen terpenting jika kita bercita-cita menjadi juru ubah ummah.

Source : http://abim.org.my/component/content/article/27-artikel-pilihan/229-generasi-muda-muslim–juruubah-ummah.html (Nukilan Presiden ABIM ke 8)

PENGKHIANATAN KAUM ILMUWAN : ANALOGI QUR’ANI YANG MENAKJUBKAN

Bismillahirrahmanirrahim.

Surah al-A’raf :175-177

 

Mkasudnya :

175 : Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad) khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami. Kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat.

176 : dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-yata itu. Tetapi ia bermati-matian cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya, ia mneghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya; ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan ornag-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.

177 : Amatlah buruknya bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, dan mereka pula berlaku zalim kepada diri mereka sendiri.

Huraian :

Ilmu adalah kurnia istimewa yang dapat (dengan izin Allah) mengangkat martabat penerimanya mencapai puncak ketinggian ‘illiyin. Ilmuwan yang komited dan beriman, yang menerima pencerahan ayat-ayat Allah lalu dihayainya sebagai worldview (pandangan alam), cara hidup, cara berfikir, cara bersikap dan cara berperilaku adalah manusia unggul yang berjaya mendaki mercu kesempurnaan keinsanan. Demikianlah martabat ilmuwan tawhidik yang dideretkan selepas Allah dan para malaikat dalam ayat kesaksian Tauhid (Hari Alastu) (Ali-Imran : 18).

Pencerahan ayat-ayat Allah adalah kurnia agung yang tidak ternilai, begitu juga martabat ketinggian bawaan ilmu sedemikian, tetapi rupa-rupanya ada manusia “ilmuwan” yang bertindak tolol, membuang nikmat dan kurnia pencerahan dan ketinggian rohaniah kerana tergiur dengan gemerlapan palsu materi duniawi. Gejala malang dan tragik inilah yang terpapar dalam ayat-ayat surah al-A’raf (175-177). Gejala tersebut bukan sekadar mimpi buruk, tetapi naba’ Qur’aniy, berita benar yang diungkapkan kembali oleh al-Quran sebagai iktibar sepanjang zaman, betapa buruk dan jijiknya pengkhianatan amanah keilmuwan, the betrayal of the intellectuals.

Pengkhianatan keilmuwan bererti keruntuhan iman, dan kemenangan nafsu. Keadaan seperti itulah yang sangat diinginkan oleh syaitan. Dapat dibayangkan betapa gegak-gempitanya sorakan syaitan mempestakan (kenduri) kejatuhan seorang ilmuwan. Masyarakat syaitan menyambut meriah penyertaan ahli baru kelab ilmuwan pengkhianat (dengan slogan “welcome to the club”). Warga syaitan, menjulangnya dan memuji-muji keputusan “bijak”nya (keputusan aneh) melemparkan iman dan kebenaran ilmu untuk memilih kemewahan duniawi. Ilmuwan yang telah meninggalkan petunjuk iman dan ayay-ayat Allah menjadi sasaran syaitan untuk disesatkan lebih jauh dan diperkuda untuk menyesatkan orang lain dalam belantara kepalsuan (pembohongan).

Are YOU??????

