
Poster Sis
Nantikan satu lagi seminar anjuran Ikatan Intelektual Nusantara (IKIN) dengan kerjasama HTM dan Muslimah HTM pada 25 oktober 2009 (Ahad). Maklumat lanjut akan diberikan………..

Poster Sis
Nantikan satu lagi seminar anjuran Ikatan Intelektual Nusantara (IKIN) dengan kerjasama HTM dan Muslimah HTM pada 25 oktober 2009 (Ahad). Maklumat lanjut akan diberikan………..
Speaker Corner at KARSIS 2009
Bismillah.
Hari ini dalam sejarah. Saya berpeluang berdiri dipentas Speaker Corner menyatakan hasrat baharu golongan muda dikalangan pemimpin pelajar USIM hasil resolusi bersama dalam sidang pleno pada ahad lepas.
Tahniah sekali lagi kepada barisan penganjur KARSIS 2009 yang dipimpin oleh saudara Najid dan saudari Ainul.
Resolusi ini merupakan hasrat murni barisan kepimpinan badan-badan pelajar di USIM yang ingin melihat kematangan warna warga USIM dalam mencorak kebaikan sempena 10 tahun penubuhan USIM ini.
Untuk makluman, resolusi tersebut bakal dibentangkan dihadapan pihak pengurusan terutama dihadapan Naib Canselor setelah mendapat ‘green light’ beliau. “Kita akan adakan pertemuan tersebut”, respon daripada Naib Canselor selepas saya menghadiri mesyuarat (mesyuarat kebajikan) bersama beliau sebentar tadi di Bilik Mesyuarat Naib Canselor.
Insha Allah, sebelum resolusi tersebut dibentangkan, komitmen ahli sidang pleno akan menyaring kembali dengan masak kesemua usul tersebut supaya tiada pertindihan berlaku.
Tidak dilupakan jua, Memo 23 MPP juga telah saya bentangkan secara langsung ketika sesi Speaker Corner tersebut. Ini komitmen MPP dalam memastikan kebajikan secara keseluruahan dapat ditangani. Namun, tidak semua hasrat kita di dunia ini akan berhasil dengan sekelip mata.
Saya harap hal ini kawan-kawan faham.
Cuma sejak kebelakangan ini, saya selalu dihujani pelbagai isu yang berkaitan pelajar teruatama isu moral dan kebajikan yang tidak pernah selesai dan memuaskan hati pelajar.
Memang susah kalau ingin memuaskan keinginan diri ini.
Seperti contoh, soal bas. Mungkin penegasan atau kepatuhan jadual bas yang ditetapkan. Analogi sinisnya, sama ada bas yang akan mengikut jadual hidup kita di kampus atau sebaliknya. Kita yang perlu mengikuti jadual bas yang telah ditetapkan setelah berkali-kali perbincangan dilakukan.
Sukar memahami orang muda pasca-modenisasi ini. Betul tak?
Menjawab mengenai masalah bas ini, pihak MPP dan pengurusan termasuk pihak yang berkaitan secara rapat seperti pelajar dan pemandu telah pun dipanggil untuk sama-sama berdiskusi. Apa cara terbaik menangani masalah tesebut.
Namun responnya masih sama bahkan semakin parah.
Pihak MPP berkali-kali dipanggil berbincang bagi menyelesaikan masalah ini. Sama ada bersama pihak pengurusan mahu pun turun padang bersama pelajar. Kadang, hasilnya berbalik kepada sikap atau budaya urus tadbir kehidupan seharian kita. Sedih sekiranya pelajar Islam tiada daya tahan. Sedih sangat.
Akhirnya, saya dan kawan-kawan bersedia membantu sekiranya perkara tersebut relevan buat masa sekarang untuk kebaikan bersama. Namun saya, mengharapkan agar pelajar matang dan rasional dalam tindakan.
Banyak lagi perkara-perkara yang perlu kita risaukan. FIkir-firkanlah… Maaf dipinta.
TAHNIAH YDP USIM!!!
MPP len bile lagi…hehehe
salin & tampal : aliffismail.wordpress.com
Bismillah.