Allah Yang Maha Rahman selalu merahmati para ilmuwan beriman dengan mengangkat darjat kerohaniannya setinggi yang tercapai oleh tahap ilmu dan imannya. Tetapi kali ini Allah tidak berkenan mengangkat martabat seorang ilmuwan kerana ia lebih tertarik dengan bumi (dan segala isinya) yang serba rendah lagi murah. Ilmuwan materialistik dan opportunist seperti itu tidak lagi tertarik dengan martabat mulia alam tingg, sebaliknya lebih bernafsu terhadap kerendahan materi bumi – tanah, lumpur, bangkai, sampah dan pelbagai lagi kotoran yang busuk dan menjijikkan. Sikap ilmuwan yang resign daripada prinsip kebenaran ilmu diungkapkan dengan kata fa’nsalakha minha (..kemudian dia melepaskan diri dari ayat-ayat itu…). Kata tersebut menggambarkan kejadian aneh, seseorang sedang bersusah payah melepaskan dirinya daripada pakaian (Al-Quran dan ilmu) yang telah sebati membalut tubuhnya sekian lama, pakaian yang selama ini berfungsi menutup auratnya, menghangatkan tubuhnya, melindunginya dan menghiasinya. Keadaannya seperti ular yang melepaskan dirinya daripa kulitnya lalu meninggalkannya. Memang tindakan melepaskan diri daripada iman (terhadap Allah dan ayat-ayatNya) pada hakikatnya suatu yang sukar dilakukan kerana sesungguhnya iman adalah bahagian daripada fitrah insani. Demikian pulalah sukarnya melepaskan diri daripada ilmu yang telah dipelajari dan telah menjadi bahagian daripada kehidupan hariannya sejak puluhan tahun.

Yang sangat menakjubkan dan mencengangkan adalah tamsil analogi Qur’ani tentang ilmuwan pengkhianat tersebut. Membaca ayat 176 seolah-olah kita sedang menyaksikan tayangan video (National Geographic) : seorang ilmuwan tiba-tiba berubah rupa menjadi seekor anjing yang sentiasa terjelir lidahnya. Hodoh dan menjijikkan!!! Demikianlah kesan semerta setiap orang yang menyaksikannya. Anjing terjelir lidah tanpa henti, diapakan pun ia tetap menjelirkan lidahnya kerana memang itu  sifat sejatinya anjing. Paparana pemandangan anjing menjelir lidah dan menjulurkan lidahnya terus-terusan menampakkan bayangan kepenatan dan kesusahan yang berpanjangan. Biasanya anjing tidak hanya sentiasa menjulurkan lidah, tetapi juga mengeluarkan air liur, menitis-nitis sepanjang jalan, seolah-olah sedang sangat mengiinginkan sesuatu,sedang mengidamkan makanan lazat yang tidak kesampaian, terliur kerana tergiur dengan sesuatu menyelerakan. Demikianlah citra ilmuwan curang di mata orang beriman yang bernurani Qur’ani.

Mencegah anjing daripada menjulurkan lidah memang tidak mudah, kerana memang begitulah yang namanya anjing. Ayat 176 yang menyebut “…jika kamu manghalaunya dijulurkan lidahnya dan jika kamu membiarkannya ia menjulurkan lidahnya juga..“. Diertikan oleh sebahagian ahli tafsir sebagai kedegilan ilmuwan tunggangan syaitan itu. Dinasihati atau dibiarkan sama sahaja, tidak ada kesannya. Yang dituruti hanyasatu; hawa nafsu. Yang didengar juga hanya satu; saranan syaitan. Bagaimanapun ini tidak menggugurkan tanggungjawab pendakwahan. Kerana itu al-Quran masih berpesan “Maka ceritakanlah kisah-kisah itu agar mereka berfikir”. Siapa tahu pada satu saat mereka kembali waras dan rasional (sedar dan menyesal), lalu terkesan dengan kisah al-Quran dan analoginya yang sedemikian tajam. Mungkin akan berlaku sesuatu dalam hidup mereka yang menyedarkan mereka bahawa selama ini mereka telah menzalimi diri sendiri.

Be URSELF and choose the right PATH (TRUTH)

Demikianlah sebuah tamsil perbandingan yang amat hodoh dan menjijikkan. Tetapi memang itulah hakikat setepatnya. Ia bukan analogi yang mengada-ngadam kerana al-Quran adalah kitab suci yang serba hakim, selamanya bijaksana, padat dengan wisdom kewahyuan yang meletakkan segala sesuatu tepat pada tempatnya. Tentu ada sebabnya mengapa al-Quran mengangkat tamsil perbandingan sehodoh dan sejijik itu. Yang jelas seperti yang disebut oleh Imam al-Raziy bahawa ayat-ayat tersebut termasuk yang paling keras ditujukan kepada kaum ilmuwan. Justeru tidak ada barakah bagi ilmu tanpa amal. Seperti yang diriwayatkan oleh al-Daylamiy; al-Rasul SAW bersabda :

من ازدا علما ولم يذدد زهدا لم يزدد من الله إلا بعدا

“Sesiapa yang bertambah ilmunya, tetapi tidak bertambah zuhudnya,

tidak akan mendapat tambahan apa-apa dari Allah selain bertambah jauh”

 

Sumber : Kelas Tafsir Maudhu’iydisampaikan oleh Prof. Dr. Siddiq Fadzil (8 April 2011)

Jejak Tokoh : Mustafa Sa‘id al-Khin (1922-2008M) : Ulamak Usul Fiqh Terkemuka dari Syria.

Nama penuhnya ialah Mustafa bin Sa‘id bin Mahmud al-Khin al-Syafi’i al-Maydani al-Damasyqi. Beliau dilahirkan pada tahun 1922M.  Bapanya Sa‘id al-Khin adalah penghulu di daerah Maydan, Damsyik dan Mustafa adalah anak ke 11 daripada 18 orang adik beradik. Pada usia lapan tahun beliau telah memasuki sekolah peringkat rendah dengan menghafal al-Quran dan kemudian memasuki sekolah al-Jam‘iyyah al-Ghara’ dan guru besarnya ialah Muhammad Hasan Habannakah. Pada masa ini, terserlah kecerdikannya dan beliau belajar matematik daripada guru khas yang mengajarnya. Pada masa tahun 1931, beliau mula mengikuti bapanya untuk belajar halaqah yang dikendalikan oleh Hasan Habannakah di Masjid Manjak. Hasan Habannakah mengajar di masjid tersebut kepada orang ramai selepas waktu Isya’ dan kepada pelajar pada waktu pagi sehingga Zuhur. Di sini gurunya Husain Khitab mengenali kecerdikannya kerana dapat menghafal 50 hadith dalam satu hari. Lalu gurunya berpesan kepada keluarga Mustafa agar memberi perhatian kepada pendidikan kepadanya. (Mahyuddin Dib Mistu, 2001,  hal. 14) Pada mulanya beliau belajar bersama-sama dengan orang tua selepas solat Isya’ tetapi setelah mengetahui minat dan kecerdikan maka ia telah memasuki sekolah pada waktu pagi yang dikendalikan oleh Hassan Habannakah.

Beliau meneruskan pengajian di Maahad Tawjiyyah al-Islami bertempat di Masjid Manjak. Maahad ini merupakan sekolah terbuka yang tidak terikat dengan  masa tertentu atau sijil. Antara rakan yang belajar bersamanya seperti Abdul Rahman Hasan Habannakah dan Muhamad Hamawi. Pada peringkat ini, beliau mendapat didikan terus daripada Hasan Habannakah dengan belajar feqah, hadith, tafsir dan lain-lain. Pada malam Jumaat mereka belajar sirah dari kitab al-Syifa’ karangan Kadi ‘Iyad. Pada hari Jumaat, mereka bertukar-tukar untuk memberi khutbah di masjid di sekitar Maydan dan khutbah itu ditulis oleh mereka sendiri. Ini memberi pengalaman dan mendidik sehingga menjadi pengkhutbah yang memberi kesan kepada pendengar. (Mahyuddin Dib Mistu, 2001,  hal. 20)

"Laman Ilmu Yang Terbaik"

Di Maahad ini juga, guru mereka Hassan Habannakah mengalakkan mereka untuk menziarahi para ulamak seperti Badaruddin al-Hasani, Ali al-Duqr, Sa‘id al-Burhani dan lain-lain. Ulamak-ulamak tersebut telah memberi kesan kepada pembentukan peribadi dan kerohanian jiwanya. Pada usia 20 tahun, beliau telah mengajar di Maahad al-Tawjiyyah al-Islamiah di Masjid Manjak dalam subjek Matematik pada peringkat rendah. Beliau juga mengajar subjek karangan (al-Insya’), nahu dan ulum syariah. (Mahyuddin Dib Mistu, 2001,  hal. 31)