Assalamua’alaikum WBT dan salam perubahan untuk sekalian mahasiswa/si USIM.
Alhamdulillah, hari ini kita telah melangkah beberapa langkah perubahan dengan lahirnya program Karnival Mahasiswa 2009 yang julung-julung kali diadakan oleh MPP USIM.
Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua yang terlibat.
Karnival Mahasiswa 2009 ini atau dikenali sebagai KARSIS ini, merupakan satu usaha dan idea baharu daripada MPP dengan kerjasama badan-badan pelajar yang wujud di kampus USIM ini. Ianya merupakan medium yang bersifat berani dan matang dikalangan mahasiswa/si USIM dalam mencorak landskap waqi’iyah kampus, melukis zaman dan cetusan idea yang bersifat realistik dalam merealisasikan 10 tahun penubuhan USIM yang tercinta ini.
Kita percaya mahasiswa/si juga merupakan antara entiti yang maha penting dalam pembangunan sesebuah universiti.
Antara harapan baharu penganjuran KARSIS ini adalah untuk memastikan peranan dan tanggungjawab badan-badan pelajar di universiti dikenali dan disedari oleh mahasiswa/si di kampus. Tambahan, ia sebagai satu ’sentuhan’ yang menjangkaui keseimbangan biasa dalam memberi mesej kepada pihak universiti.
Sidang Pleno menjadi bukti keseriusan badan-badan pelajar dalam membincangkan aspek-aspek berkaitan dengan kecemerlangan sesebuah universiti dan sumbangan mahasiswa/si. Begitu juga, pengisian bersama masyarakat setempat melalui program Bakti Siswa (BAKSIS) di kawasan Batang Benar menjadi keutamaan bersama. Benarlah, daripada alam kampus kita turun kelapangan ummah.
Ini komitmen dan sumbangan mahasiwa/si yang ingin direalisasikan.
Saranan saya, bersempena 10 tahun penubuhan USIM dan penganjuran KARSIS kali ini, marilah sama-sama kita kearah membina ”kesarjanaan’ dikalangan mahasiswa/si USIM yang berani dan ilmiah dalam menghadapi cabaran dan harapan 10 tahun USIM yang akan datang. Jadikanlah medium KARSIS ini sebagai tempat kita berpencak dengan rasional.
Mahasiswa bersama dan berani memacu minda yang pragmatis. Insha Allah.
Muhammad Alif Ismail-YDP MPP USIM 08/09
Salin & tampal : aliffismail.wordpress.com
Bismillah…
Sudah 3minggu berlalu saya tidak menulis dalam blog ini. Terasa gatal jari dan kusut fikiran bila fikir akan hal tersebut. Manakan tidak, asal mendaftar blog bertujuan untuk melatih diri menulis dan mengasah fikiran..tapi sebaliknya berlaku. Mungkin sibuk dengan proposal tesis serta beberapa taklif yang lain membuatkan saya menyepi seketika.
Tanpa sedar, Ramadahan karim 1430H memasuki malam ke-3.
Alhamdulillah.
Tanpa sedar..Ramadhan menjengah kembali. Tapi tidak ada apa yang beza dalam Ramadhan. Puasa sama..niat sama..tarawikh pun sama..tapi apa yang lain?
NATIJAH selepas selesai Ramadhan yang berbeza.
Dalam surah al-Baqarah:128, Allah s.w.t menyatakan bahawa ibadah puasa ini bertujuan menjadikan kita, umat Islam sebagai muttaqin.
Justeru, berapa ramai manusia yang tamat puasanya dan menjadi benar2 muttaqin??
Tahniah diucapkan kepada Para Graduan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang telah berjaya menamatkan pengajian dan dianugerahkan skrol pada 1 Ogos 2009 ini. Pada tahun ini USIM telah menghasilkan seramai 640 graduan yang terdiri daripada pelbagai lapangan bidang ilmu iaitu Diploma Siswazah, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, dan Doktor Falsafah (PhD). Majlis Konvokesyen ini telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Pengurniaan ijazah telah disempurnakan olleh Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Najihah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin, Tuanku Canselor.