Pada tahun 1949, beliau memasuki al-Azhar kerana pihak Kementerian Pendidikan Syria memerlukan guru-guru untuk pendidikan Islam. Oleh itu, beberapa pelajar Hasan Habnnakah telah terpilih mengikuti dan menyambung pelajaran di peringkat sarjana muda. Beliau memasuki al-Azhar pada tahun ketiga dan bergraduan pada tahun 1952. Setelah memperolehi ijazah, beliau berkhidmat sebagai guru pendidikan Islam di Halab selama dua tahun. Kemudian beliau kembali ke Damsyik dan menjadi guru di Maktab perguruan.  Di samping itu, beliau menjadi mengajar beberapa subjek di Universiti Damsyik iaitu dari tahun 1955-1962. Pada tahun 1962 sehingga 1966, beliau mengajar di Universiti Imam Muhammad bin Saud di Riyadh. Setelah itu, kembali ke Damsyik dan menjadi guru sehinggalah beliau menyambung pelajaran ke peringkat Ph.D di al-Azhar. Dalam bidang pendidikan, Mustafa telah memberi sumbangan kepada tiga bidang iaitu dalam membuat silibus pendidikan, membuat buku-buku teks dan membuat soalan peperiksaan. Mustafa telah membuat sukatan subjek ulum syariah bagi sekolah menengah agama di bawah kementerian pendidikan. Sukatan tersebut masih digunakan sehingga sekarang.  Beliau juga membuat sukatan pada peringkat rendah dan menengah di Maahad Abu Nur.

Beliau juga bertanggungjawab membuat buku-buku teks dan telah mengarang 20 buah buku teks berkaitan dengan akidah, tafsir dan feqah al-Syafi’i. Beliau juga merupakan ketua lujnah pembuat soalan bagi peringkat Kementerian Pendidikan Syria. Al-Azhar telah membuat keputusan bahawa graduan  dari kuliah-kuliah di al-Azhar yang telah berpengalaman mengajar lima tahun  di peringkat universiti, adalah layak untuk mendaftar untuk membuat Ph.D. Mustafa telah mendaftar Ph.D dengan tajuk “Kesan Perbezaan kaedah-kaedah usul dalam perbezaan pandangan para fuqaha” dan berjaya memperolehi Ph.D pada tahun 1971.

Setelah memperolehi Ph.D, beliau menjadi pensyarah dan ketua Jabatan Akidah di Universiti Damsyik. Di samping itu, beliau mengajar subjek pedagogi pendidikan Islam di Fakulti Syariah sehingga pencen pada tahun 1983. Beliau juga telah membuat buku teks pada peringkat universiti iaitu tafsir untuk tahun ketiga, Feqah Muamalat untuk tahun empat dan Asas-Asas Akidah untuk tahun dua. (Mahyuddin Dib Mistu,2001,  hal. 45) Setelah pencen, beliau pergi ke Arab Saudi dan menjadi pensyarah di Fakulti Syariah di Universiti Imam Muhamad Saud dan kemudian dilantik sebagai professor di Fakulti Pendidikan.

Semasa berada di Arab Saudi iaitu dari tahun 1984 sehingga tahun 1992, beliau telah menyelia pelajar Ph.D dan juga menjadi pemeriksa pada peringkat tersebut. Sejak tahun 1993, beliau mengajar di peringkat Tinggi di Maahad Abu Nur, peringkat tinggi merupakan program berkembar dengan Universiti Ummu Darman, Sudan. Di samping itu, beliau mengajar di Maahad Fatah, Damsyik dalam subjek Usul Fiqh.

Beliau juga mengajar di masjid-masjid di waktu pagi dan petang. (Mahyuddin Dib Mistu,2001,  hal. 45) Beliau  meninggal dunia pada 23 Muharram 1429 bersamaan 2 Februari 2008 pada di masjid Hasan , Maydan, Damsyik ketika berusia 88 tahun. Beliau meninggal selepas solat Jumaat di masjid tersebut dan dikebumikan pada hari berikutnya. (www.alukah.net, tarikh akses 18 September 2009) Pada 9 Februari 2008, Maahad Fatah al-Islami telah mengadakan majlis Ta’bin kepada beliau yang dihadiri oleh ulamak-ulamak seperti Wahbah al-Zuhaili, Abdul Karim Rajih, Nurudin Atar, Hisyam al-Burhani dan Abdul Fatah Bazam. (www.al-fatihonline.com, tarikh akses 18 September 2009)

Penulisan

Penulisannya ini terbahagi kepada 5 kategori iaitu :
i.    Buku tulisannya sendiri
ii.   Buku tulisan bersama
iii.  Tahqiq (Suntingan) buku (perseorangan)
iv.  Suntingan buku (Bersama)
v.   Buku-buku teks Universiti

Uslub penulisannya adalah mudah dan terang dan setiap tajuk didatangkan dalil yang menyokong pandangan tersebut. Penulisannya jauh dari perkataan-perkataan yang susah dan pelik.

Moga diberi kesempatan untuk ber-Talaqqi sebegini...

Antara buku terpenting karangannya yang juga merupakan tesis Ph.D di al-Azhar iaitu:

1.Athar al-Ikhtilaf fi al-Qawa‘id  al-Usuliyyah fi Ikhtilaf al-fuqaha’ (Kesan Perbezaan kaedah-kaedah usul dalam perbezaan pandangan para Fuqaha)

Buku ini merupakan tesis Ph.D yang dikemukakan di Universiti al-Azhar pada tahun 1971. Buku ini diterbitkan oleh Muassasah al-Risalah pada tahun 1972 dan sehingga tahun 1997 sebanyak 7 kali cetakan. Buku ini menerangkan kesan perbezaan  pada kaedah-kaedah usul dalam perbezaan pandangan para fuqaha. Dalam buku ini, penulis telah menerangkan mengenai perbezaan yang baik dalam hukum cabangan tetapi bersepakat dalam perkara asas dan perbezaan yang tercela yang berasaskan kepada hawa nafsu dan takwil yang menyeleweng.

Buku ini juga membongkar antara golongan yang menyeru kepada tidak mahu kepada mazhab dengan golongan yang berpegang kepada mazhab yang sempit dan juga mengetahui pemikiran pandangan para fuqaha terhadap teks-teks yang dipegang. Oleh itu, ia dapat mengetahui mengenai asas isu dan hujah tersebut. (Mahyuddin Dib Mistu,2001,  hal. 56)

Buku ini menjadi rujukan utama pada peringkat pengajian tinggi dalam Usul Fiqh. Buku ini menjelaskan dan membuktikan manhaj para ulamak terdahulu dalam mengeluarkan hukum adalah berteraskan kepada kaedah yang benar dan jauh daripada hawa nafsu dan takwil yang menyeleweng. Antara topik utama dalam buku ini ialah:

Dalam pendahuluan menerangkan perkembangan perbezaan di antara fuqaha dan sebab-sebabnya. Bab pertama membicarakan kaedah-kaedah usul yang utama  dari segi dalil dalam mengeluarkan hukum dan kaedah yang berbeza yang menyebabkan perbezaan dalam masalah cabangan.