Pada tahun ini, seramai 21 orang graduan cemerlang dalam bidang akademik dan ko-kurikulum telah menerima Anugerah Khas pada majlis konvokesyen tersebut. Anugerah ini ditentukan berdasarkan pencapaian mereka yang cemerlang dalam bidang masing-masing. Antara Anugerah Khas yang diberikan adalah Anugerah Pelajaran DiRaja, Anugerah Canselor, Anugerah Pingat Emas Naib Canselor, Hadiah Buku Universiti, Hadiah Buku Fakulti dan Hadiah Ko-Kurikulum. Majlis Konvokesyen USIM ke-7 pada kali ini menyaksikan Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) mengeluarkan seramai 24 orang graduan kumpulan sulungnya. Para graduan ini terdiri daripada 2 orang lelaki dan 22 orang perempuan yang merupakan kumpulan perintis bagi program Bahasa Arab dan Komunikasi Dengan Kepujian. Selain itu FPBU juga turut menganugerahkan skrol kepada 20 graduan sulung Diploma Lanjutan iaitu Diploma Pendidikan (Pendidikan Islam) yang berjaya menamatkan pengajian mereka. Selain FPBU, 3 buah fakulti lain turut melahirkan graduan sulung untuk program pengajian masing-masing. Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) bakal mengeluarkan seramai 67 graduan untuk program pengajian Fiqh dan Fatwa dengan kepujian.

Manakala Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) bakal melahirkan graduan sulung untuk dua program iaitu Pengajian Quran dengan Multimedia Dengan kepujian seramai 35 orang dan Pengajian Sunnah dengan Pengurusan Maklumat Dengan Kepujian seramai 43 orang. Fakulti Sains dan Teknologi sekali lagi menyaksikan graduan sulung bagi program Sains dengan Kepujian (Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko) iaitu seramai 27 orang dan program Sains Komputer dengan Kepujian (Keselamatan dan Jaminan Maklumat) seramai 19 orang. Sehingga kini graduan USIM telah menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding jumlah graduan pada konvokesyen tahun lepas.
Perkembangan ini menunjukkan bahawa USIM telah berjaya menghasilkan graduan yang berkaliber dan bermutu tinggi yang memiliki ciri-ciri yang diperlukan dalam pasaran kerja pada hari ini serta dapat dibanggakan oleh masyarakat di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Oleh : pro@usim.edu.my Alamat emel ini dilindungi daripada spambots, anda perlu membenarkan JavaScript untuk melihatnya Tel : 06-7988025/8026/8028
SALAM..

Pesta Konvokesyen USIM kali ke-7 kembali mengegar bumi NILAI. Dengan beberapa program yang telah dimuat turun bagi memeriahkan C-FESt7 lagi pada kali ini.
Antara program yang akan dilaksanakan :
1. Mencipta Rekod Malaysia Dalam Mengarang Esei Bahasa Arab Paling Ramai ( Tercapai-TAHNIAH)
2. Forum Milenia Muslim 2 (Selesai)
3. Pertandingan Marhaban Inter-Fakulti ( 31 Julai 2009 )
4. Konsert MISI 09 ( 1 Ogos 2009 )
5. Wall Climbing ( 1 & 2 Ogos 2009 )
6. PC & Book Fair
7. Sukan Tradisional ( 1 Ogos 2009 )
8. Futsal Inter-IPT ( 2 Og0s 2009 )
Jom..pakat datang ramai-ramai bagi memeriahkan lagi pesta konvo C-Fest 7 kali ini. Kehadiran anda kami ucapkan jutaan terima kasih.

1985 – 2009 Bismillah.
Alhamdulillah, 23 Julai 2009, jam 10.50 malam kembali lagi. Tarikh insan bernama Mohd Faridh Hafez selamat dilahirkan di Klinik Salina, Klang, Selangor.
Apa-apa pun, syukur kehadrat Ilahi dan terima kasih kepada Mama dan Abah.