Dalam buku ini, penulis membicarakan mengenai al-Amr wa nahi (suruhan dan tegahan) , ijmak dan qias dan dalil-dali yang menjadi perbezaan di kalangan para fuqaha seperti kata-kata sahabat (qawl al-Sahabi), al-Masalih al-Mursalah, al-Istishab dan pelaksanaan dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan perkahwinan. (Mustafa al-Khin, 1994, hal. 14)

Penulis juga menerangkan sebab-sebab pertumbuhan perbezaan khilaf di kalangan fuqaha iaitu :
i.    Perbezaan qiraat seperti firman Allah :
يا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلاةِ فاغْسِلُواْ وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ

إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُواْ بِرُؤُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَينِ

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang padahal kamu berhadas kecil, maka berwuduklah iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali” (al-Ma’idah, ayat 6) Qiraat Nafi’, Ibn Amar dan al-Kasa’i membaca dengan Arjalikum dengan Nasab (fathah/baris atas) sementara qiraat Ibn Kathir, Abu Amru dan Hamzah membaca dengan baris bawah (jar). Perbezaan qiraat menyebabkan perbezaan hukum.

Qiraat yang membaca dengan nasab mengatakan ia wajib basuh kedua-dua  kaki dan qiraat dengan membaca jar wajib menyapunya sahaja. Ibn Abbas dan Malik bin Anas mengatakan dengan menyapu sahaja sementara golongan ahli Zahir menyebutkan bahawa wajib mengabungkan antara sapu dan basuh berdasarkan kepada kedua-dua qiraat tersebut. Ibn Jarir al-Tabari menyebutkan bahawa orang yang berwuduk boleh memilih sama ada hendak basuh atau sapu. (Mustafa al-Khin, 1994, hal. 41)

ii. Tidak memahami hadith secara keseluruhan kerana para sahabat mempunyai pelbagai kategori dalam periwayatan hadith seperti sahnya puasa bagi orang yang berjunub ketika masuk waktu Subuh. Abu Hurairah menyebutkan bahawa orang yang berjunub pada waktu subuh tidak harus berpuasa. Perkara ini kerana ada hadith yang Rasulullah s.a.w. menyuruh para sahabat berpuasa walaupun berjunub pada waktu Subuh. (Mustafa al-Khin, 1994, hal. 47)

iii.  Keraguan dalam mensabitkan hadith seperti hadith tentang tayammum ketika tiada air atau tidak berupaya menggunakan air. Umar al-Khatab berpendapat tayammum tidak boleh digunakan untuk mandi hadas dan perlu menunggu sehingga ada air walaupun memakan masa yang lama. Sementara Ammar bin Yassir menyebutkan pernah ketika  ia berjunub lalu Rasulullah s.a.w. mengharuskan ia bertayammum. (Mustafa al-Khin, 1994, hal. 56)

iv.  Perbezaan dalam memahami teks dan penafsirannya seperti pembahagian tanah-tanah kepada tentera yang mana pendapat Saidina Umar al-Khatab bahawa tanah-tanah kekal kepada pemiliknya semasa pembukaan di Iraq (Mustafa al-Khin, 1994, hal. 65).

vi.   Persamaan dalam lafaz yang mana satu lafaz mempunyai pelbagai makna. Contohnya makna “Qada” ada yang bermakna hukum (al-Nisa’, ayat 65), suruhan (al-Isra’ 23) dan ada juga bermakna mengetahui (al-Isra’, ayat 4) (Mustafa al-Khin, 1994, hal. 71).

vii. Perbezaan dalil (ta‘arud al-Adillah) seperti pandangan  Imam Malik, Syafi’i dan Ahmad yang mengharamkan berkahwin ketika dalam Ihram. Ini berdasarkan hadith daripada Uthman bin Affan bahawa Rasulullah s.a.w. melarang berkahwin dan mengahwinkan orang dalam ihram. Abu Hanifah mengharuskan berkahwin ketika Ihram berdasarkan hadith bahawa Rasulullah s.a.w.  berkahwin dengan Maimunah ketika dalam Ihram. (Mustafa al-Khin. 1994. hal. 97) Begitu juga dengan pendapat Syafi’i, Hanbali dan golongan ahli hadith bahawa air mani adalah bersih dan jika terkena pakaian boleh dipakai untuk solat tanpa membasuhnya. Mazhab Hanafi dan Maliki mengatakan ia sebagai najis yang wajib dibasuh. (Mustafa al-Khin, 1994, hal. 109)
viii.    Tidak ada dalil tentang masalah tersebut seperti harta pusaka untuk datuk  bersama-sama dengan cucu-cucunya.
ix.    Perbezaan dalam Qawa’id Usuliah. (Mustafa al-Khin, 1994, hal. 117)