Hari ni, genap 24 tahun. Rasa macam lama. Satu muhasabah secara besar perlu dilakukan setelah 24 tahun bernafas. Pejam mata dan muhasabah dari minda dan hati.
Tinggalkan dulu soal 24 tahun tu.
Saya ingin berkongsi bersama anda mengenai tajuk penulisan kali ni. Bukanlah asing sangat jika dibaca sekali imbas tajuk tersebut. Cuma perlukan sedikit perhatian dan nilai mata hati yang ikhlas.
Sebagai seorang Muslim lagi berbangsa Melayu ni, rasa syukur perlu kita panjatkan setinggi-tingginya. Sampai ‘gayat’ pun tak mengapa. Kenapa begitu? Lahir-lahir saja kita ni, automatik brand of Islam terpahat terus dalam diri kita. Persoalan bagaimana menghayatinya, tepuk dada tanya Iman masing-masing.
Narrow of topic, Mahasiswa Muslim sepatutnya memikirkan satu usaha yang diluar keperluan biasa (dikenali Expected Performance) untuk diterjemahkan kepada mad’u (rakan-rakan) di kampus. Keperluan biasa ni seharusnya telah diketahui umum mengenainya, misalnya wajib solat lima watu, menutup aurat dan sebagainya.
Apa yang menjadi tanggungjawab Mahasiswa Muslim adalah melakukan tugasan diluar keperluan biasa (Extra Ordinary Performance) yang mana membantu golongan mad’u ni yang sudah sedia faham soal keperluan biasa tadi ke arah tanggungjawab sebenar sebagai Muslim (untuk lebih faham, sila dapatkan buku karangan Al-Marhum Dr. Fathi Yakan, Maza Ya’ni…). Misal mudah, memang benar perlu menunaikan solat lima waktu akan tetapi lebih baik dalam melaksanakan amanah solat tu dalam waktunya dan menambah soal sunatnya juga. Inilah yang saya maksudkan dengan keperluan luar biasa tadi.
Saya harap anda dapat faham.
Kesimpulannya, tanggungjawab kita dalam kefahaman Extra Ordinary ni untuk dicairkan kepada mad’u bukanlah perkara mudah lagi ‘kacang’. Namun inilah usaha seperti serampang dua mata untuk memberi mesej secara tidak sengaja kepada mereka dalam memahami tanggungjawab sebagai Muslim.
Ingat, sebagai MUSLIM.
Akhirnya, tingkatkan faham untuk menjadi Muslim sejati lagi dikasihi Ilahi dan teruskan berbakti selagi mana peluang amal diberi di medan ‘dalam’ mahupun ‘luaran’.
Sumber : Sifu Blog…
Sumber : www.mykhilafah.com |
|||||||||

Putrajaya, 26 Jun 2009 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) buat julung kalinya telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Darul Quran, JAKIM. Memorandum Persefahaman ini adalah berkenaan Program Berkembar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunnah dengan Kepujian secara kawal selia oleh USIM. Memorandum ini dibuat adalah rentetan dari mesyuarat bersama pihak USIM yang memutuskan Darul Quran menjalin kerjasama dengan USIM bagi program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunah secara kawal selia dengan USIM.

AKU CINTA ALQURAN
Bismillah.
Waktu engkau masih kanak-kanak. ……… …
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu’, Aku kau sentuh
dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra
Sekarang engkau telah dewasa…… ……..
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku…
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah…?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji….. ..
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali;
sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu.
Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian , kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu…pagi- pagi…surah- surah yang ada padaku engkau baca beberapa
halaman.
Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau…..
Sekarang…seawal pagi sambil minum kopi…engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan…
Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka
surah2ku(Bismillah) .
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan.
Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku. ……..
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku
Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran telivisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu….. ….
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama
Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu
Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t
Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu…
Setiap saat berlalu…
Dan akhirnya…. .
kubur yang setia menunggu mu………. .
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu
Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati…
Di kuburmu nanti….
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah “Al-Qur’an”, kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.
Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu…… .
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali…
Baca dan pelajari lagi Aku….
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu…. Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri….
Dalam bisu dan sepi….