Bab kedua membicarakan kaedah-kaedah usul dari segi lafaz  dan kaedah-kaedah yang berbeza  yang menyebabkan perbezaan dalam masalah cabangan. Bab ketiga membicarakan kaedah-kaeah  yang berkaitan dengan amar maaruf dan mencegah mungkar  dan pebezaannya serta kesan perbezaan dalam masalah cabangan.

Bab keempat membicarakan kaedah-kaedah yang berbeza  padanya yang berkaitan dengan al-Quran sahaja atau al-sunnah sahaja dan kesan perbezaan tersebut dalam perkara cabangan. Bab kelima Ijmak dan qias dan kaedah-kaedah yang berbeza padanya  serta kesan perbezaan tersebut kepada perkara cabangan.
Bab keenam  mengenai dalil-dalil yang penting dalam perbezaan serta kesan perkara tersebut dalam perkara cabangan. Bab penutup membicarakan contoh-contoh perbezaan tersebut terutama dalam bab nikah.
Buku ini digunakan pada peringkat pengajian tinggi di Universiti al-Azhar dan universiti-unversiti lain seperti di Arab Saudi, India dan Malaysia.

Rujukan:
Mustafa al-Khin (1983), Mubadi al-‘Aqidah al-Islamiah, Damsyiq : Universiti Damsyiq.
Mustafa al-Khin (1984), Dirasat Tarikhiyyah li Fiqh wa Usuluhu,Damsyiq : Sharkah al-Muttahidah
Mustafa al-Khin (et.l) (2005), Manhaj Fiqh al-Syafi’i, (Terjemahan) Negeri Sembilan : Jabatan Mufti Negeri Sembilan.
Mustafa al-Khin (1994), Athar al-Ikhtilaf fi al-Qawa‘id  al-Usuliyyah fi Ikhtilaf al-Fuqaha’, Beirut : Muasassah al-Risalah.

Sumber : http://www.mindamadani.my/content/view/245/2/

The New Chronology of Muslim Egyptian and Tunis Revivalism

Big congratulations to Egyptian and Tunis.

Every single your efforts are counted and being memorized without forgotten by the old and post modern world’s history in this new era of globalization. For sure, it is a signal and an alarm for another President or Prime Minister around the world.

Voices can make your paralyzed.

After 18 days (Egypt) and 19 days (Tunisia) make new “hometown” at Tahrir Square (Cairo) and Sidi Bouzid (Tunisia), finally, the dictatorship reign Husni “La” Mubarak and Zainal “Laisa” Abidin Ali was ended from hero to  zero.

Here, I attached a pictoral of Egypt and Tunisia….

The power of protester's voices can rule out the Dictatorship Presidency
The Tank Arrested.
Mu'minah : Wake up...!!!
The children's right
The children's power

 

 

 

 

 

 

 

 

Tataaa Horse-ni..............
The Egyptian new hopes......Allahu Akbar!!!
The new wave of Tunis
"Look at me....I'm starving!"
"I pay my life for the next-gen"

 

 

 

 

 

 

 

 

 

:::Nightmare Holiday:::

Nota :

“Kepada pemimpin yang diberi kuasa, sedar dan faham akan kehendak rakyat (stakeholder). Jangan terlalu ghairah dan rakus makan khazanah bumi (kami). ”

Kecuali……………….

Bersedia dan rindu akan suasana ini….

Gelombang suara rakyat...........